Polis tidak hargai nyawa Ammar dan Suhaib??

| |
(Ammar dan Suhaib dalam keadaan tidak pasti.....)

1 Ogos 2009 Pusat Gerak Am FRU Cheras. Jam 6.30pm.

Aku, Aiman, Nashita, Kak Salmah dan Kak Yati didatangi Koperal Rohaya yang mengatakan akan dibawa ke IPK,KL kerana ada penjamin disana.Polis mengarahkan kami berlima naik terak tanpa memikirkan nasib dua orang anak yang kami bawa.Kedua-dua anak-anak itu mula mencongak nasib mereka jika terpaksa berpisah dengan ibu masing-masing.Akhirnya memang benar,Ammar terpisah dari ibunya Nashita yang terlebih dulu ditolak masuk kedalam terak.Ammar memilih untuk berada didalam terak yang dinaiki aku dan Suhaib.

Jam 7.50 pm.Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil,

Kami tiba di Bukit Jalil ketika waktu Maghrib. Kami semua nak solat Maghrib.Polis bawa kami ke satu bangunan lain lebih kurang 50 meter dari pejabat. Sebelum pergi ke tempat Solat, saya diberitahu dua orang orang budak itu akan dibawa ke Balai lain yang khas untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Inilah dialognya.

Polis: Dua orang budak ini akan dipindahkan ke Balai lain.

Aku: Dimana?

Polis: Itu saya tak tahu.

Aku: Saya ibunya.Mereka masih dibawah umur.Saya ada hak untuk tahu kemana dia akan dibawa.

Polis:Saya tidak tahu.Saya hanya jalankan tugas.(Polis itu meninggalkan aku sendirian.)


"Umi nak solat dulu ya.Kalau nak dihantar ke Balai lain, jangan lupa minta polis bagi tahu Umi" pesanku pada Suhaib dan Ammar.Aku meninggalkan kedua-duanya di tepi lokap luar di bahagian pejabat Pusat Tahanan itu.


Kami sangka, tempat dituju ialah surau atau sebuah ruang untuk solat, tapi rupanya kami dipaksa masuk ke dalam sel kurungan. Kami , iaitu aku, Aiman, Nashita, Kak Yati, Kak Salmah, Juwairiya, Nahdia dan adik-adiknya Soddiqoh, Nusaibah , Khadijah serta ibu mereka Kak Hamidah segera solat, dan cepat-cepat duduk diruang pejabat Tempat Tahanan Wanita .Kami minta bertemu peguam. Pegawai bertugas, Sarjen Ainon meminta kami menyerahkan semua barangan peribadi seperti kamera, hp, jam tangan, gelang atau cincin namun kami semua sepakat untuk menyerahkan barang2 itu selepas bertemu dengan peguam.Ini dialognya..

Sarjen Ainon: Sila beri kerjasama.Saya hanya menjalankan tugas.

Kami : Kami nak jumpa peguam.Kami tahu ada ramai orang diluar sana.

Sarjen: Tak ada seorang peguam pun yang nak jumpa kamu. Jangan nak banyak soal.

Kami: Kami nk peguam.

Sarjen: Bagi nama peguam kamu tu.

Kami:Latheefa Koya, Fadiah Nadwa ...(dan beberapa nama lagi)

Sarjen: Tak ada satu peguam pun yang dalam senarai tu ada diluar.Cepat masuk dalam.(Sarjen itu membuka pintu lokap sambil menghentak kaki ke lantai beberapa kali.)

Kami: Kami nak jumpa peguam juga.

