Pembebasan Mat Sah lambang perjuangan rakyat.

| |
"Adakah Kak Laila akan teruskan perjuangan menghapuskan ISA ini?" tanya Lih Yi dari AFP.Saya jawab "Ya, InsyaAllah" dengan kepastian lebih 100 peratus.
Sungguh manis pembebasan ini kerana dapat dikongsikan dengan rakyat Malaysia...merentasi batas semua kaum dan agama di negara ini. Ucapan syukur dan tahniah bukan saja dari ahli, aktivis dan ahli politik PR spt PAS, PKR, DAP,makkal Sakti malahan juga dari Gerakan!!!Saya juga amat tersentuh dengan kata-kata indah dari adik2 peguam di BAR Council yang turut serta menghayati ketegangan perasaan yang saya alami....semoga pembebasan Mat Sah akan menyuntik lebih semangat pada mereka untuk terus memperjuangkan pemansuhan akta tahan tanpa bicara ini.


Kami berdua masih di Hotel .... di Sandakan.Letih sangat, tetapi malam tadi susah nak tidur.Sepanjang malam sms berbunyi.....dan setiap kali berbunyi, saya pasti nak tengok siapa yang hantar ucapan itu!!!Boleh silentkan, tapi tak best.Saya juga ingin melayani perasaan gembira rakyat@orang ramai yang selama ini turut sama bersusah payah dalam perjuangan ini.

Pastinya hati saya amat teringat pada kawan2 di GMI ie Syed,Nalini, Nash,Lat, Fadiah ,Zainal, Kak Nuri, Haji,K.jije, K.Animah, Jin Cheng, Toh...dan ramai lagi yang selama ini pernah sama-sama mengerah masa dan tenaga untuk menggerakkan kempen GMI.Percayalah, perjuangan GMI adalah melambangkan perjuangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman. Himpunan 1 Ogos baru ni adalah manifestasi jelas dari rakyat bahawa selama ini, mereka menerima, mengakui dan mengiktiraf perjuangan membebaskan tahanan ISA yang dilakukan GMI.
Saya tidak akan lupa, aktivis dari JIM, khasnya JIM daerah Ampang Jaya yang selama ini sentiasa cuba memahani dan meladeni keperluan peribadi dalam meneruskan jerih payah dalam perjuangan yang agak panjang ini.Pada media alternatif ,ie Harakah ,Malaysiakini, bloggers dan personal websites, semuanya ada peranan yang besar untuk memastikan segala arah dan suara perjuangan ini dapat dikongsikan dengan rakyat dan terbukti ianya telah membuahkan hasil....

Setakat ini dulu....akan cuba update lagi...
Sekali lagi saya ucapkan syukur pada Allah kerana telah memberi kesabaran,kekuatan dan kawan-kawan yang bersemangat tinggi untuk mengharungi semua kesukarn ini.


27 ulasan:

sang kegelapan berkata...

bersyukur pada Allah kak..
Diharapkan hari raye akak tahun ni lebih bermakna..
Salam aidilfitri..

yon75 berkata...

tahniah kak laila dan pendokong GMI...akhirnya perjuangan rakyat membuahkan hasil....Alhamdulillah...!salam buat saudara Mat Sah ,,,Assalamualaikum...!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah..

cucu awang teh berkata...

Salam kak,,segala penat lelah kakak telah berhasil,tahniah kepada kakak yang banyak bersabar menempoh ujian dan berjaya dengan cemerlang...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..teruskan perjuangan...

Unknown berkata...

moga perjuangan puan tidak berhenti di sini, teruskan perjuangan untuk membela segala bentuk ketidakadilan yang berlaku di negara kita tercinta ini.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah... Semoga Lebaran 1430H menjadi amat bermakna buat akak and family... Teruskan perjuangan... Salam Lebaran..

Hasbullah Pit berkata...

Apa tunggu lagi.
buatkanlah blog matsah.blogspot.com

kutu_buku berkata...

tahniah auntie.syukur Alhamdulillah..raya ni pasti bermakna buat auntie sekeluarga.take care=)

abu muaz berkata...

takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dan terus berjuang......

buat suhaib selamat hari raya.

ibnu sidek berkata...

