Alhamdulillah, Abah dah balik rumah..

| |
Panggilan dari Rahim dan rahmah of Malaysiakini amat memeranjatkan saya. Kenapa? Kerana mereka kata Menteri Dalam Negeri kata, Mat Sah antara 5 orang yang akan dibebas dari ISA!!!Beberapa minit lepas itu, telefon saya mendapat panggilan bertalu-talu tanpa henti dari semua bangsa di malaysia. Mesej sms? Beratus-ratus jumlahnya dan ada yang saya beum sempat jawab lagi.



Secara umumnya, dari pembebasan ini, saya ucapkan syukur pada Allah SWT yang akhirnya memberi izin supaya mat sah mendapat kembali kebebasannya setelah 7 tahun 3 bulan dikurung tanpa sebab di Kem Kamunting.Kegembiraan saya adalah berdasarkan 3 perkara berikut:-

1- Mat Sah mendapat kembali kebebasan beliau.
2-Dia dapat bersama keluarganya semula.
3-Dia akan hidup sebagai manusia yang bebas dan merdeka.

Tiada siapa yang akan faham bagaimanakah perasaan keluarga dan dan mangsa ISA dalam situasi begini. 7 tahun yang berlalu tak akan dapat di ganti kembali dengan mudah....namun kami akan cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru ,menerima seseorang yang telah 7 tahun dipisahkan dari kami.

"Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia diuji..." Doakanlah saya dan Suhaib akan tetap bersabar dengan apa saja ujian yang bakal mendatang.Kami sudah melepasi ujian perpisahan 7 tahun, dan kami bersedia untuk menghadapai cabaran kehidupan dihari yang selanjutnya....

85 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dear Laila,

CONGRAGULATIONS ! ! !

YOU are blessed by the release of your dear hubby and father to shuib.
YOU WON ! Your efforts did not go to waste.
You Took the fight to the extremes and suffered but to win .
You are an example to all ladies ,to STAND UP FOR YOUR MAN THROUGH THICK AND THIN,GO THROUGH a lot of misery and pain and GOD has answered your prayers.
People stood by you cos they know you are sincere in your fight,not only for yourself but for the families of other ISA detainees.
Take time off and be with your family and try to catch up and make up for lost time.
MAY GOD BLESS YOU and your family.
CONGRATS AGAIN ! Way to go LAILA and shuib way to go !

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah
berkat kesabaran cikgu n family...
smoge ALLAH berkati perjuangan cikgu sebelum ini.

Pemburu Syahid berkata...

Alhamdulillah wa Allahu Akbar !!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..saya menitiskan air mata gembira.

Perjuangan puan berhasil juga, subhanaalah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan keberkatan Ramadhan ini, abah Shuaib sudah kembali kepada pangkuan keluarga. Boleh la kak laila taruk gambar terbaru beliau kat sini.
Ibu ShaMuIm

SFGEMS berkata...

CONGRATULATIONS!

I am so very happy for you and your family.

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum Kak Laila,

Saya sungguh gembira mendengar berita bahawa setelah 7 tahun, Kak Laila akan bertemu semula dengan suami tercinta dan Suhaib pula dengan ayahandanya.

Kak Laila adalah contoh pengorbanan yang diberikan oleh seorang pejuang keadilan dan saya doakan semoga Kak Laila dan keluarga akan sentiasa bahagia.

Alhamdulillah...

-Syahredzan Johan

Tentang Buku berkata...

Alhamdulillah...

Fatherof3mohd berkata...

Syukur.Atas berkat usaha dan doa puan serta anak-anak.Suami tercinta kembali kepangkuan keluarga.Raya kali ini pasti penuh makna.Kami sekeluarga sebak dada mendengar berita suami puan dibebaskan.Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Raya dan salam pada suami serta anak-anak.

Fatherof3mohd berkata...

Syukur.Atas berkat usaha dan doa puan serta anak-anak.Suami tercinta kembali kepangkuan keluarga.Raya kali ini pasti penuh makna.Kami sekeluarga sebak dada mendengar berita suami puan dibebaskan.Tahniah dan Selamat Menyambut Hari Raya dan salam pada suami serta anak-anak.

