Terimakasih pada media, KDN dan PEWARIS.

| |
Pimpinan PAS Johor bersama demonstran yang ditahan polis ketika himpunan MANSUH 09.
"Kita semua patut berterimakasih pada polis, surat khabar, KDN dan pelbagai NGO dalam kumpulan PEWARIS yang menyokong ISA kerana tidak henti-henti membantu mewar-warkan tentang demo anti-ISA pada 1 ogos yang lepas. Media kerajaan yang selama ini diarahkan tidak memberi liputan pada ISA dan mangsanya telah memainkan isu ini hampir setiap hari menjelang himpunan itu. Media kerajaan begitu aggresif menyiarkan pelbagai ingatan dari ketua polis, Menteri Dalam Negeri dan pelbagai pemimpin kerajaan supaya rakyat tidak turun berdemo. Namun , semua taktik ugutan itu rupanya bertukar seolah-olah ianya memperkenalkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada rakyat Malaysia dengan lebih meluas " kata peguam Hanipa maidin dalam satu ceramah di Keluang Johor, baru-baru ini.


"Tindakan polis menangkap hampir 600 demonstran juga menambah nilai mobilisasi dan iklan himpunan MANSUH. Rata-rata rakyat luar bandar yang tiada khidmat internet rasa terpanggil untuk mengetahui tentang ISA yang sangat-sangat di pertahankan oleh menteri-menteri BN yang sedang berkuasa sekarang.Himpunan ini adalah satu himpunan yang berjaya kerana dapat mendidik rakyat mengenai ISA dalam waktu yang amat singkat. Kini, dimana-mana, rakyat Malaysia bercakap mengenai himpunan MANSUH dan ISA" tambah beliau lagi.


ISA adalah zalim kerana ada unsur tahan tanpa bicara didalamnya.Unsur inilah yang menyelamatkan pemilik ISA kerana sesiapa saja yang ditahan dibawah ISA, tiada peluang untuk didakwa dimahkamah, orang yang menahannya tidak perlu mengeluarkan bukti untuk mengesahkan tusuhan itu, tiada judicial review, kuasa peguam, pendakwa an hakim semuanya ada ditangan Menteri Dalam Negeri.


"Walaupun PM Najib menyebutkan untuk mengkaji semula akta ini, namun sekiranya unsur "tahan tanpa bicara" tidak dibuang dari akta itu, ianya tidak akan memberi sebarang perbezaan.

Demo anti-ISA akan tetap diteruskan hinggalah akta drakonian yang menahan mangsa tanpa bicara, akan dimansuhkan. ISA akan menjadi isu utama menjelang PRU13 nanti kerana ia terbukti telah digunakan keatas semua bangsa di Malaysia" tambah beliau lagi.


Saudara Mazlan Aliman pula menegaskan, PAS Johor telah mengerahkan semua orang kena tahan( OKT) supaya membuat laporan polis dan seterusnya, mereka sedang dalam proses memfailkan saman keatas Menteri Dalam Negeri yang telah mengarahkan polis bertindak ganas di HM 09 minggu lepas.Beberapa orang demonstran dari Johor telah mengalami kecederaan pada hari sabtu 1 ogos itu kerana dibelasah oleh polis.

Peguam Hanipa bersama Mazlan Aliman dan Khairul Faizi Ketua Pemuda PAS Johor serta pimpinan PAS Keluang meraikan demonstran yang ditahan ketika himpunan MANSUH minggu lepas.

Saya turut di jemput ke majlis meraikan Orang Kena Tahan (OKT) di Kampung Sri Lalang, Keluang itu.

3 ulasan:

Pena Usang berkata...

Assalamualaikum wbt.

Salam perjuangan dan salam reformasi untuk kesemua wira dan wirawati yang telah lulus ujian perang dibumi sendiri 1 Aug 2009.

Biarpun apa saja rintangan yang telah dan akan kita lalui, harap bersabar dan teruskan perjuangan jihad biarpun hingga ke titisan darah terakhir. Selai si kuku besi bersadur racun ini berkuasa, maka selagi itulah tubuh badan kita akan terus-terusan dilapah tanda ada sekelumit pun belas kasihan dan perikemanusiaan.

Cikgu, sampaikan salam Takzim saya buat 2 orang pejuang muda (Ammar dan Suhaib) yang tabah dan cekal menghadapi keganasan pihak Polis sewaktu ditahan tempohari. Saya secara peribadi, menitiskan airmata berulang kali apabila menatap wajah mereka dan mempuisikan catatan mereka berdua sewaktu diperlakukan oleh pihak Polis.

Saya berhajat untuk berjumpa mereka berdua jika berkesempatan. Insyaallah jika cikgu berpeluang bersama rakyat Johor, bawalah mereka berdua dan tunjukkan kepada dunia bahawa 2 wira muda inilah yang sebenarnya yang telah menjayakan demo kita 1 Aug yang lalu. Jangan lupa hubungi saya jika berada di Johor dan saya akan sentiasa bersedia bersama rakan-rakan yang lain dalam memperjuangkan keadilan dan Kebenaran.

Untuk Ammar dan Suhaib, tahniah dan teruskan pencarianmu untuk membela nasib ayah dan keluargamu..

zul_nmsb@yahoo.com

Merah Hitam berkata...

Pena Usang,
Jika dijemput ke Johor lagi dan ketika itu berkebetulan dengan cuti sekolah, pasti saya akan bawa dua anak muda ini kesana, insyaAllah.

Awanama berkata...

Apakah janji Tun Razak dlm 1960 untuk menarik balik ISA terlaksana bila bila anak sulongnya jadi PM kini dan juga anak saudara yg kini jadi jadi Menteri Dlm Negeri?

Kita hanya menanti dan melihat...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]