I care for you!!!!!

| |
Semasa berada di Geneva dua minggu lepas, aku rasa hampir menangis jika lambat sedikit menerima balasan sms dari aktivis GMI @ blogger Ummuasiah. Walaupun terpisah beratus ribu kilometer, namun aku tetap merasakan beliau amat dekat padaku....

Namun, sebaik saja balik ke Malaysia, aku merasakan agak "jauh" darinya. Aku dengan urusan seharian, dan dia pula kebelakangan ini agak kurang sihat, terasa seolah-olah aku mengabaikannya pula......

Pagi tadi , aku memberanikan diri menalipon beliau setelah sms ku tidak dijawab....
"Kenapa senyap je ni... Are you ok?" tanyaku.
"Alhamdulillah... I ok je.Ni busy siket nak hantar Asiah ke sekolah.." jawabnya ceria.
"Ehhh.. nape hantar Asiah cepat sangat?" satu lagi soalan kurang pandai keluar dari bibirku.
"Pagi ni ada "court case" ....." jawab beliau lagi.
"Alamak... I tak tahu pun court case you hari ni..." jawabku dalam nada kesal.
"Ye lah... orang tak nak ambik tahu... macam mana nak tahu..." jawab Ummuasiah macam merajuk je bunyinya.
"Ohhh... Naaash!!!!!! I'm really sorry, k? I betul-betul tak ingat you ada "court case"... "jawabku dengan nada makin kesal.

"Ok... jika kes bersambung esok... I akan temankan you di court......" jawabku dan talian terputus.....

Baru teringat awal tahun lepas sebelum PRU12, pembangkang rajin mengadakan demo turunkan harga minyak dan harga barang. Ketika itu, aku hanya terlewat 20 minit ke tempat demo di KLCC dan aku mendapat sms dari Ummuasiah , beliau telah berada di trak polis untuk dibawa ke IPD Jalan Hang Tuah.Beliau adalah antara 45 yang ditahan secara rambang oleh polis pada petang Sabtu itu.

Aku masih ingat, beberapa bulan selepas itu, harga minyak telah turun sedikit-demi sedikit kepada harga asal manakala harga barang tidak jadi naik secara mendadak. Namun, mereka-mereka yang pergi demo.... terpaksa menanggung kesan perbicaraan dari tahun lepas hingga sekarang.......

Apakah yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk membantu menggembirakan Ummuasiah dan semua 45 orang kena tahan(OKT) itu dalam menghadapi ke mahkamah mereka ya????



Pertama kali menghadiri demo bersama Ummuasiah- demo BERSIH di Masjid Jamek, KL. Bersama Siti Hamisah Manan@Ummuanis di pesta buku PWTC baru-bru ini.

Bersama-sama di hadapan salah satu bilik perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.


Berehat sebentar sebaik saja selesai menghadiri demo Palestine di hadapan kedutaan US.


Aku dan Ummuasiah sama-sama kena tahan polis dan sedang berada didalam trak sementara dibawa ke IPD Dang Wangi. Kami ditahan kerana menghadiri demo Palestine anjuran Gabungan Anti Perang.



2 ulasan:

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam kak laila..

ummuasiah seorang yang berjiwa kental..sama dengan kak laila..dia bukan merajuk tu..dia saja nak main cak2 dengan kak laila..iron ladies like u two..tiada perkataan merajuk dalam kamus hidup u allz..yang ada..lawan tetap lawan..perjuangan adalah agenda utama u allz..u two walaupun bukan sedarah sedaging..tapi sehati sejiwa..dua2 care to each other..anda adalah insan2 yang terpilih..

ummi jeles lak tgk kak laila n ummuasiah..nak join u allz..ummi duk jauh sgt..tapi ummi rasa bertuah dapat mengenali dua insan yang berjiwa besar ini..bak kata pepatah..tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia..anda berdua adalah diantaranya..

ummu asiah berkata...

ummiAnni

:))))

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]