Ramadhan ke lapan kali di Kem Kamunting.

| |
Ramadhan datang lagi. Bagi kita yang diberi umur panjang oleh Allah SWT, sama-samalah kita syukuri nikmat usia untuk merasai nikmat dan kemanisan beribadat dibulan Ramadhan.


Beberapa hari yang lalu, aku membawa Suhaib menziarahi bapanya yang masih dikurung di Kem Kamunting.Tahun 2009 ini, Abah akan menyambut Ramadhan di Kemta untuk kali ke lapan!!!

Menurut Abah, tiada bezanya Ramadhan dibandingkan bulan-bulan yang lain kerana mereka menjalani rutin kehidupan yang sama.Mereka tetap dikurung oleh warden dengan mangga besi besar diletakan diluar pintu dorm .Menu makanan yang sama setiap hari dan suasana yang sama tanpa sebarang perubahan sejak 7 tahun yang lalu!!!Mereka tidur awal kerana tiada lampu di dalam dorm untuk membaca buku atau Quran. Waktu malam hanyalah untuk menghafaz Quran dan selainnya diisi dengan solat malam.

Ramadhan 2002, itu adalah pertama kali Abah berpuasa di Kem. Abah amat sedih kerana teringat kegembiraan dan nikmat menjalani ibadah puasa sebagai seorang yang bebas.Manakala aku pula lebih-lebih lagi sedih kerana buat pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang "single parent"....Tetapi setelah tujuh tahun kami lalui hari-hari yang pahit itu, kami sudah cukup kuat untuk menghadapi apa saja yang bakal tiba.Sebagai manusia biasa, kesedihan tetap terasa namun ianya tidaklah terlalu menekan perasaan sepertimana tujuh tahun yang lalu. Kami berdoa, semoga pengalaman pahit ini akan Allah pulangkan kepada mereka semua iaitu orang-orang yang zalim, yang tiada perikemanusiaan hingga sanggup menahan tanpa bicara salah seorang dari anggota keluarga kami.Jikadidunia kami dinafikan hak dan perbicaraan di mahkamah dunia, pastinya semua orang tidak akan dapat lari dari mahkamah Allah kelak!

Saya dan Suhaib ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan tidak menyokong akta zalim ISA saja!Semoga Allah akan memberi kekuatan melakukan amalan terbaik di bulan yang mulia ini.

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Selamat berpuasa cikgu...

Syalimy berkata...

Mudah2-an Akak sekeluarga diberi rahmat yang tak terhingga oleh Allah SWT dalam bulam Ramadhan ini.

Mustafa berkata...

Kami sedih dgn apa yang terjadi tanpa penghujung & Semoga Tabah Menghadapinya.

binjidan berkata...

jejak2 yg kita lalui adalah wajah hari semalam..smuga dgn hadirnya bulan ramadhan ini akan menjadikan kita lebih bahagia menghadapi segala ujian dlm kehidupan

Pemburu Syahid berkata...

Salam...

Semoga Ramadhan kali ini membuatkan Cikgu lebih tabah menghadapu ujian ini.

Semoga tabah. Semoga sabar. Semoga terus istiqamah dengan perjuangan.

Salam Ramadhan untuk Cikgu Laila, Suhaib, Ammar, Umm Ammar dan lain lain.

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]