Pengajaran dari dua demo?

| |

“Lain kali kalau nak pergi demo atau protest, jangan lupa bawa kepala binatang seperti lembu ke, kambing ke, gajah ke…... Kepala binatang itu akan menyelamatkan anda dari kena ”tear gas” dan semburan air asid dari lori merah KDN serta selamat dari ditangkap polis.” itulah antara respon nakal dari orang ramai yang mengikuti perkembangan isu perarakan kepala lembu kerana membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 ,Shah Alam.

Kelakarnya respon – respon tersebut. Walaubagaimana pun, setelah membandingkan demo perarakan kepala lembu membantah pemindahan kuil dengan demo anti- ISA yang diadakan 1 ogos lalu, memang ada kebenarannya.



Mari kita lihat laporan demo perarakan kepala lembu dibawah.

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang menyertai demonstrasi dan perarakan kepala lembu kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke situ - akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein esok bagi menyuarakan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata, penduduk di situ yang membuat temujanji dengannya, terdiri daripada penyokong 'berlainan ideologi politik' walaupun ada spekulasi yang mendakwa mereka semuanya dari Umno.(Laporan HARAKAH dari temuramah kepada penduduk tempatan, ramai yang datang demo bukan orang tempatan tetapi "orang UMNO".)

Hishammuddin juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyertai protes tersebut, berdasarkan kepada 52 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat."Tetapi kita tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada rakyat... Kita akan ambil tindakan terhadap mereka (yang membangkitkan isu senstif) tetapi pada masa yang sama, kita perlu bersikap adil kepada mereka yang berkaitan .

Akhirnya...
1- Peserta demo dapat bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dengan segera tanpa perlu membuat temujanji bermingu-minggu lebih awal.
2- Polis di arahkan menyiasat dulu, baru buat tangkapan.
3- Menteri dan polis ingin berlaku adil pada para demonstran yang membawa kepala lembu itu.


Dibawah ini tindakan Kementerian Dalam Negeri dan polis keatas peserta himpunan anti-ISA.


Bukan setakat lelaki saja, wanita dan kanak-kanak juga turut ditahan polis hanya kerana mereka memakai mufler anti-ISA!

Water cannon diarahkan supaya membedil dengan sesuka hati kearah orang ramai yang menyertai protest anti-ISA itu.


Cerita penuh demo himpunan anti-ISA.


Kira-kira 20,000 orang yang bangkit menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , telah dibedil dengan hampir 400 das gas pemedih mata dan meriam air berasid. Walaupun pihak polis menyekat hampir semua jalan raya utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, namun tetap gagal menyekat kemaraan rakyat yang turun ke jalan raya untuk menuntut agar ISA dimansuhkan.
Pertempuran berlaku di beberapa lokasi, misalnya SOGO, Masjid Negara, Masjid Jamek yang menjadi lokasi perhimpunan. Kesemuanya 438 orang ditangkap dalam masa 7 jam. Kemarahan memuncak apabila FRU menembak air meriam di depan bangunan ibu pejabat PAS dan cuba menyerbu ke dalam untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat.


Realitinya...

1- Pihak penganjur telah membuat temujanji dengan Menteri Dalam Negeri beberapa minggu awal, tapi menteri asyik tiada di pejabat dan sentiasa sibuk!


2- Hampir 600 orang ditahan dan dikumpulkan di PGA Cheras, barulah mereka disiasat.


3-29 orang demonstran dituduh menyertai himpunan tanpa permit di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Jalan Duta. Mereka di reman dua hari di lokap Pusat tahanan Bukit Jalil.



Hisahmuddin menteri untuk orang UMNO saja ke?


1 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Merah hitam saya link kan blog awak ke blog saya

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]