We're proud of you, young lawyers!!!

| |
Peguam muda yang terlibat dalam HMI 09 baru-baru ini.
Suhaib dan Ammar, dua remaja yang ditahan, diselamatkan oleh peguam dari terus direman di Balai Polis Petaling.Faiq di tengah ialah anak seorang tahanan ISA.

Peguam Tina yang berwajah baru kerana sudah bertudung, sebahagian dari mereka yang menggerakkan jawatankuasa hak asasi Bar Council.


Jika selama ini ahli masyarakat berpendapat bahawa kerjaya peguam hanya untuk glamour dan mengaut keuntungan semata-mata, kini mereka (peguam muda dari Legal Aid Center )telah menolak persepsi negatif itu.











Mereka telah membuktikan bahawa kerjaya utama peguam ialah untuk membela rakyat yang teraniaya dari sudut perundangan, mula menampakkan hasilnya.Peguam muda dari Legal Aid BAR Council ini terbukti telah memberi komitmen yang sangat tinggi ketika berhadapan dengan situasi penahanan rambang lebih 500 para peserta himpunan aman MANSUH ISA yang diadakan bulan Ogos lalu.Disaat saat genting ketika KDN mengarahkan polis menahan orang ramai yang memakai baju berwarna merah atau hitam yang memunyai lambang anti-ISA, sekumpulan peguam telah membuat jadual tugasan secara giliran selama 24 jam tanpa henti. Mereka bersama-sama aktivis hak asasi dari SUARAM memantau"urgent arrest" yang begitu berleluasa pada hari tersebut, dan dimasa yang sama terpaksa berhadapan dengankedegilan pihak polis yang tidak membenarkan mereka melawat lebih 80 tahanan di beberapa buah balai polis sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, melibatkan dewasa lelaki dan kanak-kanak bawah umur.
Mereka telah bertugas tanpa henti pada 1, 2 hingga 3 ogos. Sekumpulan peguam melwat dan mendapatkan maklumat dari OKT, sebahagian yang lain mewakili OKT dari terus ditahan reman dihadapan majistreet dan sebahagian lagi mewakili OKT yang telah disambung reman mereka dan dibawa ke mahkamah Jalan Duta.
Mereka, peguam muda ini memberi satu petunjuk yang jelas pada rakyat Malaysia , mereka telah menjadikan diri masing-masing sebagai sebahagian dari "solution" terhadap pembinaan semula imej keadilan dalam perundangan Malaysia yang telah dicemari oleh politik kotor UMNO/BN.
We are really proud of you guys and keep the flag up!!!

1 ulasan:

Zanie berkata...

Yes, proud of them as well. Dalam pada semua institusi kerajaan dicemari oleh ketidakadilan dan penyalahgunaaan kuasa, perlu ada insan-insan yang berjiwa kental seperti mereka ini bangkit membantah! Mereka yang tidak takutkan ancaman dan berjuang demi sebuah kehidupan yang benar dan sejahtera!

Kumpulan inilah yang menjadi ancaman terbesar rejim bobrok UMNO/BN. Semoga UMNO/BN dapat dihapuskan dalam PRU yang akan datang dan selepas itu mudah-mudahan ISA terus dihapuskan. Saya ingin melihat Syuhaib tersenyum girang di sisi abahnya di rumah...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]