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Laila,

I heard the good news and was in tears when I heard it.

Alhamdulillah... akhirnya doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Tahniah and I'm so happy for you and Suhaib. Nampaknya penantian dan perjuangan you and Suhaib selama ini tidak sia-sia.

Mum terus berdoa semoga you and your family akan berbahagia dan dilindungi Allah selalu.

D berkata...

Alhamdulillah..Tahniah Cik Laila!..
Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna..

Takbir!!!

Unknown berkata...

Sdr Mat Shah dan Puan Laila serta keluarga,

JANGAN UCAPKAN TERIMA KASIH

Kena persoal terus kenapa tahan tanpa bicara?

Adalah hodoh sangat mengucapkan terima kasih kepada orang yg tahan kita tanpa bicara.

HAPUSKAN ISA!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...syukur kpd Allah SWT dgn berita gembira ini..lawan tetap lawan cikgu! terus kan perjuangan cikgu dan moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran...

jeansLusuh berkata...

Salam Puan Laila .. allahuakbar .. allahuakbar .. allahuakbar .. perjuangan Puan Laila dan teman teman akhirnya terbalas .. selamat pulang ke pangkuan keluarga Abah Shuib, namun begitu Puan Laila perjuangan GMI masih belum selesai selagi akta zalim ISA ini tidak dihapuskan, jadi teruskan perjuangan .. semoga bergembira di hari raya ini .. Salam Aidulfitri ..

jeansLusuh berkata...

Salam Puan Laila .. allahuakbar .. allahuakbar .. allahuakbar .. perjuangan Puan Laila dan teman teman akhirnya terbalas .. selamat pulang ke pangkuan keluarga Abah Shuib, namun begitu Puan Laila perjuangan GMI masih belum selesai selagi akta zalim ISA ini tidak dihapuskan, jadi teruskan perjuangan .. semoga bergembira di hari raya ini .. Salam Aidulfitri ..

SH Tan (Penang) berkata...

Laila:

We are so happy for you. Your struggle did not go to waste. God is great! Take time off and catch up. Selamat Hari Raya Aidilfithri.

God bless.

Unknown berkata...

Tahniah!

Your steadfast fight for the cause based on principles has been justified.

We Anak Bangsa Malaysia are proud of You & Family

God Bless

mangchikla berkata...

don't stop!!! Allahu Akhbar!!!

Hanisham Ab Halim berkata...

Alhamdulillah syukur pada Allah. Tak sabar nak baca cerita tentang pengalaman Abg Mat masa dalam ISA..

faraulah berkata...

Cikgu Laila,

Tahniah dan Alhamdulillah... !

mangchikla berkata...

sekadar berjenaka

faethal berkata...

TAHNIAH!!
Tidak sia-sia usaha dan doa Pn Norlaila selama ini.
Semoga selamat menyambut Syawal kali ini dengan lebih bererti..

Tanpa Nama berkata...

Syukur... akhirnya segala penorbanan & perjuangan terbalas.. Allah jua mampu membalas segala bentuk kezaliman & penindasan pihak berkuasa ke atas suami puan & tahanan ISA yg lain..

radenjowo berkata...

Tahniah !
Tahniah !
Tahniah !
Tahniah !
Tahniah !
Tahniah !
Tahniah !

al-Balingi berkata...

Syukur,

Tahniah, nikmat perjuangan dikecapi jua akhirnya..SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Tanpa Nama berkata...

Cikgu.. tahniah.. alhamdulillah..
saya pasti cikgu pasti akan berjaya menempuhi segala cabaran yang akan datang.. saya sentiasa bersama cikgu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.. Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

kak laila,

I salute you. For your patience, persistence, strength and your will...
Selamat Hari Raya to you, your husband and Suhaib.
May God bless you and your lovely family.

OrangGilak berkata...

Yeeeeyyyyyy

MC_Shaharul berkata...

alhamdulillah,akhirnya penantian itu berakhir,teruskn perjuangan kak membela tahanan2 lain yg teraniaya,Allahhuakbar!!

