Sila lah kenakan YB Nizar bawah ISA!!! Malaysiakini.

| |




Tue Feb 10, 09 2:30:11 pm MYT
"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."


"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.
Masa YB Teresa Kok kena ISA tahun lepas, secara tiba-tiba, rakyat Malaysia kaum China tertarik ingin tahu mengenai ISA dan membenci kerajaan kerana menggunaan akta itu pada seorang YB. Jawapan bodoh Hamid Albar ,kenapa ISA digunakan pada wartawan Sin Chew, Cik Tan Hoon Cheng juga menunjukkan BN sangat terdesak menggunakan akta tahan tanpa bicara itu.
Kini Hamid dikatakan akan menggunakan ISA pada YB Nizar? Silakan lah jika BN ingin lebih di benci dan dijauhi olh rakyat Malaysia terutama orang Melayu!!! Silakan lah tahan YB Nizar ,kalau berani.....

5 ulasan:

Unknown berkata...

ISA digunakan jika didapati seseorang itu boleh mengancam keselamatan negara. Tetapi yang ketaranya selama ini Menteri menggunakan ISA kepada seseorang yang boleh mengancam keselamatan UMNO.
Pada fikiran mereka, apabila UMNO tak selamat maka negara pun akan jadi tak selamat. UMNO dan negara mempunyai kaitan yang rapat. Atas alasan inilah yang telah mewajarkan menteri menggunakan ISA.

Tanpa Nama berkata...

Hamid Bin ISA dan Albar Bin Botak, engkau pakailah apa saja ISA KAH, SIA KAH, MAA KAH , semua orang sudah muak dengan akta-akta BN ini.Last-Last nanti kalau tak ada lagi orang yang nak disumbat,engkau sendirilah masuk ISA tu.UMNO yang kaki rasuah tu kenapa tak kena ISA, kerana rasuah juga ancam keselamatan negara.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka kalau BN tangkap MB Perak.Lepas itu semua orang akan bangkit marahkan BN.Semua melayu pas,keadilan,cina dan india akan memberontak.Kemudian ia akan merebak ke seluruh negara.Kemudian kita akan desak adakan pilihanraya ke 13 awal.Kemudian kita kaut semua kerusi parlimen dan dun di semua negeri.kemudian kita tangkap lah semua menteri dan kuncu-kuncunya dan tahan dalam ISA.Kemudian kita keluarkan sekor-sekor dan hadapkan ke mahkamah.

Mereka terlibat banyak kes.Kes bunuh,rasuah,tipu,seleweng,hutang,raba bini orang,ambil bini orang,beli bini orang,rampas hak orang miskin,tipu anak yatim,eeehh! tak terkira banyak.BN melayu anggap orang melayu sekarang bodoh macam mak bapak mereka 50 tahun dulu.Dulu mak bapak mereka kena bodoh dengan British.sekrang bila mereka memerintah,mereka nak bodohkan orang melayu macam zaman merdeka dulu.Oiii! melayu sekarang 98% tahu baca,30% boleh baca Inggeris dan 60% tahu komputer dan 70% boleh akses internet secara online atau offline.Lagi 30% melayu tak pandai internet,sebab mereka dapat bahan dari tv@1,tv2,tv3,tv7,tv9,bernama tv,Berita Hairan,utusan meloya dan lain-lain.Kalau anda ada peluang menonton tv@1 bersama melayu umno pekat,saksikanlah bagaimana mereka akan melompat depan tv kalau pengacara suruh lompat,betul mereka akan kata betul,derhaka mereka akan kata derhaka.

50 tahun melayu tidak pernah di ajar menyoal bagaimana,bila,kenapa kepada pemimpin mereka.Melayu sekarang dah sedar,yang jadi YB ke,menteri ke,MB ke,ketua menteri tak semestinya mereka pandai dan bijak. Orang melayu bijak pandai,belajar luar negara,ada phd,doktor,lawyer,ahli koperat semua dah masuk pas atau pkr.BN ajar melayu,bahawa cuma BN saja boleh bina jambatan,bangunan,jalan,masjid.Orang pas tak tahu nak buat semua tu.Cerita sikit... kalau orang pas buat jalan,tak payah tol,buat jambatan tak retak- pas akan tangkap orang jkr yang rasuah dulu,repair parlimen 100% tak akan bocor.Eh...! kalau nak tulis semua tak akan habis.cukup lah dulu.

Sebelum saya undur diri,saya amat simpati dengan penderitaan puan sekeluarga.Salam buat anak-anak semua.

Tanpa Nama berkata...

MB Nizar merupakan seorang pemimpin yang ulung. Semasa beliau dilantik, kebanyakan orang cina di perak berasa takut dan marah kerana DAP mempunyai majoriti tetapi dalam masa setahun sahaja, MB Nizar telah berjaya memenangi hati rakyat dengan usaha gigihnya serta sikapnya yang rendah diri. Tidak ramai yang dapat dibandingkan dengan MB Nizar, Pak Lah sendiri pun tidak mempunyai sokongan dari rakyat Malaysia apatah lagi Najib yang dibenci oleh semua kaum. Satu lagi kesilapan dari BN maka hilanglah semua undi dan kepercayaan rakyat. Sama ada ISAkan Nizar atau hantar Raja Petra balik ke Kamunting, salah satu sudah cukup untuk mengkuburkan BN.

Merah Hitam berkata...

Alias Mohd Yusof,
U dah pandai sekarang.ISA memang untuk jaga UMNO, bukan jaga keselamatan negara.

Tanpa Nama 21:53,
ISA adalah undang2 yang sangat zalim. Bialah kezaliman ini diguna oleh UMNO saja.Kita jangan kotorkan tangan mulia kita dengan menggunakan akta jahat itu pada mereka pula.We are different than them, okay?Kita adalah lebih bertamadun dan lebih berperikemanusiaan dari mereka, setuju tak?

Tanpa nama 1:29

I luv the way you comment kelakuan dan tindakan buruk UMNO/BN ni.Apa yang you tulis memang sangat tepat.
Akak rasa, you jenis melayu moden yang lebih mulia dan seorang yang waras, meggunakan prinsip keadilan sebagai paksi kehidupan.

KKitsam,

Hi... lama tak nampak komen kamu.Dah habis beraya ke/ Did u get my Gong Xi Fa Cai wishes?

Ramai orang berpendapat macam you.... kita kena doa pada Tuhan supaya satu hari nanti, Nizar boleh jadi PM Malaysia, sepertimana anti-ISA participants pernah sebut dulu....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]