Di muka depan Berita Harian hari ini, tertulis "menghina Raja patut kena tindakan ISA". Kononnya rakyat marah pada pemimpin Pakatan Rakyat dan para penyokongnya yang mengadakan protest serta tidak hadir acara angkat sumpah di Istana Iskandariah Jumaat lepas.
Dalam satu perkembangan lain, Hamid Albar tidak menafikan akan menggunakan ISA keatas pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat kerana dikatakan mencetuskan ketegangan kaum di Perak.
Jadi ....memang seperti yang telah diduga, bila rakyat sedar mereka telah ibodohkan lebih 50tahun, kini mereka bangkit untuk mempertahan kerajaan pilihan mereka, UMNO/BN tidak diperlukan lagi....maka ketika itulah ISA digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan bangun menegakkan kuasa mereka.
ISA hanya penting untuk menyelamatkan kareer politik pemimpin BN saja. Rakyat tidak mendapat sebarang kebaikan dari akta zalim itu melainkan rasa takut yang dicipta oleh polis yang melihat akta itu digunakan keatas mereka (rakyat).
Hamid Albar, menteri UMNO dan media arus perdana mula sebut tentang ISA.Malaysiakini
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 5:05 PG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.
Kalau dia berani, gunalah ISA sekali lagi...Lebih ramai rakyat akan menyokong PR.
Siapa menghina Sultan?
Saya masih ingat selepas pilihan raya umum 308, YDPA tidak mahu calon MB yang dicadangkan oleh BN di Terengganu...
Ada penyokong BN berani mengambil "banner" menyokong calon mereka dan menghina YDPA "natang"!
Siapalah yang BIADAP???
tanda-tanda awal yg menunjukkan akan ada yg ditangkap menggunakan akta isa oleh aparat2 bn.masih tidak faham ada yang menyokong penggunaan akta isa. ada 1pengalaman,pegawai exco kerajaan negeri berkata semasa berbincang mengenai mansuhkan akta2zalim.dia berkata "tidak penting kerana org di sini tidak merasainya" pelik,benar & betul!!
Alias,
Peristiwa di lompat katak di Perak menggambarkan bahawa korupsi BN terlalu parah, calun yang ada kes rasuah menjadi idaman BN!!!Ini satu pengajaran yang baik untuk PR!
Sanjiun,
UMNO/BN bukan kira siapa, yang penting mereka dapat duit.UMNO dikatakan ada sistem "machiavellian teori" yang mana semua mereka nak, pasti akan dapat dengan apa cara sekali pun.Sebelum coup-de etat di Perak, media arus perdana semua telah di bertahu apakah perancangan pihak "berkuasa" untuk menjatuhkan Nizar dan PR!
Zaidi,
Orang yang tak kena ISA, memang boleh kata dia tak pernah kena.itu tak pelik.Tapi lebih pelik, orang yang kena ISA masih tak serik juga dengan kejahatan akta kesayangan UMNO itu, contohnya MB haram Perak, YB Zambri, beliau adalah seorang yang pernah kena ISA, tapi.... masih lagi mendokong sistem yang korup itu...
Inilah dunia...
Catat Ulasan