Mereka juga pejuang tulin!

| |




"Saudari, sudikah anda berkongsi pengalaman dalam GMI dengan persatuan kami?" itulah soalan pertama yang dilontarkan oleh Saudara Gopal Papachan yang mewakili Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia.Sebelum ini, aku pernah beberapa kali bertemu Gopal di beberapa mesyuarat anjuran SUARAM dan EMPOWER , namun kami tidak pernah berbual tentang pertubuhan yang dia salah seorang anggotanya.



Jam 4.45 petang, aku sudah terpacak di ruang letak kereta deretan rumah kedai yang menempatkan pejabat pertubuhan itu. Walaupun baru saja pindah ke bangunan tersebut, aku perhatikan pejabat tersebut kelihatan kemas denganbeberapa keping gambar rumah pekerja ladang yang di ambil pada tahun 1941 hingga 1970 menghiasi dinding.

Aku diperkenalkan kepada En R.Thiagarajah, Pengerusi pertubuhan itu. Aku mohon izin memanggil beliau sebagai "Uncle Rajah" kelihatan masih sihat walaupun telah berusia lebih 70 tahun.Lama beliau memandang kearah ku. Rupa-rupanya, beliau teringat kembali pengalamannya menjadi salah seorang tahanan ISA yang pernah merengkuk tiga tahun di Kem Kamunting, tanpa dibicarakan. Beliau ditahan pada tahun 1970 dan dibebaskan pada tahun 1973. Selepas lebih 36 tahun beliau ditahan dibawah ISA, beliau tidak menyangka, akta tahan tanpa bicara itu masih lagi digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa keatas rakyat biasa seperti Abah Suhaib.

"Ini adalah satu penghormatan kerana dijemput berkongsi tentang ISA bersama anda semua" demikianlah aku memulakan bicara. Tanpa disedari, lebih sejam aku berkongsi tentang GMI, pengalaman sebgai keluarga mangsa ISA dan makin bersemangat bila bercerita tentang himpunan MANSUH yang baru saja berlalu.


Ada sesuatu yang aku pelajari di majlis perkongsian tadi. Iaitu semangat dan kekuatan yang ada pada mereka.Perjuangan mereka untuk membela pekerja-pekerja terutamanya yang pernah bekerja diladang dan estate bukanlah bermula beberapa tahun yang lalu.Mereka telah melalui pelbagai kesulitan untuk mendapatkan hak sebagai pekerja yang diiktiraf sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.Dan sungguh memeranjatkan bila mereka mengiktiraf Shamsiah Fakeh dan Baharudin CD adalah antara orang-orang yang bergelar ustaz dan ustazah yang tinggi pengetahuan agama mereka yang pernah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan...Namun pakan daya, semua kisah itu telah di terbalikkan oleh UMNO, wakil Inggeris yang berkuasa ketika itu....




Kebenaran akan terbukti juga akhirnya..



0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]