ISA lebih kerap digunakan selepas March 2009?Malaysiakini.

| |
Suhaib dihadapan pintu utama Kemta. Suhaib terpaksa melalui 3 pemeriksaan polis beruniform dan scanning sebelum dapat bertemu dengan bapanya.Saya dapati,di dunia ini, salah satu tempat yang terdapat banyak kawalan polis ialah di sempadan Gazza, Palestine, yang di kawal sepenuhnya oleh polis Israel....

Ini pagar Kem Kamunting dari pandangan sisi. Tidak jauh beza dengan pagar di uantanamo Bay, Cuba.
Penggunaan ISA akan berleluasa selepas March 2009?
Setiap kali mengunjungi Kem Tahanan Perlindungan, atau lebih mesra di panggil "Kemta", ada saja perubahan yang berlaku terhadap blok-blok yang dibuat dari batu, di kawasan luas berpagar berduri setinggi lebih 20 kaki.


Tiga minggu lepas, beberapa blok lama yang dibuat dari separuh batu dan separuh kayu, telah tidak kelihatan lagi.Ianya diganti dengan beberapa struktur bangunan yang lebih tinggi, dibuat dari batu sepenuhnya. Apakah maknanya semua ini?


Ketika Pakatan Rakyat mengambil alih Negeri Perak Mac 2008, Menteri Besar Perak telah mendesak Perdana Menteri supaya membawa semua tahanan ISA ke muka pengadilan dan kemudian tutup saja kem itu.


Kemudian,perkembangan politik di Amerika,menyaksikan Presiden US yang baru, Barack H.Obama telah berikrar dan menandatangani satu draf untuk menutup Kem Guantanamo Bay, yang mana modus operandi nya tidak jauh beza dengan Kem Kamunting.Ramai berharap, PM Badawi akan turut mengikut jejak Obama dalam hal ini, tetapi.....


Setiap kali melihat pada perubahan fizikal Kem Kamunting kini, seolah-olah Kerajaan UMNO/BN ingin mencabar seruan MB Perak dan memperlekehkan usaha Presiden baru Amerika yang ingin menutup GBay, bahawa ISA masih relevan dan akan lebih penting lagi selepas March 2009 ini.....


Pandangan ini bukanlah persepsi peribadi saya.Ianya pernah disuarakan oleh beberapa NGO yang mempersoalkan bagaimanakah nasib rakyat Malaysia selepas Badawi berundur dari kerusi Perdana Menteri, beberapa minggu lagi......

1 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ISA dilakukan untuk apa? adakah kita mahu hidup dalam dunia huru-hara?

Kira selamat lagi tahanan ISA tidak kena hudud- kalau tak semua tangan kena potong

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]