"Selama 7 tahun Menteri Dalam Negeri memaksa kami hidup seperti banduan di Kem Kamunting, nampaknya, imej beliau dan parti yang diwakilinya iaitu UMNO/BN,tidak lah seindah mana.Tanpa diduga, satu persatu keburukan mereka berlaku disaksikan oleh rakyat..." demikianlah yang dinyatakan oleh tahanan ISA Mat Sah dalam suratnya baru-baru ini.
"Tiba-tiba rakyat di kejutkan dengan kes Kugan yang mati ketika sedang di soal siasat oleh polis.Orang ramai menyangka, itu adalah isu pertama tahanan mati di lokap,tetapi rupanya sepanjang 5 tahun kebelakangan ini, ada lebih 1500 tahanan dari perlabgai bangsa telah mati ketika dalam tahanan polis.Adakah polis Malaysia ada lesen untuk membunuh?..."
"Isu Kugan belum sejuk, tiba-tiba dikejutkan dengan ADUN Bota yang melompat dari BN ke PKR yang mana ini adala satu kejadian yang amat memalukan BN."
"Isu ADUN Bota belum selesai, tiba-tiba 2 orang ADUN dari Pakatan Rakyat pula di laporkan "hilang" beberapa hari tanpa dapat dihubungi oleh keluarga terdekat mahupun rakan setugas,tetapi dikatakan dilihat berada di Pekan, Pahang...."
Apa lagi yang akan terjadi dengan sendirinya selepas ini? Jika orang UMNO fikir Tuhan tu bodoh dan tidak melihat perbuatan mereka, itu adalah satu kesilapan besar yang telah mereka lakukan!!!
2 ulasan:
Ada kemungkinan lebih ramai aktivitis politik dan pengkritik kerajaan akan dikenakan tahanan ISA bila Najib mengambil alih jawatan PM selepas Mac 2009 ini.
Kita akan berada di bawah kepemimpinan autokratik semula.
Alias,
You are damn right!!!
Yang kat dalam tu, tak tahulah bila nak keluar.... hanya Allah yang menentukannya.
Tak mustahil ada lagi peristiwa Operasi lalang ke 2!!!
Catat Ulasan