Berapa upah BN pada Ibrahim Ali?

| |

Ini baru benar-benar berita terkini!!! Ibrahim Ali@the frog, yang bertanding atas tiket PAS, kemudian menang, kini jadi Presiden Pribumi Perkasa.

Apa Pribumi Perkasa ni?Sekali baca, mungkin ada yang terfikir ianya NGO untuk bela orang Asli di Malaysia...tetapi rupanya NGO untuk membela akta tahan tanpa bicara ISA!!!!


Semalam di Putrajaya, YB "katak" ni menyampaikan satu memo setebal 6 mukasurat pada Menteri Dalam Negeri minta supaya ISA di perluaskan lagi penggunaannya dari yang sedia ada untuk menjaga hak istimewa orang Melayu.



Kalau ditanya pada mana-mana bekas tahanan ISA yang waras fikirannya, mana ada orang yang mahu ditahan polis, duduk dalam lokap gelap, tanpa dibenarkan bertemu sesiapa terutamnya peguam dan dipisahkan dari keluarga, dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan semua tuduhan itu tidak ada peluang untuk dibersihkan di mahkamah.Siapa yang suka dengan semua tu?


Sebab itu, saya katakan, YB "katak" ni memang bukan manusia kerana beliau tiada perikemanusiaan! Beliau dengan bangganya mengaku pernah kena ISA dua kali... bagaimana pengalaman tersebut boleh menjadikan beliau seorang yang membela ISA pula?

Pastinya, kalau tiada agendsa tersembunyi, masakan beliau beria-ia sangat menonjolkan diri menjadi pembela ISA .....


Apa perasaan orang PAS yang memberi peluang beliau bertanding menggunakan tiket PAS masa PRU12 yang lalu ya? Apa doa doa yang sesuai untuk dia ni?







5 ulasan:

wann berkata...

si katak ini tak tahu di untung.

kita tengok jauh mana dia boleh pergi.

Unknown berkata...

Memang si-mamat ni akan kena sumpahan masyarakat nanti ...Memalukan!!!Mengkhianati kepada amanah dan kepercayaan serta pengorbanan calon PAS..Hisss..tak tau nak letak muka kat mana..Tak sangka beginilah rupanya orang yg melacurkan politik demi ..????

Unknown berkata...

Ku sumpah katak di tepi kolam;
Sorak sorai di tengah malam.
Rupanya katak tembam.
Mengaduhai Tenggara Berdendam.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Manusia sejijik dan sehina Ibrahim Ali ni perlu upah ke untuk buat kerja-kerja jahat? Tidak, sama sekali tidak.

Beliau buat semua tu dengan percuma, dengan seikhlas hati dan dengan senang hati. Kalau amanah PAS dia sanggup khianat, apalah sangat bagi dia kalau dia mengkhianati umat Melayu?

Dia sebenarnya sdg promote diri sendiri, maklumlah lepas ni nak bertanding atas tiket PAS dah tentu tak dapat dah, nak bertanding atas tiket Bebas, pasti kena tebas. So, jalan terbaik adalah ampu/jilat PM, BN dan Umno yang dia caci sehebat-hebatnya masa dok berbaik dgn PAS dulu...

Kalau dia berjaya, mungkin tabung oksigen politik beliau selamat lagi, tp kalau dia tak berjaya dalam misi ampu mengampu ni, alamatnya... selamat jalan romeo la..

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu minta maaf pada semua kerana kesilapan mereka memberi ruang kepada Ibrahim Ali. Ini namanya politik matang. Minta maaf dan perangi perangai macam ni habis habisan.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]