Sarjen: Kamu semua ni degil ! Bangang, sekolah je tinggi tapi tak tahu arahan!!!(suara memang tinggi hampir menjerit)

( Lima jam selepas itu, barulah kami dapat bertemu peguam .Lebih 10 peguam menemui kami. Mereka telah menunggu berjam-jam diluar Pusat Tahanan itu kerana tidak dibenarkan masuk oleh pengawal bertugas.Semua barangan berharga kami diserahkanpada YB Zuraidah.Bila ada peguam, semua polis bertukar dan berlagak menjadi manusia paling baik dan lemah lembut ketika bercakap dengan tahanan)

Sewaktu kami Solat itulah Suhaib dan Ammar telah dipindahkan ke balai lain.Aku dan Nashita langsung tidak diberitahu di balai mana mereka akan ditempatkan.Aku bertanya pada Sarjen Ainon adakah dua orang budak tersebut telah dipindahkan, beliau dengan selamba menjawab "saya tidak tahu.Itu bukan urusan saya".

Setelah peguam sampai, iaitu dalam pukul 12 malam, barulah aku tahu mereka berdua telah dipindahkan ke Balai Petaling dan peguam mengambil masa beberap jam untuk mengenal pasti dilokap mana mereka ditempatkan.Ketika ditanya peguam, dimanakah dua orang budak itu ditempatkan, polis hanya menjawab "kami tidak tahu. kami hanya menjalankan tugas!

(Polis memang tidak pernah menghargai nyawa tahanan dalam jagaan mereka. Sebab itulah tidak hairan jika ramai tahanan yang mati ketika dalam tahanan polis!!!!)


(Suhaib berbaju ungu digari bersama Ammar berbaju oren)

Ammar dan Suhaib dipindahkan ke Balai Polis Petaling dengan sebuah van.Sebaik tiba disana, mereka diminta menanggalkan pakaian dan diganti dengan pakaian lokap serta meninggalkan barangan peribadi seperti hp dan jam tangan.Mereka berdua ditempatkan disebuah bilik yang tiada tingkap , cuma ada pintu dan dilengkapi cctv.Mereka juga tidak diberi makan dan minum .
Cerita lanjut mungkin boleh dibaca di blog Suhaib http://malayadistro.blogspot.com/

Syukur Alhamdulillah Ammar dan Suhaib segera ditemui peguam. Bagaimana dengan kanak-kanak lain yang pergi demo ,turut ditahan dan tidak mendapat akses peguam?

13 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Polis tu tak keluarga ke? Tak ada anak? Yang pasti - Tak ada perasaan! macam robot!

Webmaster@Echam berkata...

Salam Kak,
Panaslah hati saya baca cerita ni. Takpe kak, bukan nama satu perjuangan kalau takde dugaan. Tapi sepahit mana pun akan jadi semanis madu sebuah perjuangan tu seandainya kita terus sabar dengan kerenah kepimpinan masa kini. Saya dan keluarga akan terus mendoakan kejayaan GMI. HIDUP GMI!!!!!!

Malaysiaku berkata...

Salam Perjuangan,

Anggaplah ini titik permulaan buat anak-anak kita merasai pahit maun menjadi seorang pejuang. Jangan mudah putus asa atau perit mengalami pengalaman ini. Ini semua cukup berharaga bagi setiap individu yg cintakan keadilan dan hak. Tak semua org dapat mengalami pengalaman sebegini.

Kita sedia maklum, pihak keselamatan akan buat apa saja utk menyusahkan kita hatta mereka sanggup memisahkan anak dgn ibu bapa atau tidak memaklumkan dimana tahanan ditempatkan.

Saya pada 1/8/09 juga mengalami pengalaman yg sama. Saya mencari rakan saya yg ditahan dihampir semua balai polis, Tmn Maluri, IPK Cheras, BP Pudu, BP Kontijen berhadapan Pudu Jail. Semua mereka jawab tidak tahu. Rakan saya dibelasah sebelum ditangkap. Patah 2 tulang serangka dan rosak sebelah gegendang telinga kerana disepak dan dipukul. Selepas itu dicampak melepasi divider jalan ketika berarak di Masjid Negara berhadapan Kelab Selangor/Daya Bumi.

Saya juga disembur gas dan air kimia namun sempat menyelamatkan diri ke dlm perkarangan Kelab Selangor.