Tanpa Nama berkata...

Bismillah...
Sekalung tahniah Puan,

Perjuangan Puan untuk membebaskan suami tercinta yang dianiaya selama ini membuahkan hasil juga...

Segala puji bagi Allah..Tuhan yang Maha Besar...

Segala puji bagi Allah..Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hambanya...

Segala puji bagi Allah..Tuhan yang memakbulkan doa hambanya...

Tahniah sekali lagi dan teruskan perjuangan untuk membebaskan tahanan-tahanan lain yang juga teraniaya...

Asalamualaikum.

dugong_darat berkata...

Syukur kak...

Akhirnya ketemu semula... Saya menumpang rasa gembira akak sekeluarga dengan kembalinya abg Shuib. Pertemuan pertama kali di Malam Seni Rakyat dulu sebenarnya banyak menyentuh hati saya melihat kesayuan wajah akak. Akhirnya tercorak kembali kebahagian seperti dahulu. Moga dengan ini perjuangan kita tidak akan tamat di sini.

Semoga syawal yang bakal menjelma ini ditambah seri dengan kehadiran insan yang tersayang...

Ikhlas dari saya...

Unknown berkata...

syukurlah...sebahagian perjuangan kita semua semakin dibalas diganjari. Whatever the reasons the God-damn f*****g Goverment got behind this release, only Alah knows the best. Still it's a pleasant surprise, relish it, am glad for u Kak Laila..after raya nanti kita sama-2 tentang musuh durjana yg mempertahankan akta ISA yg zalim. As we all know mereka kalau nak tangkap semula tu senang/cepat saja, tapi nak bebaskan macam-2 masalah/kerenah. Akak Laila mungkin dah capai target akak tapi jangan akak kendurkan aspirasi melawan kezaliman ISA.

MyLi berkata...

Alhamdulillah...Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani...tiada kuasa lain yang boleh mengatasi ketentuan Illahi...reformis dari Sudan.....

Tanpa Nama berkata...

Saya menitiskan air mata kesyukuran akan kebebasan ini. Saya sentiasa mendoakan kebebasan ini.Saya dapat rasa kepedihan dan kesengsaraan awak
dan selalu mengikuti perkembangan nya
Alhamdulillah.

....Ramlan

mAlonG Sufina berkata...

Salam Kak Laila,

Mari kita renungkan bersama, perjuangan menentang kezaliman ISA ini mestilah diteruskan sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi S.A.W. : "Jihad (dalam menentang kezaliman) akan terus berlangsung semenjak Allah mengutusku menjadi rasul hinggalah sampai pada saat yang terakhir dari umat ini memerangi Dajjal ...." (HR Abu Dawud)

Mrkolumpo berkata...

Alhamdulillah n tahniah kepada akan sekeluarga..saya tumpang gembira..doa akak dimakbulkan Allah..bergembira lah...dan bersyukur lah....

Epool Razak berkata...

kak..syukur suami akak telah dibebaskan, inilah kegembiraan bagi semua mereka yg menentang akta kejam tersebut..saya gembira dnegan berita ini

Saifuddin berkata...

Alhamdulillah ...pelangi menjelma juga akhirnya selepas lama ditangisi ketika hujan turun...

Muhammad Fahmi berkata...

saya amat gembira dengan pembebasan ini, menjadi bukti perjuangan rakyat menentang kezaliman ISA tidak sia-sia. marilah kita mensyukuri nikmat Allah sebanyak-banyaknya. semoga Suhaib dan Kak Laila dapat menyambut Syawal dengan penuh bermakna setelah sekian lama terpisah dan dapat memulakan kehidupan baru yang lebih bahagia. CONGRATS!

Unknown berkata...

Alhamdulillah.
Kerajaan BN tetap laknat, tiada apa-apa ucapan terimakasih kepada mereka. Semoga puan terus berjuang dalam gmi.

Tanpa Nama berkata...

saya tidak kenal puan,tapi syukur alhamdulillah,semoga hidup puan dalam rahmat Allah.

