Semalam, hari raya ke 2, kami hanya ke IPD Ampang untuk lapur diri pada SB.Saya tak suka buat kerja ni kerana secara prinsipnya, saya tidak pernah bekerjasama dengan polis berpakaian biasa tu.Tapi...kerana ada sedikit hormat pada peraturan yang sengaja diada-adakan tu, saya ikutkan saja pelawaan Mat Sah menemaninya ke tempat polis cawangan khas tersebut.
Balik dari IPD, saya ajak Mat Sah ke bank dan berikan kad ATMnya yang saya simpankan selama ini.Saya ajar dia menggunakan kad itu kembali.Dia tersenyum gembira melihat ada sedikit duit dalam kad GIROnya.Kemudian, saya bawa dia ke pasaraya GIANT untuk membeli sedikit keperluan dapor. Dia pening melihat rak-rak yang dipenuhi susunan barang-barang.Maklum, dah tujuh tahun tidak pernah masuk pasaraya!!!Kami beratur di kaunter untuk membayar harga barang-barang dan sengaja saya minta mat Sah membayar semuanya. Beliau melihat jumlah harga yang dipaparkan di skrin dan membandingkan dengan duit yang bersusun di walletnya, amat lambat sekali, beberapa minit kemudian barulah sekeping nota RM50 dikeluarkan untuk membayar baranagn yang berjumlah RM30.00.Saya hanya tersenyum melihat keadaan itu.Teruk juga kesan 7 tahun dikurung di Kem kamunting.Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari...!!!!

Selepas itu, kami pulang kerumah. Saya ajar beliau menggunakan emel dan mula menulis beberapa perenggan cerita pendek.Dia pening melihat keyboard! Tetapi kemudian saya minta dia melihat gambar-gambar yang diambil pada hari raya pertama.Saya harap gambar-gambar itu dapat segera membantu memulihkan ingatannya tentang peristiwa di hari raya.Mat Sah tidak menyambut hari raya bersama adik-beradiknya di rumah mereka dari tahun 2001 hingga tahun 2008!!!
Ada banyak lagi aktiviti untuk membina semula "Mat Sah" sepertimana sebelum ditahan dibawah ISA pada 2002 dulu."Treat him like a baby" itu pesanan seseorang yang memang pakar dalam psikology.Saya setuju denganpendapat itu.Trauma 7 tahun dikurung , memang amat memeritkan.
3 ulasan:
slmt hari raya..
maaf zahir n batin..
tahniah kepada keluarga ni kerana dha "dihidupkan"kembali serinya.
moga perjuangan menentang ISA serta lain lain akta zalim tidak terhenti setakat ini sahaja.
sebagaimana perjuangan PKR yang tidak terhenti selepas pembebasan DSAI.
perjuangan ini hanya akan selesai selepas kejayaan sebenar dicapai..
iaitu kejatuhan rejim zalim umNo barisan nazional.
terus berjuang utk membebaskan rakyat 1Malaysia dari bn,,,..
wslm.,
Salam Cikgu Laila,
walaupun mungkin memakan sedikit masa, kakcik percaya Laila mampu melakukannya. InsyaAllah Mat Sah takkan mengambil masa yang begitu lama untuk kembali menjalani kehidupan normal.
Salam. Saya doakan semoga suami cikgu terus dapat menyesuaikan dirinya. Terharu saya membacanya. Terlalu banyak pengorbanan cikgu terhadap keluarga. Semua ini tidak sia=sia sebab hasilnya akan cikgu kecapi diakhirat nanti. Teruskan perjuangan. Lawan tetap lawan. Yaallah berikan kekuatan kepada keluarga ini
Catat Ulasan