Tahun 2009,MANSUHKAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING.Malaysiakini.

| |
Gerakkan Mansuhkan ISA mengadakan rawatan dan penilaian semula keatas semua aktiviti ,kejayaan dan kegagalan yang telah dicapai sepanjang 2008.
Selain Syed Ibrahim, Pengerusi dan Cik Nalini sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA, saudara Zainal, juga salah seorang AJK GMI, telah memberi satu perkongsian yang amat menusuk perasaan dan menyegarkan semangat serta daya juang semua yang hadir.

ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib sedang memberikan pandangan beliau tentang lanskap dan strategi kempen Gerakan Mansuhkan ISA bagi tahun 2009.Penglibatan YB Saari dalam GMI begitu konsisten , sesuai dengan status beliau yang pernah ditahan dibawah ISA sebanyak 2 kali .Buku Suara Dari Kemunting (SDK)yang diterbitkan secara bersiri menceritakan kisah benar pengalaman beliau ketika menjadi tahanan tanpa bicara ISA dan dilayan sebagai banduan selama 2 tahun beliau menghuni Kem Kamunting.Buku itu menjadi bukti tentang kejahatan kerajaan UMNO/BN yang menggunaka ISA sebagai alat untuk menindas rakyat demi menyelamatkan kareer politik pemimpin tertinggi parti usang itu.


Kehadiran Saudara Raj seorang peguam dari Bar Council, Saudara Arutchelvan, Setiausaha PSM, Haji Azmi dari PAS Wilayah,lebih menyemarakkan re-treat bagi kempen anti-ISA ini.
ISA telah menyatukan rakyat malaysia berbilang kaum kerana semuanya sama-sama benci terhadap kezaliman ISA dan ingin memansuhkan akta jahat itu supaya keadilan dapat di tegakkan di bumi Malaysia ini.


Memperkenalkan empat jejaka tampan iaitu dari kiri Syed Ibrahim (Pengerusi GMI), YB Saari Sungib, Zainal Adnan dan Peguam Raj. Barisan akivis wanita pula ialah Peguam Latheefa Koya@Ahli Majlis MBPJ, Peguam Sara, Peguam Fadiah, Nalini (sekretariat GMI) Su Shi (SUARAM Penang) Peguam Aizan(baju merah) dan Aliza Jaafar AJK GMI juga isteri YB Saari Sungib.
Beberapa jemputan yang lain telah pulang kerana perlu menghadiri mesyuarat lain.Mereka ialah Sdr Arutchelvan, Ustazah Nuridah Mohd Saleh, Hj Azmi dan Animah Ferer.Saya tiada dalam gambar kerana menjadi jurufoto program itu.
Presiden Barack Obama telah berjanji akan menutup Kem Tentera di Guantanamo. Oleh itu, re-treat GMI 2009 sebulat suara bersetuju bahawa tema kempen GMI kali ini ialah "Tutup Kemta, Mansuh ISA".




2 ulasan:

Unknown berkata...

Puan saya sekadar bertanya perlukah agenda penutupan Guatanamo diberi persamaan dengan penutupan Kem Taiping?
ISA memang perlu dimansuhkan dan Kamunting memang perlu ditutup atas ketidak relevanan tahanan dipenjarakan tanpa bicara.

Petikan kisah seorang alim dengan Zun Nun Al-Misri.
Zun Nun:Apakah dakwaan awam terhadapku?
Orang Alim:Anda didakwa 'zindiq' (orang kafir yang berpura-pura beriman)
Zun Nun:Biarlah asalkan tidak didakwa aku Yahudi kerana dakwaan Yahudi itu lebih menggusarkan awam.
Saat berpaling orang alim kedengaran orang ramai mengatakan Zun Nun adalah Yahudi.
Orang Alim:Kini aku akui Zun Nun Yahudi.Kemudian dikeluarka perintah agar Zun Nun ditangkap untuk dihukum.Saat mengharungi lautan untuk dijalani hukuman Zun Nun beberapa kali menggerakkan bibirnya.Serentak itu ombak dan gelombang laut berombak kencang seolah-olah perahu akan karam di lautan.Sehingga tiba di pantai kemaafan dimohonkan terhadap Zun Nun.
Isu etikanya andai kita tidak sedia membalas siksaan yang diberikan,insayAllah Allah akan membalas siksaan itu.Apabila tidak diingini untuk memperolehi kemenangan untuk diri,insyaAllah Allah akan memenangkan kita.
Yakinlah dengan doa atas penganiayaan yang Puan dan anak hadapi.

Merah Hitam berkata...

thanaif,

Guantanamo digambarkan sebagai satu tempat penyeksaan tanpa perbicaraan yang paling teruk didunia.Semua orang (yang membaca) tahu tepat askar US menyeksa tahanan terutamanya yang berugama Islam disana.

Obama mencadangkan tempat itu ditutup dalam masa setahun ini.

Apakah satu tempat lain di Malaysia ini yang kita boleh sama tarafkan dengan Guantanamo?Bukankah ianya Kem Kamunting.Siapakah yang mempunyai Kem itu?

Bukan mudah untuk memberitahu rakyat,terutamanya jenis yang hanya baca surat khabar media arus perdana,betapa zalimnya ISA dan Kem kamunting ini.ISA adalah milik UMNO, yang telah imprinted dalam minda Melayu bahawa UMNO perlu ISA untuk jaga ketuanan Melayu...Orang Melayu akan mempertahankan ISA berhabis-habisan demi alasan menjaga ketuanan Melayu ini.

Dengan memberi persamaan antara Gitmo dan Kemta, ianya adalah satu public awareness untuk mendidik masyarakat esp Melayu supaya lebih berfikiran terbuka bila berhadapan dengan akta zalim ISA ini.

Pernah tak anda terfikir, kenapa institusi mufti tidak mahu mengeluarkan fatwa bahawa ISA itu HARAM walaupun pelbagai testimony telah dikeluarkan untuk menggambarkan betapa terukanya layanan polis terhadap orang yang dijadikan mangsa ISA?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]