Dilema keluarga tahanan ISA.....

| |
Sebahagian dari isteri tahanan ISA yang tinggal di Sabah.Suami mereka telah dibebaskan.



“Maaf ya .Saya tak dapat hadir ke majlis berbuka puasa tu…kalau SB tahu, mesti suami saya tak dibebaskan pada Hari Raya ini..” kata Puan H menerusi sms.
”Tapi kalau ada yang nak datang kerumah kerana ingin memberi sumbangan…. Saya benarkan” tambah sms itu lagi.
Sejak ISA diambil alih oleh UMNO/BN, kebiasaannya, wanita dan anak-anaklah senjata penting yang digunakan oleh SB untuk memujuk tahanan ISA supaya mengaku atau menerima saja sebarang tuduhan yang direkacipta khas untuk tahanan tersebut.


Dan yang lebih malang, kebiasaannya, musim perayaan ini digunakan sepenuhnya oleh SB untuk memaksa tahanan yang dijadikan ”kambing hitam” itu supaya segera saja mengaku kesalahan yang mereka tidak pernah lakukan, untuk membuktikan pada rakyat bahawa polis dan KDN telah melakukan tindakan yang betul demi menjaga keselamatan negara.

Inilah dilemanya menjadi keluarga tahanan ISA. Mereka (tahanan ISA) ditahan dan di labelkan dengan pelbagai jenama seperti KMM, Al Maaunah, JI, Pengganas Antarabangsa dsb, namun tidak pernah sekalipun semua tuduhan itu, ada peluang untuk di bersihkan di mahkamah.Taiada perbicaraan, tiada keputusan hakim dan selanjutnya, tiada review untuk tahanan membuat rayuan!!! Semua keputusan adalah muktamad, di tangan Menteri Dalam Negeri.

Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan membuka lebih banyak lagi hati-hati rakyat Malaysia,terutamanya yang Melayu-Islam supaya cuba memahami kenapa ISA ini begitu zalim dan wajib di bubarkan dengan segera.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Secara peribadi ..memang perlakuan mereka selama ini teramat zalim. Menahan, memisahkan keluarga, menyekat dari bermasyarakat tanpa alasan yg boleh diterima akal yg waras. Dunia tidak kekal lama . Mereka akan menerima balasan terhadap kezaliman mereka samada didunia maupun diakhirat sudah pastinya.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]