Kami dalam proses memulakan hidup baru...

| |
Sebaik saja tiba di KLIA dari Sandakan malam tadi, saya terus bergegas ke Kg pandan untuk menjemput Abah pulang kerumah. Sebaik saja tiba di ruang tamu rumah yang telah ditinggalkan lebih 7 tahun, beliau terus sujud syukur. Saya dan Suhaib memerhatikan dengan perasaan penuh syahdu....Suhaib kelihatan amat gembira.Kedua-dua beranak berpelukan untuk beberapa ketika.



Bagi saya sendiri, memang ada perasaan janggal dengan pembebasan ini.Selama lebih 7 tahun tiada lelaki menamakan dirinya "Husband" dalam di hp saya,tiba-tiba kini nama itu turut tersenarai.Semalam, saya menerima beberapa jemputan sambutan Aidilfitri di Johor dan Melaka.Saya biasanya akan segera memberi jawapan "ya" atau "tidak' secara instant.Namun kali ini, saya terfikir untuk memberitahu Mat Sah arah pergerakan yang saya perlu lakukan.

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Mat Sah memeriksa semua bilik yang telah 7 tahun tidak pernah dijejakinya.Saya rasa serbasalah untuk membenarkan Mat Sah masuk ke bilik tidur .... dan rasa kurang selesa bila dia duduk disebelah sambil memegang tangan saya.Dia juga berperangai yang sama.Beliau kelihatan agak kurang selesa , walaupun sudah berada dalam rumah sendiri.....
Pagi tadi, sebelum Solat Subuh, Mat Sah sibuk bertanya tentang baju yang perlu dipakai.Baju beliau yang ditinggalkan 7 tahun yang lalu, hampir semua sudah tidak boleh dipakai kerana telah berubah warna dan sebahagiannya telah terlalu buruk.Saya minta beliau "pinjam" baju Suhaib sementara membawanya membeli belah pakaian baru....
Inilah kesan pada kezaliman 7 tahun penahanan tanpa bicara ISA. Mereka terpisah dari dunia luar, hinggakan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga pun turut terjejas....Kami amat perlukan masa untuk membina hidup baru, kembali sepertimana tujuh tahun yang lalu...
Maaf belum semput upload gambar terbaru mereka berdua.



16 ulasan:

Budak Ipoh Timor berkata...

AlhamduliLLah syukur dan tahniah buat akak sekeluarga...

Mudah-mudahan nikmat yang ALLah berikan ini tidak membuatkan akak leka dengan isteri @ keluarga yang senasib dengan akak sebelum ini.

Semoga bergembira hingga kesyurga insyaALlah.

ALlahuakbar3x... waliLLaahilhamd...

Muhammad Fahmi berkata...

nungkin dia perlukan sesi kaunseling untuk pulihkan kembali mental trauma yang telah dilalui akibat disiksa bertahun-tahun dalam KEMTA. tapi saya percaya husband kak laila seorang yang tabah, dia akan pulih. mungkin YB Saari dapat membantu...

Faizal berkata...

Salam...

Mabrook... Mudah mudahan Eid kali ini disambut dengan suasana yang ceria dan penuh kesyukuran. Lepas ni Kalau nakjemput Kak Laila Sekeluarga lah pula...

Tanpa Nama berkata...

Dear Laila,
I understand Mats situation and feelings of discomfort and orientation.
For 7 miserable years he acted like a robot, ordered when to eat, what to think ,when to sleep and just plain empty space surrounded him.
Take it one day at a time,let him reorientate himself .
Go for a holiday and have some privacy.
He will be back to normal.
Take a very short break from your GMI activities .
Dont forget to make him a member of GMI and PAS/PKR.
He can do the ceramah circuit.
Now you can do things together and fight to ABOLISH ISA.
ALL THE BEST ALWAYS.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
To YOU,MAT AND SHUIB.
GOD BLESS YOUR FAMILY.

Tanpa Nama berkata...

http://sangkluang.blogspot.com/

AL-QUDS...

HANCUR2HANCUR ISRAIEL
HANCUR2HANCUR AMERIKA

Mohd Idzaney Zakaria berkata...

sabar yea kak..insyaAllah pertemuan dan pembebasan kali ini akan membawa erti dlm perjuangan pembebasan tahnan ISA

Tanpa Nama berkata...

Semoga akak sekeluarga dpt jalani hidup yang baru...

Teruskan berjuang...sy sokong!!!

MANTIBAI yang Unggul berkata...

Salam
Semoga kembali ceria dan bahagia. Salam AidilFitri dan semoga sejahtera selamanya

cucu awang teh berkata...

Selamat menempoh hidup baru!!!

datuk berkata...

Syukur Alhamdullllah. Semoga hidup sekeluarga akan lebih berbahagia.

Tanpa Nama berkata...

Semoga puan Laila sekeluarga tabah membina hidup baru. Setelah ada suami di sisi, maka pergerakan pastinya lebih terbatas tidak seperti sebelum ni. Berilah perhatian penuh kepada suami puan dan bantulah beliau untuk terus menjadi pejuang kebenaran dan keadilan.

al-aman berkata...

Tiada kalimah yang paling layak untuk dilafazkan melainkan 'Alhamdulillah'... Saya tumpang gembira dan berdoa agar Kak sekeluarga dan kita semua terus thabat dalam perjuangan dan bahagia hingga ke syurga... Amiinn..

Tanpa Nama berkata...

Salam Puan, saya follow blog puan secara diam dan membaca hampir setiap cerita. Tumpang gembira kerna aidilfitri tahun ni lebih bermakna utk puan sekeluarga.

fital berkata...

Hidup adalah perjuangan yang tak lekang dengan ujian yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tahniah atas pembebasan suami puan dan yang lain.Semoga Ramadan dan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna lagi buat puan.Bagi saya puan memang seorang isteri yang tabah dan gigih memperjuagkan yang hak.Teruskan perjuagan...agi hidup agi ngelaban.

Rohaifi Azri berkata...

assalamualaikum wbt... ALHAMDULILLAH, syukur padaNYA walaupun pembebasan tahanan ini mgkn antara 'umpan' pilihanraya kecil bagan pinang. Teruskan perjuangan menghapuskan kezaliman. Tumpang gembira atas pembebasan suami puan dan kita turut berduka utk keluarga2 yg masih menanti pembebasan insan yg tersayang dari belenggu zalim ISA.

perompak harta rakyat berkata...

Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Akhirnya doa akak dan juga rakyat marhaen yang cintakan keadilan dimakbulkan Allah dengan pembebasan suami.

Saya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' pada akak dan suami, moga dikekalkan jodoh hingga ke pintu Syurga.......

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]