YB Nizar....MB Perak(sah) yang baru ku kenal.Malaysiakini.

| |
Sebaik saja rombongan MB Perak (yang sah) beredar dari kompleks Mahkamah, saya bergegas mengikut blogger Ummuasiah ke Kampung Bharu. Sepatutnya ada perhimpunan kecil di masjid Kg Bharu dan Yb Nizar dijangka berucap disitu. Pada mulanya saya serba salah dan hendak pulang segera ,tetapi atas desakan Ummuasiah, akhirnya saya sampai juga di kawasan YB Dr lo' lo' itu.


Pukul 12.30, perut sudah mula mendendangkan lagu. Saya menarik tangan Ummuasiah untuk segera ke gerai makan berdekatan, tetapi terperanjat bila mendengar suara nyaring YB Dr Lo Lo minta kami berdua masuk ke pejabatnya.

Kami berdua akur. Saya terperanjat bila melangkahkan masuk, melihat YB Nizar sedang duduk di sofa sambil tersenyum memandang kami berdua.Dr Lo Lo memperkenalkan kami , dan saya terasa malu yang amat sangat bila YB Nizar rupanya masih ingat nama saya.(Saya bersama ajk GMI pernah dua kali bertemu beliau). He really has a great memory!!! Dr Lo Lo sibuk menyuruh kami bergambar dengan YB Menteri Besar yang baru "disingkirkan" BN itu.
"YB, jika tidak berlaku peristiwa kudeta ini, tiada siapa tahu that you are such a humble but steely politician!!!" kata saya. Selamba saja Yb menjawab " Ow really??" sambil tersenyum. Disebalik masaalah negeri yang dihadapi, beliau masih kelihatan ceria dan bersahaja.Patutlah beliau begitu vokal menyuarakan pandangan bahawa ISA mesti di mansuhkan dan Kem Kamunting segera ditutup.

Yb Dr Lo Lo sibuk mengarahkan staffnya mengambil gambar-gambar kami bersama VIP yang glamour itu.
Patutlah orang Perak sayang sangat pada MB pilihan mereka ini. Dia kelihatan bijak berkomunikasi dengan sesiapa saja walaupun baru ditemui.

Namun kini, rakyat Perak mungkin lebih sayang pada beliau bukan sahaja kerana sikap sering merendah diri tetapi juga kekuatan beliau berpegang pada prinsip perjuangan demi mempertahankan hak rakyat Perak yang telah dizalimi oleh BN.

Kami berdua tidak mengambil masa yang lama bersama MB kerana beliau dan rombongan akan menunaikan Solat Jumaat. Kami segera beredar. Tiba-tiba, mata kami tertumpu pada kereta hitam yang menjadi rebutan MB (haram) yang baru.


Saya sempat mengambil gambar kereta tersebut yang memang kelihatan "elegant dan bergaya"....
Patutlah ada ADUN sanggup lompat party kerana tidak diberikan jawatan yang membolehkan beliau memandu kereta jenama itu....




Tidak lengkap pengembaraan kami hari ini jika tidak mengabadikan diri kami bersama kereta itu....

Ya.. sebelum peristiwa rampasan kuasa oleh BN, tiada siapa yang kenal atau tahu, bagaimanakah sikap dan keperibadian ADUN Pasir Panjang ini.He is a nobody!!!

Siapa sangka, dalam diri seorang yang begitu humble seperti beliau, rupanya tertanam sikap keras dan tegas pada prinsip perjuangan. Keperibadian inilah yang menyebabkan beliau outstanding from the rest dan telah menawan hati rakyat Perak.

"We'll be back" kata beliau dengan yakin. Hanya masa yang menentukannya....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menghadiri progrem Gerakkerja Pilihanraya ke 12 di Bagan Serai tempoh hari.

Mendengar Ustaz Azli (Taliban) berceramah naik bulu roma, penuh semangat.

Tapi selepas itu Seorang Hamba Allah yang tak berapa saya kenal. Mula berucap. Ucapannya wow!!! bergegar dewan berdindingkan zink itu!!!

Antara ucapannya Perak akan tumbang!! Barisan Alternatif akan membentuk kerajaan!!!

Pada masa itu saya rasa tak percaya
BN boleh tumbang. Tapi itulah yang terjadi.... Mungkin beliau ada ilmu kasyaf yang di beri Allah padanya

Hamba Allah itu ialah Menteri Besar Halal Perak sekarang YAB Dato Seri Nizar Jamaludin yang dikasihi.

Seluruh rakyat perak kasih padamu

Allahhuakbar!!!!!

Tak sangka pulak orang ayo itam, kampo, perak

sp lim berkata...

I'm a Perakian and I only recognize one MB, YAB Nizar.

A - ANWAR
N - NIZAR
W - ?
A - ?
R - ?

The future Pakatan Prime Ministers of Malaysia

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH INI BENAR

TEORI RAHMAN
R- tungku abdul Rahman
A - Abdul razak
H - Hussein onn
M- Mahathir
A- Abdullah
N - the one and only NIZAR

joshua berkata...

Sudah lama rakyat menderita di bawah pemerintahan Barisan Natang.

Jasa Nizar kepada Perak amat besar dalam masa yang amat singkat - 10 bulan sahaja.

Seperti kata Nizar di ceramah tiga hari lalu, TUMBANGKAN kerajaan BN.

WAHAI RAKYAT SEMUA, MARILAH BERSATU HATI TUMBANGKAN BARISAN NATANG!

Tanpa Nama berkata...

Berikan HAK kepada RAKYAT untuk menentukan siapa bakal PEMIMPIN NEGARA.....

Tanpa Nama berkata...

jangan cepat melatah...bedosakan menggelahkan orang binatang atau dengan perkataaan yang hina..inilah melayu tidak sedar lagi...menang sorak kampong on the way tergadai...DAP ade berapa kerusi dalam DUN perak..?dia lah yg berkuasa..nizar hanya patung je...awal2 dah bagi tanah pada orang cina..mase berkempen marah BN bg tanah pada bukan melayu...tapi bila dah ade kuase...terbalik pulak...kita tengok la nanti...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]