Polis berbohong lagi di Majistret 10.

| |
Sebaik saja Hakim Sakeri mengumumkan 29 orang kami di jamin RM500, kami berpelukan dengan semua peguam.Beberapa minit kemudian, seorang snngota polis berbangsa India(lupa namanya) mengeluarkan sekeping kertas kecil dan menyebut nama kami bertiga, "Norlaila, Rajmuni dan Nashita sila ikut saya ke mahkamah majhistret 10" katanya.kami akur.Inilah dialog kami dalam lift Mahkamah Sesyen 5 di tingkat 3 ke Mahkamah Majistret 10 di tingkat 1.
Nashita: Kenapa kami dibawa ke majistret 10?
Polis:Ada satu lagi kes, my kad.
Nashita: Peguam kami dah tahu ke?
Polis: Sudah, sudah.
Nashita:Eh ye ke.Tadi peguam tak cakap apa-apa pun...
Polis: Ya , kami dah bagi tahu peguam kamu.
Kami bertiga: Kami nak jumpa peguam, kami nak jumpa peguam!!!!!
Hantar kami ke tempat tadi semula (tingkat 3), kami nak tanya peguam dulu.
(kami dah sampai di tingkat 1, tapi tak keluar lift sebaliknya tekan butang lift
ke tingkat 3 semula dan terus mencari peguam.Semua peguam dan penyokong dah keluar.Kami nampak Lih Yi wartawan AFP dan minta beliau hubungi
peguam kerana kami tiada hp.Dalam kekalutan itu, tiba-tiba peguam Sasha
muncul kerana tertinggal beg galasnya.Kami serbu Sasha dan menceritakan
semua yang terjadi.Lepas itu kami bergegas ke lift untuk ke Majistret 10)



Tiba di Majistret 10 ,kami duduk termangu di lokap sementara. Lapan orang peguam telah menanti kami disana.Semua peguam tersebut tidak tahu menahu tentang kes My Kad kami kerana polis tidak memberitahu apa-apa kepada mereka.

Polis yang kerjanya berbohong itu menambah pembohongan mereka di mahkamah dengan mendakwa kami tidak mahu menyerahkan My Kad dan keenganan menyerahkan My Kad sukar untuk menentukan taraf kerakyatan kami.

Walaupun kami tidak menyerahkan My Kad,ketika di PGA Cheras dan di Bukit Jalil, kami telah memberikan semua butir-butir yang ada di kad pengenalan itu. Jika kami tak bekerjasama, masakan pihak polis tahu nama dan ejaan nama kami dengan lengkap berserta alamat rumah sekali!!!

Bagi kes My Kad, Richard Wee mengetuai penghujahan.
"Sekiranya Yang Arif tidak percaya mereka bertiga rakyat Malaysia yang tulin, saya rela di lokap malam ini asalkan mereka dapat dijamin dengan segera" kata Richard lagi.

Ahamdulillah kami dibebaskan dengan ikat jamin RM200 dan seorang "guarantor".Termakasih Salleh dari Johor yang sudi menjadi gerento saya.

Sekiranya kami tidak bertemu Sasha yang tertinggal beg hitamnya, kemungkinan besar kami terpaksa direman untuk semalam lagi di Penjara Kajang pula.Nampaknya polis gagal menganiaya kami untuk kali kedua!!!Polis lupa Allah tidak akan membiarkan kami terus-menerus dizalimi oleh kuasa mereka! (Richard Wee di sebelah kiriku )
(Suhaib, Ammar , saya dan peguam Sasha )

Kami bertiga ketika di simpan dua jam di dalam trak di PGA Cheras.


13 ulasan:

Unknown berkata...

Bohong hanyalah perkara kecil bagi semua banjingan itu.

amdang81 berkata...

betul 3x!!

setakat berbohong tu apalah sangat bagi si polis-polis tu...

'Meletupkan' orang selamba jer...

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Semoga Allah swt kuat semangat Cikgu Laila dan semangat kita semua. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

Padan dengan muka!!! Masa polis minta tunjuk kad pengenaalan tak nak bagi, dah kena tangkap baru nak bagi. Mana mana anggota polis berhak meminta untuk melihat kad pengenalan, kegagalan menunjukkan kad pengenalan semasa diminta untuk berbuat demikian merupakan satu kesalahan.

Kalau aku yang jadi polis, kalau aku minta, enggan beri, lepas tu banyak cakap pulak, memang aku bagi pelempang, sebagai balasan sikap kurang ajar!!

Teruskan menjadi tunggangan parti kapir DAP dan barua anu war al juburi yang takut berdepan dengan saiful

Unknown berkata...

Bersabarlah kak Laila..Allah bersamamu..

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah kakak....kezaliman polis hanya akan mencepatkan BN jatuh.

Tanpa Nama berkata...

