Sudah tujuh tahun lebih Mat Sah di kurung tanpa bicara di Kem kamunting. Bila dibebaskan, ada banyak pula syarat-syarat yang perlu dipatuhi....Saya rasa makin benci dengan ISA dan penguasanya. Tahanan ISA dibebaskan dari Kem Kamunting, tetapi masih lagi disekat kebebasan mereka dengan pelbagai peraturan yang sengaja diada-adakan.
Semalam saya bawa suami membelibelah di sebuah pasaraya mega di AU2.Keramat. Kesian saya melihatnya.Dia dah tujuh tahun tidak berada dalam suasana hari Raya dan kesibukan membeli belah. Suhaiblah yang banyak membantu beliau memilihkan barang-barang keperluan disamping menjadi pemandu pelancung kepadanya.Saya bersyukur sangat kerana Suhaib kelihatan amat matang dan banyak bersabar berhadapan dengan bapa yang baru "ditemui"nya itu.
Melihatkan keadaan Mat Sah, saya makin benci pada UMNO/BN kerana masih mahu mengekalkan ISA.Mereka tidak merasakan betapa ISA yang dikenakan keatas suami saya, begitu dahsyat kesannya keatas seorang manusia hingga saya merasakan seolah-olah seolah-olah ingin "membunuh" mental beliau.
Anda semua, doakanlah Abah Suhaib akan segera kembali seperti sediakala.
5 ulasan:
Salam cikgu. Semoga Aidil Fitri memberi keceriaan kepada keluarga cikgu. Semoga perjuangan bertambah kuat. Kami berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada cikgu dan suami untuk berhadapan dengan hari-hari yang akan mendatang. Sesungguhnya kemenangan pasti dicapai kepada mereka yang berjuang semata-mata untuk islam. Amin....
Alhamdulillah...now u can go shopping with YOUR HUSBAND....will always treasure the precious time we spent together at that mega shopping complex...
Salaam Puan,
7 tahun adalah jangkamasa terlalu amat panjang....terlalu lama. Tentulah suami puan 'berubah' gayanya. mereka ingin membunuh keperibadian suami puan, bagi membuktikan bahawa mereka benar.
Mereka sebenarnya manusia2 sesat arah, sesat pegangan, sesat usul. mereka mengikut telunjuk 'penasihat luar negara' dari jauh sana. Inilah umno yang terlalu dekat kaedah mereka kepada yang terang2 memusuhi Islam dari bersama kita yang mereka kata sesama Islam.....
Insya Allah suami puan akan pulih sepenuhnya. Banyak bersabar dan banyaklah berdoa. Minta kepada DIA dan biarkanlah mereka ikut usul kafirin. Kita lihat sahajalah mereka2 yang dahulunya taukeh ISA, seperti Ghazali Shafei.....mana dia sekarang?. Hamid albar pula bagaimana?. Musa ITAM kaya raya main orang melayu guna ISA, tapi akhirnya bagaimana?. Kaya dia hanya pada zahir, tapi batin nya menjerit!.
ISA TETAP HARAM walau apapunhujah2 mereka......
Salam,
Moga Allah terus memberikan kekuatan kepada Puan untuk menghadapi apa yang saya sifatkan sebagai PERMULAAN SEBUAH BELENGGU KEBEBESAN YANG SEBENAR....Tabah Diri, CeKl HATI....
Salam Laila,
Bersyukurlah kepada Yang Maha Kuasa dan beterima kasihlah kita sesama insan.
Tak baik kita menaruh dendam.
Selalu banyak-banyak beristighfar.
Akak doakan semoga Laila dan keluarga hidup aman dan damai selepas ini.
Daripada dendam akan lahir benci dan daripada benci akan melahirkan sifat lupa diri dan sifat lupa diri akan menyebabkan kita melakukan kerja yang keterlaluan.
Sesungguhnya Allah swt tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan (keterlaluan) dalam melakukan sesuatu perkara.
Salam,
Fatimah
Catat Ulasan