MANSUH ISA, HIDUP RAKYAT

ummu asiah berkata...

saudara malaysiaku,

sekiranya sahabat anda belum membuat laporan polis, sila berhubung segera dengan Nalini sekretariat GMI di no ini 019 3758912.

sesiapa sahaja yg membaca dan mendapat kekerasan dari pihak polis atau telah ditangkap sila buat perkara yang sama.

TQ

ummi ammar

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Saya rasa malu pada diri sendiri kerana hanya menyaksikan peristiws ini dari jauh namun begitu namun begitu anak saya juga ditangkap secara rambang dan hanya dibebaskan pada pukul 7.15ptg hari tersebut. Semoga Allah membalas perbuatan zalim dan biadab golongan yang yang mendakwa hanya menjalankan tugas.

kte pnh jmpa skali.. berkata...

cik saya dh lame jd follower blog ni..sy kagum..dr mane cik dpt kekuatan untuk lakukan semua ni...sy hrp cik sntiasa dinaungi Allah..

sayangkan Islam berkata...

Salam Kak Laila .. Takbir untuk shuib dan sahabatnya ammar .. kita telah ada pejuang yang akan menggantikan kita apabila kita telah tiada nanti .. saya sendiri sakit kepala sampai skrg apabila kena bom asap dan semburan asid.. ternyata pihak polis memang ada niat untuk mencedera parahkan para peserta demo .. dengan longgokan bom asap dan simbahan asid yg saya rasa lebih pedih dari biasa .. jahanam polis, SB, FRU .. nantilah masa engko semua suatu hari nanti ..

abu muaz berkata...

Ayat bangang, bodoh jadi mainan mulut je bagi polis. Kalau yg sarjan tu sekolah pun bodoh. Tinggi-tinggi pun SPM. Kami hanya jalankan tugas. Tugas apa yg dibuat tak tahu. Bodoh, bangang/...... Masa report tak pakai komputer dulu tengok tulisan pun dah tahu ...... sebabtu la nak cari anak polis yg cerdik dan cemerlang dlm SPM, STPM le UPSR ke jarang sangat la. Kalau ada pun mungkin yg tak guna perkataan bodoh, bangang pada anak-anaknya.

danialarief berkata...

saya sentiasa mendoakan keluarga puan dan teruskan berjuang demi keadilan.

-Danial-

Hanz_Azdi berkata...

Aku sedih kerana 2 sebab jelas:

1. Tak dapat hadir demo Mansuh 1/8/09.

2. Kawan seperjuangan ada yg kena sepak terajang, dimaki hamun polis raja di Malaysia. Kena asap gas 'tear gas' pun dah kira 1 kesukaran perjuangan.

Aku harap semua OKT & peserta demo hari tu jadi saksi keganasan Polis FRU/PGA, pegi buat repot polis, adu ke Suhakam, kumpul bukti video, foto, untuk kita bawa kes ni ke mahkamah (Malaysia dulu, pas tu jika tak berkesan kita basa ke antarabangsa).

PR terus perjuang nasib tahanan ISA & keluarga mereka supaya mereka semua selamat & sejahtera.. kalau perlu kutip derma duit untuk sara keluarga depa pun tak apa.

God damn this ISA.

malaysia baru berkata...

semua polis bertukar dan berlagak menjadi manusia paling baik dan lemah lembut ketika bercakap dengan tahanan...

Polis pun di latih berlakon rupa2nya.

Bila kita tukar pemimpin negara ok...polis pun akan jadi REAL baik. Betul2 baik dan mesra rakyat. Bukan lakonan sejak 200 tahun lalu..

umie berkata...

harapnya adalah keluarga mereka yg kena juga..
bary tahu langit tinggi rendah

Tanpa Nama berkata...

aku tak akan menghalalkan segala kezaliman di muka bumi ini. Aku mohon pembalasan bagi mereka yang menzalimi insan lain atas nama yang mereka halalkan. Yang pasti, penurut perintah sekadar menjadi haiwan yang lebih hina dari binatang

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]