Pak Said Zahari dan Uncle Lai menziarahi kami.

| |
"Kak Laila, I'll come along with Said Zahari....See you at 3 pm..." itu sms yang saya terima pagi tadi dari Uncle Lai.Beliau menalifon saya minggu lepas dengan niat ingin menziarahi kami yang telah ditahan polis sewaktu Himpunan MANSUH 1 Ogos dulu....


Bagi masyarakat aktivis hak asasi dan anti-ISA, siapa yang tidak kenal nama besar Said Zahari. Pak Said adalah seorang wartawan dan penulis yang ditahan dibawah ISA Singapura sejak tahun 1963 hingga tahun 1979.Beliau merengkok selama 17 tahun dalam penjara tanpa sebarang perbicaraan.Selepas dibebeaskan dari ISA Singapura, beliau tetap aktif menulis dan memberi ceramah dalam tiga bahawa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris.Dalam usia 81 tahun, Pak Said masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan masih aktif menulis tentang politik dan hak asasi manusia.



Saya bertemu Uncle Lai dalam satu majlis tertutup antara GMI dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan Malaysia.Uncle Lai juga pernah ditahan dibawah ISA.Beliau pernah mendiami Kem Kamunting selama 6 tahun. Beliau ditahan dari tahun 1976 hingga 1981. Sama seperti Pak Said, bekas tahanan ISA seperti Uncle Lai juga tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah...



Walaupun Pak Said sudah duduk di sofa, saya masih bagaikan bermimpi beliau berada di ruang tamu rumah saya.Alhamdulillah...
"Takut ke kalau ditahan dan masuk lokap lagi?"tanya pak Said pada Suhaib yang cuma membalas pertanyaan itu dengan senyuman.
"Dalam suasana politik sekarang, berbagai kemungkinan boleh terjadi. Siapkan minda dengan kemungkinan akan ada penangkapan beramai-ramai disebabkan desakan rakyat yang mahu ISA dimansuhkan..." demikian ramalan dan nasihat dari Pak Said kepada kami berdua.
"Orang-orang seperti Abdullah CD, Kassim Ahmad, Shamsiah Fakeh adalah ustaz dan ustazah.Mereka adalah pejuang kemerdekaan tetapi sejarah telah menutup segala kebenaran dan kisah perjuangan mereka diubahsuai hingga akhirnya menjadi "musuh' kepada ugama bangsa, negara dan kemerdekaan yang diperjuangakan.Lebih menyedihkan, mereka dicaci dan dihina... terutamanya oleh orang Melayu yang tidak pernah ambil tahu kisah sebenar perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan dizaman awal 50an dan 60an dulu...".tambah Pak Said lagi.
Pak Said yang agak uzur, tetap kelihatan bersemangat bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu ditahan di Singapura 30 tahun yang lalu.....Samada di Singapura atau Malaysia, persamaan antara ISA Singapura dan Malaysia ialah unsur "tahan tanpa bicara" yang menjadi pembunuh utama terhadap sistem demokrasi dan hak asasi manusia negara yang mengamalkannya.



0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]