Jam , telur dan reben anti-ISA.

| |
Setiap kali aku menyarungkan jam hitam jenama tidak popular "QnQ" di pergelangan tangan, ketika itu juga aku terbayang betapa berjasanya jam murah itu kepada aku dan 15 tahanan wanita lain ketika kami terpaksa tidur di lokap Pusat Tahanan Bukit Jalil. Tiada lagi rasa fobia tidur di lokap. Tetapi... bila mengenangkan semula peristiwa itu, perasaan ku bercampur baur.Marah , sedih dan ada ketikanya kelakar pun ada.

Aku rasa marah melihat betapa sombong dan garangnya anggota polis wanita yang mengarahkan kami supaya menyerahkan semua barangan peribadi seperti jam tangan, gelang,cincin, kamera dan telefon bimbit.Akhirnya, semua barangan berharga kami diserahkan pada YB Zuraida yang dibenarkan masuk ke pejabat Tahanan Wanita untuk mengambil barang-barang berharga kami.

Aku tidak menyerahkan jam tangan itu walaupun di ugut supaya tidak memakainya.Aku nekad, sekiranya terpaksa menyerahkan jam itu, aku lebih rela memijaknya sampai lumat...biar dua-dua pihak tidak merasa menyimpannya!!!!


Ternyata tindakan memakai jam memberi banyak faedah kepada kami semua. Seorang demi seorang tahanan wanita bertanya, "Cikgu, pukul berapa sekarang?" dan aku akan menjawab dengan pantas!! Memang amat terasa, betapa panjangnya masa ketika berada di dalam lokap. Kami dah tidur, bangun dan tidur semula.... bila tengok jam, baru pukul 2.30pagi! Namun, disebabkan terlalu letih dengan pelbagai pengalaman buruk diwaktu siang akibat peristiwa penahanan termasuk ditipu oleh polis-polis KDN , akhirnya kami semua tertidur .

Tidurku kurang nyenyak kerana terasa ada jari-jari lembut yang mengangkat pergelanganku...mungkin untuk melihat jam.... pukul berapa ketika itu! Kami terjaga jam 5 pagi , bergilir-gilir mengambil wudhu' dan menunaikan solat. Alhamdulillah, kami sama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah pada jam 6.10 minit pagi , siap membaca doa maathurat dan ada tadzkirah sekali.




Aku juga ada kenangan tersendiri bila melihat deretan telur ayam ini.Dua malam di lokap, kami dihidangkan dengan menu istimewa iaitu nasi kosong dan telur rebus.Tiada komen kepada makanan itu. Namun, aku menunggu perut benar-benar lapar, barulah menjamahnya...Alhamdulillah.

Sebelum ini, telur rebus dikaitkan dengan majlis perkahwinan atau majlis cukur jambul bayi yang baru lahir(mengikut adat Melayu).Biasanya, tanpa bunga telur, kurang berserilah majlis tersebut.Namun, segala kenangan indah itu lebur bila membandingkan telur rebus yang dihidangkan ketika dikurung didalam bilik yang tidak diketahui waktu malam atau siangnya.

Ini ialah "headband" atau pengikat kepala. Untuk membuatkan ianya menarek, ditulis tiga patah perkataan diatas kain merah itu. Kain itu kain koten warna merah biasa saja.Tulisan yang tertera diatas kain itu juga menggunakan cat putih dan hitam yang biasa ditemui di mana-mana kedai "hardware".
Tetapi , apakah yang menyebabkan reben merah itu menjadi satu barangan yang membahayakan sipemakainya? Kenapa polis sanggup menggeledah beg, menggeledah kereta , mengepung orang ramai hanya untuk memastikan reben itu tiada bersama mereka? Kenapa dan kenapa?
Polis telah menangkap hampir 600 orang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak hanya kerana ingin menunjukkan kuasa mereka kepada rakyat bahawa mereka amat setia menjaga akta kesayangan UMNO ini supaya tidak dicemari dengan perkataan tambahan seperti "Mansuhkan ISA" atau "ISA akta zalim". 29 orang akan dibicarakan pada 4 September depan!
Walau apa pun yang terjadi ISA tetap akan dibubarkan @dikuburkan@dihilangkan dari undang-undang di Malaysia. Masa yang akan menentukannya....



3 ulasan:

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

HARAP BERSABAR DGN DUGAAN2NI. SAMA2 KITA MENENTANG DAN MENGHANCURKAN KEZALIMAN BN INI.

rosnanie berkata...

bergenang air mata bila membacanya. Nasi kosong dengan telur rebus? Betul kak, memang kena tunggu perut betul-betul lapar baru boleh makan. Mungkin kuah boleh curah air kosong, baru makan tak tercekik

LanaBulu berkata...

Bersabarlah..
Manusia tidak selamanya menungkat langit.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]