Inilah realiti undang-undang di Malaysia.

| |
Mari kita bandingkan dua kisah benar dibawah....... Kartika Sari, ditahan ketika minum arak disebuah kelab, telah di bicarakan dan dijatuhi hukuman oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang.Beliau telah dijatuhi hukuman denda RM5,000.00 dan enam kali sebatan rotan, yang akan dilaksanakan mengikut kaedah dan teknik dalam perundangan Islam.

Wanita berani ini telah membayar denda dan bersedia menjalani hukuman rotan tersebut. Kartika BELUM lagi menjalani hukuman rotan tersebut.Ketika ini, pemimpin tertinggi UMNO termasuk PM sendiri tanpa segan silu menunjukkan simpati dengan"memujuk' Kartika supaya "jangan menerima keputusan mahkamah dengan redha".Maknanya Kartika di minta supaya merayu pada mahkamah agar meringankan hukuman tersebut.Bila pemimpin UMNO bersuara, Mahkamah kemudian menangguhkan hukuman sehingga selesai bulan Ramadhan.

Dimanakah kredibeliti Mahkamah Syariah?


Tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditahan.. oleh pihak berkuasa sejak 18 April 2002, tetapi tidak pernah sekalipun dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Walaupun kes beliau tidak pernah di dengar oleh mana-mana hakim dan beliau tidak pernah dijatuhi hukuman oleh mana-mana hakim mahkamah, beliau telah didenda menjalani kehidupan seperti banduan lebih 7 tahun lamanya.Tahanan ISA terpaksa redha dengan hukuman tanpa perbicaraan itu.

Tiada seorang pun pemimpin UMNO ada sekelumit simpati pada tahanan yang telah dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun lamanya.Simpati itu mungkin boleh ditunjukkan dengan memberi peluang mereka dibicarakan di mana-mana mahkamah terbuka, sepertimana hak yang telah diberikan pada Kartika.Yang jelas, semua pemimpin dan ahli UMNO semuanya tetap meyalahkan dan memberi tanggapan buruk pada tahanan ISA, yang sepanjang hayat akan membawa tanda nama "mengancam keselamatan" negara.

Dimanakah keadilan untuk rakyat?










3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Realiti undang2 di Malaysia... nampaknya puan telah membandingkan dua perkara yang jauh berbeza, ibarat membandingkan air dengan api. Saya rasa puan telahpun mengetahui bahawa tahanan ISA tidak perlukan mahkamah, kerana ISA cuma sekadar pusat tahanan, bukan penjara. Perbuatan Kartika minum arak tidak mengancam keselamatan negara, tetapi perbuatan Mat Sah Satray telah mengancam keselamatan negara. Pihak berkuasa telah mengikuti aktiviti beliau selama lebih 10 tahun sebelum beliau ditahan. Kenapa tidak dibandingkan penahanan Shaari Shuib, Ust Badrul Amin dll dengan Mat Sah Satray? Kenapa jangkamasa tahanan mereka tidak sama? Itu yang sepatutnya puan fikirkan... yang pasti kesalahan POLITIK dan MILITAN tidak boleh disamakan... tapi, kenapa pula Nik Adli dibebaskan lebih awal...? Saya pasti 'mereka semua' yang dibebaskan lebih awal telah 'insaf' akan kesalahan mereka, tetapi Sdr Mat Satray masih 'belum insaf' walaupun telah di'tahan' lebih 7 tahun... Inilah REALITInya.........

Ajan's wifey berkata...

i dont agree with the comment made by 'Tanpa Nama berkata'...dunno why n what to say...anyway..feel so sad setelah tahu cerita ini dari cikgu..tupun after 7yrs...OMG what kind of person am i...feel sorry to hear that...

ley berkata...

kepada tanpa nama..
perbuatan minum arak melibatkan keselamatan ISLAM..Maruah ISLAM.. bukan isu kecil.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]