Sendiri mengaku tak beri MyKad kata polis bohong. Putar belit betul.

Tanpa Nama berkata...

sabar kak, rakyat malaysia bersama mu. yang UMNO cybertroopers tu tak payah nak menyibuk la, nama pun tak berani tulis nak komen konon.

ummu asiah berkata...

tanpa nama yang pandai berkata-kata, lain kali letak la nama.

kami simpati kepada sahabat kami yang lain yang menyerahkan ic mereka, lansung hingga hari dibebaskan, ic tidak dapat ditemui sehingga keesokan harinya.

kami punya alasan tersendiri kenapa tidak mahu menyerahkan ic.

kes ini sudah akan disebut dan dibicarakan. kita tunggu sahaja apa lagi penipuan polis.

anvar abraham berkata...

This was what Anwar said about the ISA on 24 May 1994 when he was Deputy Prime Minister while officiating a "Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC)" in Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim said:

“Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”


On 28th Oktober 1987, Anwar's statement when he was Education Minister on the arrest under ISA of both BN and Opposition members during Operation Lallang:

“The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”

Fast forward to 1st August 2009, this is what Anwar Ibrahim defacto Opposition Leader and wannabe PM said in the anti ISA demonstration:

“We gather today to fight a cruel law under a cruel administration..”

Amacam Mountdweller, Amdang81 & KKitsam? Who's lying?

Tanpa Nama berkata...

siapa yang berbohong disini? adakah kita semua tahu bahawa ini adalah kebenarannya. mengapa anda sanggup meluluh dan menuduh yang bukan-bukan. memang kad pengenalan satu benda yang paling penting apabila diminta untuk menunjukkannya kepada pihak berkuasa. anda hanya tahu mengutuk dan membuta tuli, walhal anda tidak perasan bahawa fikiran anda sedang dipermainkan oleh pihak tertentu. lebih baik anda buat sesuatu yang berguna dari melakukan benda-benda begini. nilai dulu diri sendiri itu, sebelum menilai diri orang lain. sedarlah, anda hanya beberapa orang yang tak tahu duduk senang, hanya tahu mencari idea untuk menghancurkan negara sendiri. tak cukupkah lagi dengan keamanan yang kita ada sekarang ini. nak jadi seperti negara lain? bermusuhan antara sendiri. hanya sebab nila setitik, rosak susu sebelangga. fikir-fikirkanlah wahai orang, jangan gunakan nafsu, tetapi gunakan akal fikiran anda. adakah berdemonstrasi itu satu budaya kita? tak bolehkah buat cara baik? dah tak ada cara yang lain? ajar anak-anak muda suatu perkara yang tidak memanfaatkan. ajarkanlah mereka sesuatu yang positif, jangan hancurkan masa depan mereka. kalau tak ada polis, siapa nak jaga keselamatan semua orang? adakah anda sanggup untuk memikul beban tanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua rakyat di negara ini? hentikan segala cubaan untuk memporak perandakan negara sendiri. anak-anak muda negara ini adalah aset yang amat bermakna, jangan jadikan mereka sebagai alat untuk anda memutar belitkan keadaan. saya tak SETUJU dengan cara anda. saya bukannya nak menunjuk-nunjuk, tapi fikirkan untuk kebaikan sejagat...

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah Kak,

Antara pengomen yang menentang apa yang kakak lakukan adalah mereka yang tidak mengerti apa erti kebebasan.. hanya dengan pandangan singkat dan mengecapi nikmat kesenangan, mereka menjadi buta untuk mengenal isu-isu semasa ,

Itulah manusia...selagi hidup mereka tidak terganggu...mendapat sedikit kesenangan mereka hanya menerima apa yang ada seadanya..mengikut sahaja...

Merka tidak akan terasa apa-apa walaupun kerajaan bertukar...tapi fikirlah..kalau tiada desakan dari rakyat yang berjuang.... ingat minyak nak turun? tol nak turun? harga barang nak turun?mcama-macam yang kerajaan boleh buat untuk kesenangan rakyat.kalau nak laaa..kalau lah tiada desakan...bila dibuat susah nak undur.... jadi pengomen yang bangkang tu patut tengok diri sendiri dulu kenapa baru sekarang boleh buat? Jangan ingat kerajaan sekarang tu telus sangat...fikirla sendiri...setakat senang dgn bantuan kerajaan tak payah nak berlagak...itulah gula-gula..korang dapat sedikit je...diorang dapt?

Hanisham Ab Halim berkata...

Sabar ye kak. Akak berada dikalangan yang benar. Anggap je kata-kata anon-anon UMNGOK tu sebagai cabaran untuk teruskan perjuangan. Setakat cakap berdegung degang tapi nama pun tak berani nak tulis baik tak payah jadi orang. Beruk pun lagi berani.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]