Apa pesanan mereka?

| |
Suhaib bersama YB Saari Sungib, bekas tahanan ISA 2 kali.

YB Saari Sungib adalah satu-satunya tahanan ISA yang telah berjaya menulis 8 buah buku ketika beliau ditahan di Kem Kamunting (2001-2003).Sebaik sja dibebaskan, beliau telah mengadakan roadshow ceramah anti-ISA dengan tujuan untuk mendidik rakyat supaya faham tentang akta drakonian itu.

Pesanan beliau yang paling penting dan popular yang wajib diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman ISA ialah:

1-janganpercaya pada polis SB
2-jangan percaya pada polis SB
3-jangan percaya pada polis SB


Pada bulan June tahun 2003, bapaku sakit tenat. Aku berusaha membawa Abah Suhaib@Mat Sah pulang ke kampungku di Sabak Bernam untuk menziarahi bapa yang sedang sakit.Setelah berurusan dengan balai polis Sg Besar, akhirnya Mat Sah dihantar pulang.

Mat Sah tiba dengan sebuah van kemta di iringi hampir sepuluh angota polis beruniform dan tidak beruniform..Ketika rombongan itu tiba dihalaman rumah, Mat Sah keluar dari van dengan kedua-dua tangannya bergari kehadapan.Semua adik-beradikku menangis melihat keadaan itu dan aku merayu supaya gari tersebut ditanggalkan.

Rumah bapaku ialah sebuah rumah kampung bertiang tinggi dengan beberapa mata anak tangga.Mat Sah naik ke rumah untuk berada disisi bapaku (ketika itu masih hidup).Semua polis dan SB yang mengiringi beliau berada dibawah .Mereka tidak ikut naik keatas.Emak dan adik beradik ku semuanya sibuk menyuruh mereka naik dan sama-sama menjamah pelbagai hidangan yang dimasak oleh adik-adikku.

Tiba-tiba Mat Sah berbisik padaku....

"Tak payah jemput mereka (warden Kem, polis dan SB) naik keatas rumah. Biar saja mereka dibawah.Mereka tidak layak untuk diraikan sebagai tetamu.Mereka bukan manusia...." itu saja yang disampaikan.

Aku terkedu dan terus terdiam.........Kenapa Mat Sah berpesan sedemikian padahal, sebelum ditahan dibawah ISA, beliau adalah seorang yang amat meraikan dan menghormati tetamu. Kenapa tiba-tiba sikapnya berubah?Aku mengagak, ada satu pengalaman buruk yang pernah dilalui oleh Mat Sah ketika beliau berada dalam tahanan polis. Apakah pengalaman itu yang menyebabkan beliau sanggup berkata "mereka bukan manusia"....Bagaimanakah sikap "mereka" terhadap tahanan ISA?

Akan disambung...

5 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Salam...

Semoga Cikgu terus diberikan keberkatan oleh Allah swt.

Webmaster@Echam berkata...

Salam
Seperti ada sesuatu yang dimaksudkan oleh abg mat shah....

LanaBulu berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..tiada kata yg nak dihamburkan demi menyatakan simpati kepada mangsa dan kebencian terhadap mereka yg terlibat dalam menguruskan kezaliman ISA nih.

Tanpa Nama berkata...

errr... tulung selamatkan yb shaari dari kerakusan hasan ali!!! hasan ali tak pernah merasai perjuangan pas... dia hanya datang pada hujung waktu menuai saja!! sedarkan haji hadi yang dia telah buat pilihan yang silap!!

Tanpa Nama berkata...

hai...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]