Salam Aidil fitri kepada aka sekeluarga dan diharap raya tahun ini lebih bermakna untuk akak sekeluarga dan lebih bahagia jika kita dapat beraya bersama dengan keluarga tersayang, Tahniah dengan pembebasan Abg Mat Sah dan juga dengan yang lainnya.... Perjuangan akak dan keluarga mangsa ISA perlu diteruskan sehingga ianya dimahsuhkan dan lepas ni kita saman kerajaan yang kejam ini.

GombakRock berkata...

alhamdulillah...tahniah diucapkan kpd cikgu sekeluarga...tentunya aidilfitri kali ini lebih meriah...

alhamduliillah...usaha kita masa 1 Ogos tempoh hari membuahkan hasil... dan allah juga memakbulkan doa semua rakyat malaysia yg mahukan tahanan i.s.a dibebaskan dan i.s.a itu sendiri dimansuhkan...

siapa kata berdemonstrasi itu sia-sia dan bukan "budaya kita"??

selamat hari malaysia

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah & Tahniah utk akak...

Teruskan perjuangan akak, jgn biar terhenti setakat ini shj. Tenaga & sumbangan akak amat diperlukan utk merealisasikan agar ISA dihapuskan dr muka bumi Allah ini...

Salam Aidilfitri & Semoga dirahmati & diberkati Allah...

jelir berkata...

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam.
Semoga kehadiran aidilfitri kali ni adalah tanda-tanda kemenagan kepad a perjuangan rakyat menentang kezaliman terutamanya mangsa dan ahli keluarga kekejaman ISA laknatullah. Ketabahan dan kesabaran yang dihadapi oleh anda semua memang tidak ternilai, tidak dapat dibandingkan dengan habuan bom asap dan pancutan air dari FRU. Persetankan komen dari menteri KDN. Insyallah perjuangan untuk menghapuskan ISA akan sentiasa digerakkan.

Hancur ISA

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. tahniah. semoga allah memperkuatkan lagi iltizam kita

Pauline berkata...

That's the BEST news for some time. I admired your strength and courage throughout these years. Syabas and Selamat Hari Raya Aidilfitri to you and your family.

polytikus berkata...

congrats kak laila!

Tanpa Nama berkata...

betul tu, apa kata buat blog mengenai pengalaman dalam isa selama 8 tahun, supaya orang ramai tahu.

Tanpa Nama berkata...

Salam

This is wonderful news - your efforts have not been in vain. Selamat Hari Raya to your family - it will be a good one I'm sure:) Thank you.

Mat berkata...

Suhaib,ucapan selamat hari raya dari pakcik.

rosnanie berkata...

Alhamdulillah....takbir....
Raya ini pastinya yang paling bererti buat kak laila dan keluarga

romlah che harun berkata...

tahniah cikgu Laila.
ana salah seorang ahli jim daerah sungai petani yang masih terasa kehadiaran anti di sek islah tempohari sangat teruja dengan pembebasan akhi mat sah.
Kami semua merasa sangat gembira, tentulah anti lebih lagi.

Allah telah menetapkan tarikh ini untuk memberi kurnia kpd hambanya yang tidak pernah kenal jemu berdoa. ALLahuAkbar!

shahir zambri berkata...

alhamdulillah

Naz in Norway berkata...

Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Minta Mat Shah tulis buku pengalaman 7 tahun di ISA.

Tanpa Nama berkata...

