Kami tuntut keadilan di akhirat sana....

| |










"Suami saya seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Rumah, kereta, yuran anak, wang sumbangan untuk emak saya, belanja dapor, bils dan hampir segalanya, dia yang bereskan semuanya.Walaupun saya bekerja, duit gaji saya jarang digunakan untuk belanja harian kerana dia yang menyusun penggunaan wang sedemikian rupa. Selain dari pekerjaan tetap di DBP, beliau mempunyai beberapa perniagaan sampingan ie penyewaan teksi , kebab kiosk di beberapa tempat di Ampang.Dia memang selalu sibuk.Siang dia bekerja di DBP, malam pula memastikan gerai kebab dan teksinya beroperasi. Ada ketikanya beliau turut membuat "overtime" semata-mata untuk mencari duit lebih.Cara beliau bekerja seolah-oleh untuk menyara dua isteri dan berpuluh-puluh anak!!! " demikian pernah saya kongsikan kisah ini dihadapan lebih 200 ibu tunggal di sekitar Selangor dan K.L dalam satu program anjuran Wanita Jamaah Islah Malaysia(JIM).



"Selain sentiasa mencukupkan perbelanjaan rumahtangga, suami saya juga amat menitikberatkan amalan Islam dalam rumahtangga kami. Hampir setiap pagi, beliau akan bangun awal untuk solat tahajjud dan sebaik saja masuk waktu Subuh, beliau lah yang akan mengejutkan saya dari tidur. Beliau juga memastikan saya sentiasa membaca Al Quran walaupun cuma sebaris ayat" tambah saya lagi.
Selain itu, beliau mewajibkan dirinya membantu saya melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju,pinggan mangkuk, menyapu lantai, mengemas dapur serta bilik tidur, sekali sekala menggosokkan baju saya dan menyediakan makan malam untuk kami bertiga. "Abang tak mahu tangan Ila kasar kerana teruk membuat kerja rumah..." selalu beliau bergurau begitu.Saya tersengeh saja mendengar gurauannya. Saya tidak pernah tahu bagaimana nak membayar segala yuran dan bils.Dia terlalu memanjakan saya.....
Saya memang rasa pelik sangat, dalam dia sibuk mencari nafkah keluarga dan setiap bulan pula kami mesti balik Kampung atau pergi bercuti di pantai atau pulau kegemarannya.....tiba-tiba dia dikatakan menjadi ahli "JI" yang ada kaitan dengan terorist!!!
Tiba-tiba dia kena ISA!!!Bila dia kena ISA, saya terpaksa memulakan hidup seolah-olah seperti seorang ibu tunggal.Diiringi dengan linangan airmata, saya terpaksa belajar melakukan semua kerja sendirian.Bermula dari bangun pagi(tanpa dia yang mengejutkan) hinggalah menyelesaikan urusan Suhaib dan rumah kami....semuanya saya terpaksa lakukan sendirian.Itu tidak termasuk pergi ke Taiping setiap dua minggu untuk menziarahinya.
Itulah antara kebaikan yang pernah dilakukan oleh suami kepada saya. Kenangan indah itulah antara beberapa faktor penting yang membuatkan saya sanggup berjuang membersihkan nama baiknya disamping menunggu kepulangannya walaupun kami berdua dipisahkan lebih tujuh tahun!!!!
Kami tidak pernah redha dengan penggunaan ISA keatasnya selama ini!!!!!Didunia kami tidak diberi pengadilan, kami tuntut diakhirat sana.Itu pasti!!!

5 ulasan:

ARIFF BUDIMAN berkata...

Salam cikgu. itulah jalan yang terbaik buat kita. Kita akan tuntut diakhirat kelak. Perbuatan berdendam akan menghitamkan hati. Saya setiap hari pasti bertemu dengan orang yang membunuh isteri saya. Pedih, pilu, marah dan dendam sudah sebati dengn jiwa saya namun bila menghadiri kelas2 agama barulah jiwa kita dibersihkan. Syukur cikgu masih mempunyai teman walaupun perit selama 7 tahun. Saya kehilangan terus sahabat baik saya yang sanggup bekorban untuk saya. Apa yang saya dan anak-anak dapat lakukan ialah kami berdoa agar Allah memberi keadilan kepada kami diakhirat kelak. Terus terang saya katakan perasaan rindu tidak pernah hilang dari sanubari saya. Pilu, sedih merupakan asam garam kita untuk terus berjuang. Cikgu dengan cara cikgu dan dengan cara saya. Semoga Allah terima amal2 kita cikgu. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada cikgu sekeluarga

ezry da' legend berkata...

di dunia mereka yg zalim ini mungkin bisa lagi untuk lepas bebas... Namun 'di sana', BALASAN serta AZAB-NYA akan menunggu mereka...

Semoga mangsa kezaliman ISA serta sanak-saudara yang turut terzalim akan terus cekal tabah menempuh dugaanNYA ini...

CUPING MERAH berkata...

salam ziarah..

abu muaz berkata...

Salam cikgu. Lepas tempoh tahanan tamat cikgu uruskan program motivasi utk anak remaja kita jadi usahawan dengan motivatornya bekas tahanan ISA. Pasti hebat dengan pengalaman yg ori.

Malaysian berkata...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]