Aku memandu agak perlahan ke mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Mata melerek kearah jam di "dashboard' kereta, 7.46am.Sempat rasanya untuk tiba di Mahkamah sebelum jam 8.30am.Aduh!!!"Highway' DUKE pun jam gak.Ada kemalagan kecil antara exit ke Selatan dan susur keluar ke Masjid Wilayah.Tiba di perkarangan mahkamah dah jam 8.25am. Parkir pulak penuh!!!Pusing-pusing ...tiada langsung ruang kosong."Buat bangunan besar, tapi ruang letak kenderaan kecik jer.." aku tak mampu membiarkan sungutan itu menyesakkan didada.
Biasanya,ramai yang meletakkan kenderaan di bahu jalan dari jalan utama ke perkarangan mahkamah tetapi hari ini,semua ruang itu ditanda dengan kon bertulis"POLIS".Ku lihat jumlah polis yang luar biasa ramainya dan wartawan memenuhi ruang legar mahkamah. Aku terus keluar dari kawasan itu,dan akhirnya dapat meletakkan kereta di ruang parkir medan selera bersebelahan dengan mahkamah."Hari ni bicara Anwar (DSAI)...sebab tu polis dah berjaga-jaga supaya penyokong dia tak mengamuk" kata seorang pemuda yang mendakwa "menjaga' kawasan itu."Apa yang penyokong dia(DSAI) buat?" tanyaku sambil menutup pintu kereta."Entah...polis kata mereka merusuh..." jam ditangan menunjukkan 9.10am.Tak kuasa aku nak dengar cakap-cakap "SB" tu dan aku bergegas ke Mahkamah Jenayah 5 di tingkat 3 bangunan yang catnya kelihatan semakin lusuh itu.Aku berjalan pantas sambil berdoa supaya Allah permudahkan perjuangan DSAI......
"Kak Laila lewat, sebab tu Hakim merajuk tak nak teruskan kes kita...he he he" beberapa orang OKT mengusikku.Ohhh!!Orang dari Terengganu, Johor,Perak...semuanya dah sampai.Aku hanya mampu tersenyum saja...
"Kak tau tak kes ni akan berlangsung 4 hari?" tanya Aiman Athirah, Ketua PeneranganMuslimat berbisik padaku. "Betul ke? " aku memandang tepat kearah Aiman."Tak caya, tengoklah jadual diluar sana" katanya khusyuk melayani FB di notebooknya.Aku segera keluar untuk melihat jadual perbicaraan...Ohhh...Ya Allah..macam mana ni? Macam mana dengan OKT yang datang dari jauh yang cuma sehelai sepinggang?Setahu kami, hari ini cuma sebutan kes saja...
Keadaan jadi "huru-hara' kejap......
Beberapa minit kemudian hakim masuk dan nama kami disebut semula. Semua OKT diberitahu ada perbicaraan pada 10,11 dan 12 Ogos dan mengingatkan kami supaya hadir tepat pada waktunya.
Semua OKT keluar dari bilik perbicaraan dan bertemu peguam sekadar membuat kepastian berkenaan tarikh-tarikh yang telah disebutkan.Kami bersurai......
H,F dan M dari Melaka kelihatan masih terperanjat. M, H dan S dari Besut,Terengganu, juga kelihatan sugul dan tidak berkata apa-apa. A dan M dari Perak hanya tersenyum tawar sambil memandang kearahku.Semua hanya diam membisu.....
"Semua nak balik rumah masing-masing ke?Jauh tu....kalau Pejabat PAS penuh, marilah jadi tetamu akak dan abang Mat Sah..." segera aku tawarkan rumah kami untuk mereka bermalam.Semuanya diam membisu.Masing-masing sedang membuat perkiraan samada perlu pulang atau terus bermalam di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur.
"Nantilah Kak, kami bincang dulu...kami ni datang K.L sehelai sepinggang, satu apa pun tak bawa....ingatkan, lepas sebutan kes semua pakat nak terus balik rumah...lagipun, esok dah nak menyambut Ramadhan...tak terfikir kami nak sambut puasa di mahkamah pulak..."kata M.
Semua diam.
"Menyesal ke datang demo MANSUH dan kena tangkap?" kataku memecah kesunyian."Kalau takut dilambung ombak, tak payah le buat rumah ditepi pantai..." tambahku lagi."Kes ni memang berat akak rasakan ...terutama bagi kita-kita yang kerja makan gaji dan tinggal jauh dari K.L.Tapi....tak sama beratnya dengan nasib tahanan ISA yang dikurung tanpa bicara oleh kerajaan. Nasib mereka lagi teruk.Mereka tetap merasa dihina,hilang pekerjaan dan ada yang hilang ahli keluarga......Akak dah rasa susahnya jadi mangsa ISA...." aku bersuara dengan nada perlahan.
"Bagi akak, yang penting, perjuangan ini akan jadi saksi bila kita jumpa Allah nanti, bahawa kita bersungguh-sungguh mahu supaya undang-undang jahat ni dibuang dari kehidupan kita..." aku perhatikan seorang demi seorang wajah muram OKT tersebut.
"Kami akan teruskan kak...lawan tetap lawan..." kata H dari Melaka.Kata-kata itu disambut oleh mereka yang lain......Akhirnya, semua tersenyum kembali......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan