Sepanjang 7 tahun dikurung tanpa bicara, Abah tidak dapat bersama arwah bapa saya (mertua beliau) yang meninggal dunia pada 2003 serta ibunya sendiri yang meninggal dunia pada bulan Mei 2009.Hanya amalan anak soleh yang tetap terus menemani ibu beliau di alam barzah sana disamping sesekali menziarahi kubur nenek (ibunya) untuk menghilangkan rindu setelah dipisahkan begitu lama.
Alhamdulillah ... kami masih panjang umur dan dapat berpuasa di bulan Ramadhan serta menyambut Hari Raya bersama-sama.Dari kedua-dua gambar jelas kelihatan betapa "kekok" dan "tegang'nya keadaan kami bertiga pada tahun lepas dan kini sudah mesra kembali.Buat masa ini Abah masih belum bekerja lagi.Beliau menjadi " suri rumah" setiap hari menghantar dan menjemput saya dan Suhaib pergi balik sekolah. Sebaik saja pulang dari kerja, saya hanya berehat kerana rumah sudah bersih , kemas, pakaian siap dicuci , di lipat sekali dan ada ketikanya makanan sudah tersedia diatas meja.Saya juga tidak perlu ke pasar atau kedai untuk membeli keperluan dapor kerana semuanya dilakukan oleh Abah. Saya benar-benar ingin menikmati saat-saat "kerehatan" setelah melakukan segalanya - mencari nafkah,mengurus kehidupan, membesarkan anak,melawat beliau di kem Kamunting- semua bersendirian!!!Abah memang ingin sangat nak beerja macam ketua keluarga yang lain,tetapi niat tu terpaksa di urungkan buat seketika.... Buat masa ni, kami berdua melayani pengalaman lalu serta menulis segalanya kembali.Daia sebagai tahanan ISA, saya sebagai seorang aktivis. InsyaAllah jika ada rezki, kami akan terbitkan buku tersebut untuk panduan bagi pasangan lain yang ingin berjuang memerdekakan negara dari ancaman ISA yang telah membelenggu minda rakyat negara ini.
Doakanlah segala akan terhasil...
Walaupun Abah dah bebas, kerja-kerja anti-ISA tetap diteruskan.Kami masih terus mengharap sokongan dan doa dari anda semua supaya diberi kekuatan oleh Allah untuk terus tetap dan berpegang pada prinsip keadilan sejagat bahawa tiada siapa boleh ditahan tanpa bukti,tanpa bicara. Sangat jelas bahawa ISA digunakan oleh pemimpin yang berkuasa untuk memburukkan Islam danpengikutnya.
Dalam radio IKIM semalam, seorang wanita Kristian yang baru memeluk Islam mengakui bahawa media arus perdana di Malaysia juga turut bersubahat memberi gambaran buruk bahawa Islam dan penganutnya digambarkan sebagai ugama yang ganas dan ekstrim.
Dimasa yang sama, doa kami juga tidak pernah berubah iaitu, sentiasa memanjatkan rasa penuh khusyuk kepada Allah supaya memberi balasan yang setimpal kepada penguasa ISA dan semua kakitangannya diatas kezaliman dan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka keatas kami 7 tahun lalu. Kami mohon Allah hancurkan semua yang terbabit menggunakan ISA.
Kami hanya akan berhenti berdoa seperti diatas sekiranya penguasa ISA memohon maaf secara terbuka di semua media arus perdana,bersihkan nama kami dan membayar gantirugi keatas semua kerugian yang pernah kami alami sebelum ini.....
Semua yang hidup pasti akan menemui mati, didunia kami dinafikan, kami tunggu diakhirat sana.....
Pada semua pembaca Merah Hitam, terimakasih diatas sokongan dan doa, moga ianya menjadi pembakar semangat untuk kami terus melangkah membuang ISA dari negara yang kita cintai ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maf Zahir dan Bathin.
2 ulasan:
TAHNIAH DAN SYABAS PERJUANGAN ANDA SEKELUARGA. SAYA BEGITU BANGGA DGN SEMANGAT ANDA SEKELUARGA. INSYAALLAH AKAN ADA NUR UNTUK ANDA SEKELUARGA DIAKHIRAT KELAK. AMINNNNN
Salam Aidilfitri to you. Maaf Zahir dan Batin.
Catat Ulasan