Sebelah kaki hakim di neraka?

| |


Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia , memang tidak boleh persalahkan.


Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.


Sepanjang 57 hari ditahan, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing oleh polis yang menjaga beliau. Kes itu telah dibicarakan dimahkamah dengan saksi-saksi dipanggil dan semua mengaku pernah melakukan perbuatan itu keatas Malik.


Mahkamah tinggi telah menganugerahkan RM2.5 juta, namun pihak kerajaan telah membawa kes itu ke mahkamah Persekutuan yang menyaksikan akhirnya Malik terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.


Abdul Malek diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden yang pernah mendera beliau iaitu-- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai ‘kejam’."Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu."Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya."Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah."(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.[Baca berita penuh]


p/s: Hakim Mahkamah Persekutuan tahu Malik pernah didera oleh 3 pihak iaitu Borhan,Rahim Noor dan kerajaan.Dan Hakim itu juga yang menjatuhkan hukuman supaya Malik membayar gantirugi pada 3 pihak yang pernah mendera beliau.Adakah hakim jenis ini yang dikatakan "sebelah kakinya berada di neraka?"

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang hakim jenis tertentu ni rasanya dua-dua kaki dah masuk neraka!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini bukan sahaja tidak layak menjadi Hakim, jadi manusia pun belum tentu ....

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini bukan sahaja tidak layak menjadi Hakim, jadi manusia pun belum tentu ....

Tanpa Nama berkata...

Bukan sebelah kaki, habis semua sekali terjunam mampus.....bukan hakim ni saja, malah ramai lagi2 hakim2 yg kita pernah dengar dan berada di mahkamah rayuan tu... masing2 jaga periuk nasi dan ikut perintah org atas....

mahkamah kampung berkata...

saya harap abg malek bersabar..didunia ni tempat mereka, diakhirat belum tentu lagi kan..banyak kan berdoa kepada Allah semoga akhirat tempat kita..setiap perbuatan itu ada pembalasan, semoga tuhan memberi pembalasan kepada mereka yang menginaya abg malek..amin

Putra IJ80 berkata...

Sya.ajukan pertanyaan ini sebagai pandangan peribadi saya.

Adakah Malik nie pernah jadi calon PAS di kaw. Cheras dulu,yg.kemudian nya menarik diri di saat akhir,bagi membolehkan Calon BN menang mudah?

Kalau betul dia,sya.rasa ini lah balasan yg.setimpal dgn nya, kerana dia menginaya kami yg sangup tinggalkan kuliah,tolong memasang poster.

Klu salah maafkan sya.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]