Pyanhabib berkata...

alhamdulillah!

Ummu Auni berkata...

tahniah kak laila. berlinang air mata saya semasa mendengar cerita akak, dan berlinang air mata bila keluar TV semalam menyebut tentang pembebasan beberapa orang tahanan ISA. terus sms orang kuat AHM dan tanya betul ke? Alhamdulillah...berkat doa & usaha akak, suami dibebaskan =)

- Aini, ahli AHM

Sharizzs berkata...

Salam Teacher Laila.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Glory be to Allah. The greatness of Ramadahan & Allah has rewarded you for yr sabar & steadfastness.
Your family is whole again. Alhamdulillah.
Kami tumpang gembira
- From: Kak Shah - Ummu Ashraf, Arief, Alif, Aisyah & Azri

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah...akhirnya Hari Raya ini Laila dan Suhaib dapat bersama kembali dgm Abah. Sedihnya, Din masih belum dibebaskan!

Tanpa Nama berkata...

Semoga ini menjadi pengajaran buat semua. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kalau nak memperjuangkan sesuatu jangan melepasi sempadan. Kalau melepasi sempadan terimalah akibatnya.

Salam Ramadhan.

Jay.

Tanpa Nama berkata...

Semoga ini menjadi pengajaran buat semua. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kalau nak memperjuangkan sesuatu jangan melepasi sempadan. Kalau melepasi sempadan terimalah akibatnya.

Salam Ramadhan.

Jay.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah....Allah Maha Agung...Dia menguji dan mengangkat darjat hambaNya dengan setiap ujian yang ditempuhi dengan tabah dan sabar....teruskan perjuangan kakak dan keluarga untuk keadilan...saya turut gembira dengan berita ini...semoga Idulfitri ini membawa kebahagiaan hakiki.....amin...

Queenie berkata...

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah buatmu wahai siti Zubaidah...Aidilfitri paling indah buatmu dan anak, raikanlah dgn penuh kesyukuran, terimaksih Allah yg Maha Mendengar segala doa, telah Kau gantikan airmata tiga jiwa ini dgn kebahagiaan, Telah Kau kembalikan semula penyatuan mereka yg haq, moga terus kekal selama2nya...

Selamat Hari Raya aidilfitri, minal aidil wal faizin buatmu seisi keluarga...

Queenie berkata...

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah buatmu wahai siti Zubaidah...Aidilfitri paling indah buatmu dan anak, raikanlah dgn penuh kesyukuran, terimaksih Allah yg Maha Mendengar segala doa, telah Kau gantikan airmata tiga jiwa ini dgn kebahagiaan, Telah Kau kembalikan semula penyatuan mereka yg haq, moga terus kekal selama2nya...

Selamat Hari Raya aidilfitri, minal aidil wal faizin buatmu seisi keluarga...

Kakjah n family.

ladyct berkata...

Alhamdulillah kak. Saya tumpang gembira...

raveendran nair berkata...

Selamat menyambut 1 syawal bersama keluarga.

Tanpa Nama berkata...

nasihatlah kat suami puan supaya tinggalkan kerja yg tak berfaedah lagi

Tanpa Nama berkata...

Syukur Kak,

Berat rasenya bahu ini membaca pengalaman Kakak selama ini tapi saya tahu berat lagi bahu Kakak sekeluarga.

Inilah hidup kita yg akan sentiasa diuji, pembebasan ini mungkin ade ujian Nya.

Moga Aidilfitri, tahun ini akan lebih bermakna buat semua.

Nani Cheras

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah syukur...

Mesej utk suami puan: TLG JANGAN BUAT LAGI. INGATLAH FAMILI.

Terima kasih.

Unknown berkata...

taniah puan.

kita teruskan usaha supaya ISA lenyap terus.

anak kedah berkata...

Salam,

Syukur ke hadrat ilahi....

AMNOBODO berkata...

kakak...demi Islam....dan Allah yang maha berkuasa...saya doakan suami kakak akan lebih kuat dan lebih majujaya dan sentiasa berjuang ke jalan Allah

Hasbullah Pit berkata...

