Orang ramai seperti tak sabar menunggu ketibaan MB Perak yang dikatakan "derhaka" pada Sultan itu. Saya gunakan kesempatan yang ada untuk memegang sepotong kain bertulis "POHON BUBAR DUN"... tetapi tulisan tu kecil sangat, tak berapa jelas.Namun jurugambar berebut-rebut mengambil gambar kain yang bertulis tu...
Ketibaan YB Nizar(berbaju hijau muda) disambut bagaikan pengantin "wedding of the year".Wartawan dan jurugambar berlari-lari kearah MB Sah Perak yang nampak lembut tapi tegas ini, hingga beliau terpaksa berhenti beberapa kali untuk membalas lambaian orang ramai yang hadir memberi sokongan .Beliau berhenti seketika di tangga lobi untuk memberi peluang wartawan mengambil gambar dan menjawab pertanyaan mereka.Semua orang bertepuk tangan menggantikan "standing ovation" yang sepatutnya diberikan pada beliau.Kemudian beliau dan rombongan exco Perak yang sah telah masuk kedalam bangunan dan terus naik ke tingkat satu kompleks itu.
Sorakkan dan tepukkan tangan terus bergema di seluruh bangunan Mahkamah.Saya menganggarkan, kakitangan mahkamah juga sibuk keluar dari bilik pejabat masing-masing untuk melihat YB Nizar secara "live".YB Nizar ternyata seorang ahli politik baru yang berkarismatik.Seorang peguam berbangsa China disebelah saya berkata, dia bijak dan ada daya tarikan seperti DS Anwar Ibrahim!!!
Sebaik saja selesai menyerahkan fail saman, beliau berdiri di balkony dan membaca doa.Antara kandungan doa itu ialah, semoga Allah hancurkan kezaliman yang sedang melanda rakyat ketika ini.Kemudian beliau turun untuk mengadakan sidang akhbar di tangga mahkamah.
YB Nizar menerangkan mengenai kedudukan jawatan MB dari sudut perlembagaan serta menegaskan kenapa beliau mefailkan saman terhadap MB dari BN. Beliau seolah-olah mengadakan ceramah pendek dihadapan wartawan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.Setiap soalan wartawan dijawab dengan cermat dan ringkas, hinggalah akhirnya beliau sendiri yang bertanya pada wartawan "is there anything else?? "membuatkan wartawan dan semua yang hadir terpaku seketika dan kemudian tersenyum...
Patutlah orang Perak tanpa mengira kaum "admire" dengan cara percakapan dan pembawakan diri beliau. Untuk cerita lanjut, boleh lawati Malaysiakini dan Harakahdaily.....
2 ulasan:
All the events which took place the past during the past several days is Allah's planing. I do forsee YAB Nizar being malaysia's PM one day.. insha'Allah !!
Harap2 jangan lah kita sama kan YAB Nizar dengan DSAI. Saya bukan ingin membezakan mereka dari segi fahaman politik mahupun cara hidup peribadi mereka. Akan tetapi kita semua harus faham dan percaya bahawa saudara2 PAS kita hanya ada satu matlamat yang sememangnya berjuang kerana Allah s.w.t.
Walaupun buat masa ini DSAI nampak saperti berjuang untuk rakyat, kita masih belum tahu akan isi hatinya yang sebenar. Kita semua tahu bahawa DSAI hanya membelakangkan umno setelah dia disingkirkan. Adakah DSAI berasa dia dapat mengubah umno semasa dia bakal mewarisi tampuk pimpinan itu satu masa dahulu. Saya percaya mustahil umno dapat diubah semenjak dipimpin TDM dan tidak sesiapa dapat mengubah umno, sampai bila bila sekali pun. Mengapakah dia tidak meninggalkan umno pada masa itu untuk memperjuangkan hak rakyat pada masa itu? Itu masih menjadi tanda tanya kepada saya, hingga sekarang.
Catat Ulasan