Antaranya:
1- Dubur beliau dijolok dengan batang mop secara serius hingga berdarah
2- Di maki hamun setiap hari
Pada bulan Oktober 2007 Malik telah memenangi kes saman itu. Mahkamah Tinggi K.L telah memutuskan kerajaan membayar ganti rugi kepada beliau dengan nilai sebanyak RM2.5 juta.
Doktor telah mengesahkan perkara itu. Pada hari pertama ditahan dibawah ISA , beliau adalah seorang yang sihat. Namun ketika berada di Kem, beliau telah lumpuh dan terpaksa bergerak diatas kerusi roda.Seorang doktor pakar yang merawat beliau telah memberi maklumat mengenai kes Sanjeve kepada salah seorang pesuruhjaya SUHAKAM, yang berusaha menyiasat kejadian itu .GMI telah diberitahu oleh pesuruhjaya tersebut bahawa Sanjeve telah menjadi lumpuh kerana terlalu tertekan dan takut dengan "beberapa peristiwa".Perasaan takut dan tekanan yang amat serius itu telah menyebabkan saraf beliau tidak dapat berfungsi.
Sanjeve telah dibebaskan tahun lepas dan enam bulan setelah dibebaskan, beliau baru dapat bergerak dan belajar berjalan seperti biasa.
Apakah peristiwa tersebut? Hanya Sanjeve yang merasai dan mengetahui nya kerana kes beliau tidak di dedahkan di Mahkamah.....
1 ulasan:
sbb itu la kita kena doakan puak2 yg suka sgt isa tu agar anak cucu mereka akan tido makan di kemunting 1 hari nanti.
mungkin masa itu baru le depa mau demonstrasi supaya anak cucu depa dikurung sepanjang hidup.
Catat Ulasan