Puan Laila dan Sdr Mat Sah,

Saya pernah tinggal di USA selama lebih 2+ tahun. sewaktu masa itu saya mengikuti liputan berita secara LIVE peristiwa2 berikut
i) perbicaraan Sheikh Omar abdul Rahman dari mesir yang buta itu. Ternyata, USA dan Hosni Mubarak merancang 'pengeboman' tempat letak kereta bawah tanah WTC. Senat Amerika meluluskan World Terrorism Act 1, bajet dikeluarkan dan Islam diCAP sebagai teroris
ii) Pengeboman bangunan persekutuan di Oklahoma City. Nama Islam diseret sebagai yang terlibat walaupun baru satu atau dua jam peristiwa itu terjadi!. Tanpa bukti, Islam diCAP lagi sebagai teroris!. Namun Timothy McVeigh, seorang berkulit putih di tangkap dan dibicarakan dan didapati bersalah!. Islam sudah dikambing hitamkan!
iii) Kejadian kapal terbang penumpang meletup di ruang udara atas laut luar pantai New York. Islam juga diseret sebagai terlibat dalam tempoh 3 jam peristiwa itu. Beberapa orang arab di tahan di Chicago, Paris dan London seolah2 mereka perancang dan sedang melarikan diri!. Sebenarnya, kapal terbang ini di tembak oleh missile US Navy. Beberapa saksi yang diinterview secara LIVE menyatakan mereka melihat letupan di atas paras air luar pantai sebelum melihat 2 letupan bertututan di ruang udara!. Melalui insiden ini, Senat Amerika meluluskan World Terrorism Act 2 untuk mendapat BAJET kepada CIA DAN FBI membuat rangkaian markas perisikan antarabangsa serata dunia!. Islam juga diHITAMKAN namanya.
iv) Letupan di Taman sukan Olimpik Atlanta. Letupan ini dikatakan dibuat oleh seorang yang marah sebab beliau ingin menjadi sukarelawan keselamatan ditolak!. Sebenarnya, letupanini DIADAKAN sebab pihak FBI dan CIA serta US NAVY tidak berupaya berhadapan dengan persoalan pokok MENGAPA bangkai kapalterbang yang meletup itu tidak dikeluarkan dari laut sehingga berminggu2.

Inilah PERANCANGAN Amerika menyiapkan INFRASTRUKTUR dan MINDA sejagat bahawa orang Islam adalah teroris!. bila sept 11 2001 terjadi, maka ENAKLAH bush menyatakan istilah War on Terror tu adalah untuk memerangi teroris Islam.

Bagi MENGAMINKAN kata2 Bush ni, maka mahadei pun tangkaplah anak2 melayu. Mula2 di katakan mereka ini ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia...lepas tu Kumpulan Militan Malaysia!....lepas tu NAK SEDSAPKAN lagi 'busuknya hasrat teroris ini' nama Jemaah Islamiyah digunakan!. Sdr Mat Sah saya kira adalah mangsa yang Dr M dan Najib PILIH untuk MENOLONG Bush jual CERITA dan Rancangan Jahat musuh Allah ni.....

Tanpa Nama berkata...

Puan Laila dan Sdr Mat Sah,

Dosa Mahadei dan Najib serta menteri dalam negeri bukan setakat menyumbat orang2 melayu ke dalam ISA sahaja!

Mereka bertindak lebih dari itu....

Mereka BERSEKONGKOL dengan perancangan jahat amerika ini dengan turut serta MELULUSKAN pembinaan satu dari berpuluh markas perisikan teroris antarabangsa seluruh dunia di Malaysia. Saya difahamkan, SATU markas itu sudah terbina dan sedang beroperasi oleh CIA/FBI sepenuhnya di Port Dickson. Seorang sahabat kontraktor saya bercerita tentang PROJEK RAHSIA ini.

maka kini, PRK di bagan pinang adalah RAHSIA tersirat ALLAH meminta umat melayu lebih2 lagi ASKAR MELAYU sendiri MEMPERBETULKAN PENGKHIANATAN mahadei dan Najib ni.....Allah MENGIZINKAN kita hadapi PRK bagan pinang ini setelah 7 kali kerajaan zalim BN ini ditewaskan oleh golongan pembangkang.

Sekarang, kita seolah2 diberi mandat untuk membetulkan NAMA baik AGAMANYA....atau kita boleh terus menerus menjadi BURUNG KAKAK TUA dengan MENGIYAKAN SAHAJA propaganda BARAT bahawa orang2 Islam adalah TERORIS!.

Inilah peluang kita MENGHUKUM para PENZALIM yang hanya tersenyum depan muka kita sebagai pemimpin orang2 melayu TETAPI mereka sebenarnya semuanya adalah SAUDARA kepada yahudi tunggangan IBLIS, JINN dan SYAITAN untuk menjalankan kerja laknat mereka!

Bagi saya, Alhamdulillah, setelah lebih 100 hari saya berpuasa, bersolat dan berdoa, Allah sudah 'menunjukkan' kepada saya kebenaran hakiki. Alhamdulillah!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]