Rasa marah ada, kelakar pun banyak.Suhaib pakai baju size M, tetapi memakai seluar saiz L.Manakala baju Abah size L, dia terambil seluar size M!!!Kedua-dua beranak itu terlalu "excited" hingga tak perasan tertukar pasangan baju melayu mereka disebabkan warna yang serupa.
Saya maafkan kekecohan tersebut memandangkan, inilah kali pertama mereka memakai baju melayu sedondon sejak dipisahkan ISA ,7 tahun yang lalu.
Sebaik saja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan rumah kami, kami bertiga bergegas ke Kg Pandan. Kami beraya dengan keluarga sebelah Abah.Suasana riuh rendah dengan gelak tawa mereka. Semuanya tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya Mat Sah dibebaskan juga.
Sebaik saja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan rumah kami, kami bertiga bergegas ke Kg Pandan. Kami beraya dengan keluarga sebelah Abah.Suasana riuh rendah dengan gelak tawa mereka. Semuanya tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya Mat Sah dibebaskan juga.
Selepas bermaaf-maafan dan bergambar,adik beradik yang lain ke kubur arwah nenek di Segambut. Saya dan Abah tinggal di rumah melayani tetamu yang datang. Mat Sah tidak boleh ke kubur kerana Segambut terletak diluar daerah yang diizinkan bagi pergerakan beliau.
Kami juga tidak dapat beraya dirumah Long di Wangsa Maju , Khalid di Kepong dan Sanep di Cheras diatas alasan yang sama....
Pada waktu malam pula, kami cuba pergi beraya kerumah Kak Yah di Ampang dan Abang Ramlee di Bukit Indah, tetapi.... jam 9 malam terpaksa dirumah...disebabkan masa yang terhad, kami batalkan saja niatuntuk beraya dan akan susun jadual dihari yang lain pula....
Suhaib pula sudah berada di Sabak Bernam kerana mengikut adik saya pulang beraya di Kampung kami...
Suhaib pula sudah berada di Sabak Bernam kerana mengikut adik saya pulang beraya di Kampung kami...
6 ulasan:
Harap tak akan ada lagi tangan hitam yang akan memisahkan keluarga ini dan lain-lain keluarga di negara ini.. amin..
Salam Laila,
Alhamdulillah.... I'm so happy to see the three of you together again. Be happy and Mum doakan semoga all of you sentiasa dalam perlindungan Allah dan kehidupan kalian sentiasa diberkatiNya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!!
Laila....I have a collection of Suhaib's photos - all unsmiling and sombre.
I was about to ask you for some photos of him smiling after the release of your dear husband. Now I see a smiling Suhaib....give him a hug for me. Till I meet the three of you keep safe and God Bless.
salam cikgu laila.
salam eidulfitri utk cikgu, pakcik dan suhaib.
adik saya, ahmad yasin (di Hira') kirim salam pada Suhaib.
Using ISA against the political adversaries is very wrong.
No doubt about that.
When we made a mistake we need to change or at the very least not to repeat it.
Well if the current government cannot understand this and refuse to change then vote in PR so that we all can have a better government.
We feel so sorry for Mat Sah and his family who through no fault of his own was locked up for 7 years.
Selamat Hari Raya Mat Sah dan keluarga.
Bila Suhaib tersenyum, wajahnya mirip sekali dengan Umminya :)
Catat Ulasan