"Boleh kita jumpa?" kataku pada Puan Anne(bukan nama sebenar), ahli keluarga pada mangsa terbaru ISA.
"Kenapa kak?" tanya beliau lagi.
"Akak ingin sampaikan sedikit sumbangan sebagai perbelanjaan harian kamu" tambahku lagi.
"Saya masih ada duit lagi kak.Lagipun saya kerja..." kata "Anne" lagi.
"Itu akak tahu.Akak ingin bertanya khabar kamu dan anak...itu saja" tambahku lagi.
"Tapi...saya diperhatikan.Banyak SB berhampiran rumah dan saya tak mahu dilihat berjumpa orang2 yang tidak dikenali..." jujur Anne berbicara.
"That's why I need to see you.Awak perlukan teman untuk mengurangkan resah didada.Akak pun pernah jadi isteri tahanan ISA dulu...Akak faham perasaan awak..." kataku lagi.
"Anak saya asyik bertanya, dimana ayah dia..." kata Anne dalam suara tenggelam timbul.
"Ya...akak memang nak jumpa anak awak...mesti dia rindukan ayahnya,kan?" aku terus bersuara.
Puan Anne mendiamkan diri.
"Hello..Anne are you there? Akak nak beritahu, rakyat Malaysia yang perihatin,semuanya mendoakan supaya suami you segera dibebaskan. Mereka juga nak tahu, macam mana nak bantu awak menghadapi saat-saat genting ni..." aku bercakap panjang lebar.
"Kak, saya dengar ni..." kata Puan Anne.
"Anne, sekarang suami you di Bukit Aman.Kita doa dia dibebaskan cepat, tapi jika dia di hantar ke Kem Kamunting macammana? Jika suami dipindahkan ke Kem Kamunting, awak akan perlukan banyak duit untuk perbelanjaan melawat dia...." aku terus bersuara.
"Terimakasih bagi tahu saya kak...." sebak bunyi suara Anne diikuti esakkan beliau dihujung talian.Aku biarkan Anne menangis semahu-mahunya....
"Ok, Anne. Nanti kita jumpa ya...Assalamualaikum." kataku memutuskan talian.
Kisah benar diatas dicatit menjelang sepuluh malam terakhir dibulan Ramadhan yang mulia.Tiada siapa yang tahu, ketika umat Islam sibuk mencari keampunan disamping berdoa supaya ditemukan dengan malam Lailatul Qadar, ada insan lain yang sedang dipisahkan dari ibu-bapa,anak-isteri .... dikurung tanpa peluang bertemu peguam,tanpa peluang untuk dijamin ahli keluarga ...di beberapa tempat sulit di Bukit Aman sana.
Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelang 1 Syawal, keluarga tahanan ISA pula sedang dalam keresahan , masing-masing berkira-kira, bagaimanakah seterusnya nasib ahli keluarga mereka yang sedang ditahan dibawah akta Keselamatan Dalam Negeri itu.
Anda semua yang perihatin terhadap nasib mereka yang sedang ditahan dibawah ISA, ambillah peluang hari-hari terakhir Ramadhan ini untuk membuat sedikit kebajikan bagi membantu mereka yang sedang dizalimi oleh akta tahan tanpa bicara ini. Seperti sebelumnya, sila berhubung dengan bendahari GMI, Pn Nashita di hp 0132096373 untuk di bank in di May Bank 162209939776. Moga bantuan anda kepada mereka akan diganjari Allah pertemuan dengan Lailatul Qadar.
0 ulasan:
Catat Ulasan