Doa mereka untuk semua tahanan ISA

| |





"Ya Allah, Kau bebaskanlah semua tahanan ISA,Kau bebaskanlah mereka yang tidak diketahui apa dosa yang mereka lakukan , Kau bebaskanlah mereka yang telah dikurung bertahun-tahun , Kau lembutkanlah hati penguasa yang zalim itu supaya terbuka hati untuk membebaskan semua tahanan tersebut...."



Doa yng dibaca oleh Faizal amat menusuk kalbu. Kami, menadah tangan, tunduk dan mengaminkan doa itu penuh khusyuk. Dimalam ke 23, di sepuluh malam akhir Ramadhan, semua bermunajat supaya semua tahanan ISA dibebaskan agar mereka dapat kembali kepangkuan keluarga menjelang lebaran yang bakal tiba.


Terimakasih diucapkan pada adik-adik Alumni MMU yang telah sudi menjemput saya dan Puan M untuk sama-sama berbuka puasa , bertarawikh dan menerima sumbangan dari mereka. Majlis sederhana yang diadakan di Hotel Citrus itu sederhana tetapi meriah dengan keramahan serta ukhuwwah yang ditunjukkan oleh semua yang hadir.Semoga Allah ganti dengan ampunanNya dan pahala yang berlipat ganda.Ameen.















4 ulasan:

mudin001 berkata...

Salam Kak Laila,

Terima kasih kerana sudi menyambut salam ukhuwwah yang kami hulurkan. Sesungguhnya kami merasa bertuah kerana dapat bersama semalam.

Semoga terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan hidup yang penuh ranjau.

Wassalam. :)

Awanama berkata...

Semoga dgn keberkatan Ramadhan, termakbul doa semlm. TQ 4 coming :)

Awanama berkata...

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping, demikian diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan hari ini dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Doa anda telah dimakbulkan Allah.
Alhamdulillah!

roh_insan berkata...

Tahniah.Mdh2an aidilfitri ini akn membawe seribu makne didlm keluarge Puan,mulekan lah satu penghidupan yg baru dgn azam yg baru.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]