"Isu gambar bukan angkara UMNO" Utusan Malayau.
Ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo kesal dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa isu penyebaran gambar lucah Elizabeth Wong di internet adalah konspirasi UMNO/BN.
Beliau menegaskan isu itu timbul kerana hubungan peribadi ADUN Bukit Lanjan itu bersama bekas kekasihnya dan tiada kaitan dengan pihak lain.
"Saya mengingatkan UMNO/BN tidak terlibat dengan perkara ini" katanya lagi.
Nampaknya berita Eli sangat penting pada media UMNO/BN.Kenapa berita itu diberi liputan di seluruh muka utama serta 3 muka lain.Ia turut diulas pengarang akhbar itu dan menggambarkan seolah-olah tiada berita lain yang sama penting untk dimuatkan didalamnya.
Eli ialah seorang aktivis Hak Asasi Manusia yang aktif menyuarakan hak-hak rakyat malaysia yang masih ditindas. Beliau juga seorang yang aktif bersama Gerakan mansuhkan ISA, satu akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.
Dan hari ini, Eli di uji. Sebagai ADUN, walaupun Polis belum lagi membuat siasatan keatas insiden yang menimpa beliau, media UMNO/BN telah menghukum dengan memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang tidak bermoral dan sepatutnya meletak jawatan.Eli juga diperlakukan sama seperti tahanan ISA yang masih berada di Kem kamunting.
Peliknya, kenapa Khir Toyo beria-ia sangat menafikan insiden itu bukan angkara UMNO?
8 ulasan:
salam.
Sebenarnya PKR yg dipimpin oleh DSAI memang bijak lebih2lagi dapat nasihat org Yahudi... bertambah2lah pintarnya menipulasi keadaan di Msia ni....
Kes Elizabeth ditimbulkan oleh PKR untuk menutup cerita pertukaran kerajaan di Perak yg sangat menjatuhkan imej DSAI yg menjaja projek lompat parti yg kena batang hidung sendiri... jadi untuk menutup malu dijadikanlah cik Elizabeth sbg kambing hitam.. ada FAHAM!!!!!
Wahai Abu Kepak, ingatlah bahawa TDM dulu sampai bayar duit rakyat pada org yahudi utk dpt peluang jumpa Bush. Jadi tak usahlah nak mengata2. Kenapa org UMNO sibuk nak menafikan benda ni??? Siapa makan cili dia yg terasa pedas, betul tak?
Dah la tu Abu Kepak... orang dah tahu perangai UMNO tu macamana...
Tak usahla nak salahkan DSAI plak...
Saya nasihatkan anda cepat terjun menyelamatkan diri dari kapal (UMNO) yang hampir tenggelam itu sebelum terlewat...
Boleh saya tau siapa yang nak masuk UMNO kalau tak ada niat dapat sebarang habuan? Nak perjuangkan UMNO...? Pengasas UMNO sendiri tinggalkan UMNO....
Tuan Abu Kepak.
Agak2 dlm menyokong umno,elok2 dari jadi Abu Kepak terus bertukar jadi Abu Kopak.he..he..jgn mrh yek..gurau je..
Diakhir perjalan umno itu kamu akn lihat siape sbnr nye Kambing Hitam yg di HITAMKN.
tak sangka ade lagi lembu dlm UMNO...ingatkan dah pupus dah...
untung pemimpin UMNo ade lembu percuma serah bodi...
Aku setuju dengan ko chekemala..
Ni lembu serah bodi.. yang patut dikapak seperti si abu kepak..
Saya kenal YB Eli walaupun tak rapat sangat.Dia non Muslim,non malay.Tetapi bukan itu persoalan utamanya.
Rumah, bilik tidur peribadi, adalah tempat yang paling selamat untuk kita.Gambar bogel itu telah diambil di tempat peribadi, jadi sepatutnya yang salah ialah orang yang ambil gambar tu... yang dikatakan ex boyfriend beliau..Dan ex boyfriend beliau itu diberitakan seorang Melayu!!!
Kisah Yb Eli ini belum tamat dan kita sama-sama tunggu dan lihat, akhbar mana yang akan memberi berita paling baik untuk isu ini.
Kepada pengunjung Merahhitam yang lain,
Terimakasih kerana sudi memberi pandangan.Semuanya amat dihargai.
Catat Ulasan