Jangan marah kak

mat stim berkata...

Alhamdulilah....

semoga dengan pembebasan ini akan membebaskan puan dari segala masalah yang dihadapi...

Semoga selepas ini suami puan akan berfikir tentang keluarga dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan agar tindakan itu tidak mendatangkan kesusahan keatas keluarga tercinta..

Saya percaya kepada teori logik tentang setiap tindakan ada kesannya.

Selamat Hari Raya AidilFitri kepada puan sekeluarga dan saya pasti Hari Raya ini adalah Hari Raya yang paling bermakna sekali bagi puan sekeluarga

atanjamilselamat berkata...

Tahniah! Semoga kehidupan puan dan keluarga lebih bermakna.

Selamat Hari Raya.

tobeks berkata...

Kak,
Teruskan perjuangan..Jangan sampai ada lagi yang jadi mangsa kekejaman ISA!!!!!

Alhamdulillah, and Allahu Akbar!!

kate berkata...

Tahniah Puan Laila & Shuib!
I just want to tumpang gembira and also wish all of you 'Selamat Hari Raya'
Thank God Almighty - you never wavered from your steadfast faith in Him and He has rewarded you! Bless you all!

Tanpa Nama berkata...

Salam Puan Laila
Berjuta rakyat Malaysia merasa sebak setiap kali puan bercerita mengenai penyiksaan yang puan hadapi sekian lama. Segala pengorbanan puan dan keluarga akan di kenang oleh mereka yang cintakan keadilan. Sekarang mereka merasa lega dan terharu apabila membanyangkan kegembiraan yang menanti kslian semua....

Tanpa Nama berkata...

to bakaq,

hang ni manusia jenis apa....???? takan nak jadi pepatah melepaskan anjing tersepit.

to laila,

pesan kat suami puan, jangan duk buat lagi.....ingatlah anak bini!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, ujian dari Allah andai berjaya diatasi dgn redha akan mengangkat martabat org yg kena uji. Walaupun dibebas namun kerajaan kena terangkan apa salah beliau yg tidak dapat dibuktikan atau tunggulah balasan diakhirat utk penzalim.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..
Syukur Kepada Allah..

Teruskan berjuang..

Rasanya lebih berfaedah dari mereka yang duk tgok saja,dari mereka yang biarkan kezaliman berlaku,dari mereka yang buta hati,dari mereka yang tahu berkata kosong.

Salam Aidilfitri
Salam Kemenangan.
Takbir!!

NURAINA A SAMAD berkata...

salam Laila,

Alhamdulillah...

mekyam berkata...

alhamdulillah!

selamat berhari raya sebagai satu keluarga yg lengkap semula.

Tanpa Nama berkata...

syukur..pembebasan ini adalah penuh makna dan sempat juga suami cikgu beraya bersama. kami doakan semoga cikgu sentiasa bahagia di samping suami dan anak-anak. Perjuangan masih belum lagi selesai sehingga BN-Umno tidak menghapuskan sama sekali undang2 rimba ini.

koken

Tanpa Nama berkata...

Lain kali undi lah Barisan Nasional ye. Jangan buat kerja sia-sia lagi. Takut Tuhan tapi takut juga kepada undang-undang negara.
It was the Government who generous heartedly released your husband. They are the ones with the big heart.
Selamat Hari Raya

I support the ISA

Tanpa Nama berkata...

ada mangkuk2 hayun kat sini komen suruh puan nasihati suami supaya jgn buat lagi..

boleh tak mangkuk2 hayun nie cakap apa yang suami puan buat?

wahai mangkuk2 hayun semua..sesungguhnya fitnah itu dosanya sama dengan membunuh!

sheffol berkata...

Alhamdulillah...maha suci Allah... "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah...semuanya sudah tertulis...selamat hari raya dan bukalah lembaran baru bersama keluarga dan wawasan negara.

Cik Lee berkata...

Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa melindungi Kak Laila sekeluarga. Kami sentiasa mendoakan semoga kita semua mendapat balasan yang sebaiknya atas pengorbanan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Sukma Dermawan berkata...

