Lebih 270000 penduduk Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis pemyakit mental tanpa menyedarinya, demikianlah menurut Prof Dr Muhammad Hussan Habil.
Antara simptom awal penyakit ini ialah suka menjerit dan memekik dan secara tiba-tiba boleh bertindak ganas......
Adakah pencerobohan dan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia telah lakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menghadapi penyakit mental itu?Peserta demo anti-Perang telah ditahan polis ketika berkumpul di Dataran Merdeka pada 11 Januari 2009.
Ada rakyat Malaysia di tahan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang perbicaraan menggunakan akta ISA, menjalani kehidupan seperti banduan di sebuah Kem di Perak selama 7 tahun!!!
Tahanan ISA mendakwa mereka pernah di dera dan dihina oleh pegawai kerajaan yang dipanggil sebagai Pegawai Cawangan Khas atau Special Branch (SB) ketika 60 hari pertama dalam ISA. Ketika itu mereka dikatakan berada di Pusat Remand Polis di Bukit Aman.
Benarkah segala dakwaan itu atau sekadar ilusi saja?
5 ulasan:
Assalamualaikum Puan,
Sebagai warga yang tidak pernah membuka akhbar utama on line lantaran tidak berada di tanah air, bagaimanakah upaya dikaitkan keperluan ahli-ahli agama memfokuskan tentang penahanan yang tidak adil oleh akta ISA terhadap perkara berikut:
1-Tahanan tidak mendapat perbicaraan lantaran tidak diputuskan sabit kesalahan kerana dakwaan tidak dipertikaikan atau diberi pembelaan.
2-Maksud Eddah yang dipaksakan oleh penahanan melebihi 4 bulan 10 hari yang menimbulkan ciri-ciri penganiayaan terhadap ke dua belah pihak kerana penunaian tanggung-jawab zahir dan batin menjadi ibadah di sisi Allah.
3-Apakah dibolehkan saman dilakukan terhadap kerajaan (Kementerian Dalam Negeri) misalnya yang telah menggagalkan perlaksanaan sistem kehakiman Islam yang memelihara peruntukan Hukum Syarak dan kegagalan Mahkamah Syariah berfungsi secara adil lantaran asas syariah adalah keadilan)kerana kegagalan penunaian hak suami isteri tidak upaya dilindungi oleh Mahkamah Syariah.
4-Siapakah yang akan dipertanggung-jawabkan apabila di akhirat nanti diminta penyaksian penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan ke atas tahanan-tahanan yang tidak disabitkan kesalahan tetapi menerima hukuman?
5-Apakah ini tidak mendapat hak untuk difatwakan lantaran sering beralasan bahawa di akhirat kita tidak akan ditanyakan kegagalan ekonomi kegagalan siasah kegagalan yang bukan bidang dan keahlian warga sebagai muslim untuk mendepaninya sedangkan bab munakahat menjadi tanggung-jawab ahlinya
(agamawan) memelihara hak-hak Allah.
untuk sesiapa yg berminat mengetahui pengalaman di tahan ISA sila lah baca buku tulisan syed husin ali bertajuk dua wajah/two faces.
mampu membuat saya megalir air mata bila melihat org yg tidak mengetahui apa kesalahan mereka telah dirampas kebebasannya selama 6 tahun. kemudia hilang jawatn sebagai pensyarah di UM.
pada saya saya sesiapa yg mencintai keadilan pasti tidak dapat menerima ISA atas apa alasan sekali pun. jika sesorang itu bersalah apakah tidak ada undang2 utk mereka disabitkan kesalahan?
paloi bin mulau ni kenape tutup mulut yek,entah2 tak pakai gigi palsu kot.hu,,hu,,
thanaif,
Hati saya menangis membaca point2 yang anda tuliskan itu....kerana institusi ugama diMalaysia ini tidak pernah memberi mengenai isu dan kesukaran yang dihadapi mangsa ISA seperti saya.
Please write more, saya suka dengan ketajaman pemikiran anda....
Paloi,
Ya, kisah Dua Wajah dalam buku Syed Hussin Ali amat sama dengan kisah penahanan suami saya.
Catat Ulasan