Doa itu sering ku tulis di kepala surat.Maknanya, sesiapa saja yang membaca surat untuk Abah, beliau terpaksa membaca ayat itu terlebih dulu.Sudah menjadi kebiasaan, semua surat-surat dari keluarga untuk tahanan ISA akan dibaca oleh warden Kem terlebih dulu.Begitu juga surat dari tahanan untuk keluarga mereka, akan diperiksa dulu kandungannaya oleh warden yang sama.
Pernah satu ketika, saya di panggil oleh Pengarah Kem kerana menulis doa seperti itu di kepala surat.Pengarah itu minta saya menarik balik doa tersebut kerana dia amat khuatir akan memberi kesan negatif kepada sesiapa saja yang terlibat dengan tahanan ISA. Saya akur walaupun dalam hati berkata " Doa adalah milik peribadi.Sepatutnya tiada siapa pun berhak untuk mempersoalkan doa-doa yang dibaca atau diamalkan setiap hari.Sesiapa saja boleh berdoa kepada Allah SWT".
Namun, inilah realitinya.Dalam sistem UMNO/BN, doa juga termasuk dalam senarai perkara-perkara yang dalam kawalan mereka!!!
Pembaca blog MerahHitam sekalian, apakah doa anda semua untuk kami yang sedang dizalimi oleh ISA ini? Dan apakah doa anda untuk si penguasa ISA yang zalim itu?
4 ulasan:
saya berdoa agar suami puan dibebaskan segera dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, amiin...banyak2kan berdoa kak..doa orang yang dizalimi tiada dinding dengan Allah swt..
ameen
ameen
ameen
doa org yg ternaniaya tiada hijab dengan ALLLA SWT.
bersabar ye.
selamat hari raya buat laila dan keluarga.
InsyaAllah akan tiba waktunya doa ini dimakbulkan Allah. Saya pun berdoa sama untu kesejahteraan puan , suami dan suhaib.
Teruskan berdoa kerana Allah Maha Mendengar.
Salam aidil fitri.
Ya Allah.mdh2an Engkau berilah kekuatan kpd mereke stelah Engkau berikan mereke ujian2 yg getir.Engkau juelah yg mengetahui atas tiap2 sesuatu yg telah Engkau takdirkan,n Engkau jue lah yg BERKUASE atas segale tiap sesuatu suatu.Dikedinihari yg sunyi ini,n di bulan yg mulie ini aku panjatkan doa kpd Mu Ya Allah,agar Engkau kembalikanlah KEBAHAGIAN kpd keluarge2 yg sdg amat menderita ini,dgn kesengsaraan yg mereke alami itu aku mohon Engkau pendekkn lah ujian getir ini ketas keluarge2 mereke ini,n demi sesungguhnye,mereke itu hine,mereke itu bodoh,mereke itu lemah n mereke itu miskin Ya Allah.Engkau sahajelah yg Maha Bijaksana n mengetahui ape yg dilangit n ape yg di bumi.
Amin..Amin..Ya Rabbila'lamin..
Selamat Menyambut AidilFitri.
Catat Ulasan