Harap Puan gembira dan kami seluruh rakyat Malaysia gembira dengan pembebasan ini.

harap puan pastikan kali ini suami puan tak buat benda-benda bodoh lagi.... nanti puan jugak yang kena mengemis cerita kesana sini.... puan jugak yang susah... kalau suami puan betul tindakan , dia pasti tak kena tangkap punya...

janganlah puan beriya-iya menjaja cerita bahawa kerajaan kejam... hakikatnya tak sampai 0.000000001 peratus pun rakyat yang ditangkap guna Akta ISA ini... kalau betul kerajaan kejam , mungkin beribu-ribu orang yang ditangkap dan mungkin suami puan tidak dibebaskan lagi..

Kadang kala kebenaran itu memang pahit untuk ditelan

Lilian berkata...

To Tanpa Nama 22:51 who said :

"It was the Government who generous heartedly released your husband. They are the ones with the big heart."
---------------------------------
Ya, just like they are the ones with the big heart that kept him under ISA for more than 7 years without reasons!!!!

Tanpa Nama berkata...

wahai Sukma Dermawan :

Sangat celaka menuduh orang buat salah tanpa bukti. itu perinsip yang di ajar oleh Agama Islam.Matlamat tidak menghalalkan cara.Tunjukan bukti mat shah seorang pengganas. kalau betul ada bukti dan dia adalah pengganas, aku sokong hang.Tapi kalau takda bukti...memang celaka la makhluk yang menuduh dan mengambil tindakan tersebut termasuklah kau yang sependapat dengan mahkluk2 kejam tersebut. walaupun tak sampai 0.000000001 daging babi tetap HARAM dimakan. ada faham ke dengan kiasan tu? kalau tak faham memang sah kau ni dungu

Tanpa Nama berkata...

Memang betul kata tu. Lepas ni, jangan duk buat kerja yang tak berfaedah lagi. Nanti satu dunia pun awak nak heboh cerita2 awak tu. Buat yang cakap orang mangkuk tu, diri sendiri pun mangkuk yang lebih besar. Apapun, selamat hari raya untuk semua. Peace...

Le Bai berkata...

Ishh jd technician kat DBP tu keje tak berfaedah ke???? Apa keje tak berfaedah yang hamba Allah ni buat???? Boleh tolong jelas kan??? Semua kat sini nak tau sgt???

Tanpa Nama berkata...

Mamat2 mangkuk yg bagi mesej pd suami puan jgn buat lagi tu sebenarnya dia tau ke apa yang suami puan buat?

Mat Shah tak buat apa-apa kesalahan tau. Dia tak rasuah macam khir toyo, tak bunuh orang macam najib, tak tipu orang macam calon BN kat permatang pasir, tak fitnah orang macam TV3 dan Utusan Meloya, tak pikul kepala lembu macam lembu2 Sek 23 s.alam....

Pd Puan dan suami, teruskan perjuangan. Jangan hiraukan perbuatan orang2 yang zalim kerana org2 yang zalim akan masuk neraka.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, moga puan sekeluarga dilindungi RahmatNya di lebaran mulia ini

Maria, Melaka

PHILIPS G berkata...

Dear Pn Laila,

Congratulation!!! I am so happy for you and your family especially your son Shuab. Seen him during the last protest. He is indeed a brave young man.

Take a break and enjoy yourselves. Your family deserve it has been a very long 7 years

May The Good Lord Bless you n your family and be with you all during this wonderful Syawal season

Salam Aidil Fitri and Selamat Hari Raya.

PHILIPS G

Tanpa Nama berkata...

Why are you blaming ISA? Blame your husband!

Inilah manusia.

Undang-undang tak mahu ikut, lepastu nak marah undang-undang.

Kenapa suami awak yang kene ISA berbanding 8juta suami lain di Malaysia?

Fikirlah.

Pastilah bersebab.

Tak payah nak tipu diri sendiri.
Suami awak di ISA kan kerana mahu menggugat keamanan negara dan agama.

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]