"Ohh..I suka dapat tolong masuk-masukkan duit kedalam akaun mereka" kelihatan ceria sms Nashita kepadaku. Hari ini adalah hari kedua kami berdua mengagihkan wang zakat fitrah serta sumbangan peribadi dari rakyat Malaysia yang masih perihatin terhadap mangsa ISA dan juga mereka yang baru memulakan hidup baru sebaik saja dibebaskan dari akta tahan tanpa bicara itu.
Nashita telah bergelumang dengan mangsa ISA sejak tahun 1998 ,zaman refomasi .Aku pula merasai kehidupan sebagai warga "mangsa ISA" sejak suami ditahan pada 2002.Kami amat memahami kesukaran hidup mereka yang teraniaya oleh ISA, samada yang masih menjadi mangsa ataupun yang telah dibebaskan dari Kem Kamunting.
Sejak 8 tahun lalu,kami cuba pelbagai cara untuk menggembirakan keluarga di Aidilfitri.Menyedari kami tidak mendapat layanan malah amat sukar mendapat dana dari pihak berwajib, akhirnya kami nekad untuk memohon ihsan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia yang perihatin semata-mata untuk diberikan kepada mereka yang sedang dianiaya oleh penguasa ISA....
Kriteria mereka yang menerima sumbanganini ialah, mangsa ISA, bekas mangsa ISA yang belum bekerja tetap dan hidup dalam kemiskinan.
Inilah luahan perasaan mereka yang telah menerima sumbangan dari kami.
1- "Terimakasih kak, duit dah masuk .empatlah kami ke bandar untuk membeli keperluan anan-anak..." kata Puan H dari Tawau.
2-" Kak, macam mimpi ada sumbangan untuk kami...tima kasih kak" kata Puan N,isteri bekas tahanan ISA dari Bota, Perak.
3-" Kak, duit ni tak sama dengan suami.Saya nak dia bebas dan menyambut raya dengan kami dirumah...Tapi, kami tetap bersyukur dengan bantuan ini..." kata Puan F, suaminya masih dikurung di Kem Kamunting.
4-"Terimakasih pada GMI dan semua yang sudi membantu saya.Masih belum tahu nak buat apa...isteri dah berpisah dan anakpun tidak bersama saya....Saya harap dapat menziarahi anak-anak di Hari Raya ...tapi polis kata peluang untuk menziarahi mereka cuma 10 peratus..alasannya kerana saya adalah tahanan terhad.... dan masih baru sangat dibebaskan.." kata Samsudin Sulaiman yang baru dibebaskan setelah di kurung lebih 8 tahun di Kem Kamunting.Samsudin tinggal bersama kedua ibu-bapanya di Johor manakala anak-anak beliau tinggal bersama bekas isterinya di Kuala Lumpur.
Esok masih ada sehali lagi kita berada dibulan Ramadhan...Masih ada peluang untuk menggembirakan insan lain yang bernasib kurang baik.....
p/s: Seramai 23 mangsa telah mendapat bahagian masing-masing...Jika ada lagi sumbangan, lebih ramai lagi akan dapat merasai nikmat sumbangan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan