Sejak Mat Sah dibebaskan,jadual harianku sibuk sikit dengan urusan rumahtangga hingga hingga aku agak kurang melayari internet dan membaca akhbar alternatif.Aku pun tak pasti apa yang disibukkan...mungkin melayani tetamu yang hampir setiap hari datang ke rumah untuk berkenalan dengan Mat Sah...agaknya...
Mat Sah seorang yang sangat simple.Beliau tidak "demand" sebarang masakan istimewa dariku. Namun memahami keadaannya yang telah 7 tahun dinafikan untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang enak-enak di Malaysia ini, aku pun cuba sedaya upaya untuk mengambil hatinya supaya tidak terasa diabaikan pula olehku....Aku pun bukan pandai masak.Sekadar menukar beberapa jenis masakan...itupun dengan bantuan buku resepi yang pernah disediakan oleh beliau, sebelum dia ditahan dibawah ISA dulu-dulu.....
Undangan dari Chong Soon dan Sing Yee tentang Pesta Tanglung anjuran bebrapa buah persatuan Cina tidak dapat ku tolak.Majlis yang diadakan di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu memang amat menarik.Aku diberi peluang untuk berkongsi tentang kisah ISA selama lebihkurang 10 minit.
Undangan dari Chong Soon dan Sing Yee tentang Pesta Tanglung anjuran bebrapa buah persatuan Cina tidak dapat ku tolak.Majlis yang diadakan di perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu memang amat menarik.Aku diberi peluang untuk berkongsi tentang kisah ISA selama lebihkurang 10 minit.
Abah terlalu ingin untuk hadir ke majlis itu namun, Dewan tersebut terletak diluar kawasan Ampang...beliau tidak dibenarkan keluar dari kawasan Ampang tanpa kebenaran dari Ketua Polis Selangor!!!Akhirnya, aku dan Suhaib saja yang menghadiri majlis itu.
"Kak, ucapan akak sekarang dah lain..." kata Nalini dari SUARAM.Aku terperanjat dengan komen itu."Apa lainnya..." tanyaku lagi. "Akak dah tak sedih sangat bila bercerita tentang ISA" tambah Nalini lagi."OOOhhhh..." aku tersenyum.
"Ya...mungkin ucapan ada sedikit berubah... namun.....perjuangan tetap sama.Selagi ISA masih wujud, kita semua belum selamat dari akta zalim tahan tanpa bicara itu..." kataku sambil memberi "wink" pada Nalini, Yee Keong, Siew Fong dan Hong Siang yang sedang memerhatikanku....
2 ulasan:
senang untuk hati seseorang itu berubah? sudah tentu jawapannya TIDAK!
tapi setiap perubahan daripada buruk kepada yang baik adalah amat dituntut.
rindunya pada ramadhan yang lalu kerana membawa banyak kenangan yang tak mungkin akan kembali. syukur pada Allah kerana dapat bangun sahur setiap hari cuma yang menyedihkan hanya satu malam je dapat qiamullail dgn 2 rakaat solat tahajjud, 2 rakaat solat taubat, 2 rakaat solat hajat dan solat witir. pagi tu lepas sahur dan solat subuh buka internet dapat berita Abg Mat Sah DIBEBASKAN! Gembira tak terkata, siap ada kawan kata malam tu Lailatul Qadar. mungkin juga sebab malam tu memang malam Kak 'Laila'tul Qadar...
http://muntazarmahdi.blogspot.com/
"cari ketenangan"
Catat Ulasan