Perjuangan di peringkat antarabangsa baru bermula....

| |

Sejak tiba di Switzerland melalui 20 jam penerbangan termasuk transit di Abu Dhabi dengan ETIHAD, kami bertiga memang tiada masa langsung untuk keluar melihat keindahan dan kecantikan alam semula jadi Geneva.Dari jauh nampak banjaran pergunungan Alps yang menghijau dan dipuncaknya masih kelihatan selapis nipis salji, namun kepadatan jadual seolah-olah menutup keinginan kami untuk menikmati segala keindahan anugerah alam ciptaan Allah itu....


Setiap pagi kami keluar seawal jam 8.30 pagi dari Hotel Sagitta yang terletak di kawasan lama (old town) dan akan pulang paling awal jam 9 malam. Kebetulan June adalah musim panas disana, Subuh masuk jam 3 pagi dan Maghrib bermula jam 9.30 malam, kami melalui malam yang pendek untuk berehat yang juga dipenuhi dengan sessi perbincangan kami berempat.Kami menggunakan Tram, sistem pengnggkutan awam yang popular di sana, macam LRT di K.L tetapi ada pemandu dan relnya hanya terletak di atas jalanraya biasa. Dengan beg galas berisi komputer riba dan bahan-bahan kempen, kami usung setiap kali keluar ke bangunan United Nations. Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan pada saya untuk merasai pengalaman tersebut. Musim panas, tetapi udaranya dingin serta kering dan kepanasan itu membuat kulit terasa digigit oleh kekeringan manakala bibir begitu cepat pecah... terpaksa menggunakan "lip gloss' sepanjang masa....


"You are in one of the most expensive town on earth..." sms seorang teman sebelum saya berangkat pada 9 June lepas. Ternyata peringatan itu memang benar.Sebotol air mineral saiz kecil 500ml dijual pada harga 5 Franc , sama dengan RM15!!! Penduduk Geneva bercakap dalam bahasa Perancis kerana kedudukan Geneva yang bersempadan dengan negara tersebut.Geneva terkenal diseluruh dunia kerana program hak asasi manusia United Nations walaupun ib pejabat nya yang terbesar adalah di New York. Bandar Geneva sebenarnya jauh lebih kecil dari Kuala Lumpur namun kehidupan hariannya amat tenang.Kedai dibuka jam 9 pagi dan ditutup jam 6 petang .Hari Sabtu dan Ahad adalah cuti umum. Salah satu keistimewaan Geneva ialah penjagaan keaslian bangunan-banguna lama disana.United Nation berusia lebih 60 tahun, luarnya amat antik tetapi ruangan dalamannya telah dimodenkan...Dan disebabkan kecantikan itulah pelawat yang berkunjung ke negara itu hampir lupa bahawa itulah negara yang harga kehidupannya paling mahal didunia!!!




Gi Youn dari Korea yang bertugas sebagai eksekutif di sebuah NGO berpengkalan di Bangkok iaitu Forum Asia , orang yang banyak membantu kami mendapatkan peluang untuk berucap di persidangan itu."Laila, be patient...Its just a beginning... but its a good start to hi lite the dark side of the ISA" kata beliau kepada saya...Selama ini kami berdua hanya mengenali nama saja melalui emel.... di Konvensyen itulah pertama kali kami bersua muka dan ketawa besar mengenangkan wajah kami yang hampir serupa!!!



Kami juga tidak melepaskan peluang bertemu dengan aktivis OMCT - sebuah NGO yang begitu keras menentang penderaan kepada manusia diseluruh dunia.Kami juga sempat bertemu beberapa wakil dari beberapa pergerakan hak asasi dari beberapa buah negara Asia dan Eropah yang lain.
Ucapan testimoni saya telah membuka satu ruang baru untuk mendedahkan ISA, yang selama ini ditutup dengan begitu kedap dan rapat oleh pemerintah di Malaysia. Namun kini, tutupan kepada isu tahan tanpa itu telah terbuka dan para aktivis hak asasi dari seluruh dunia ingin melihat sesuatu yang lebih baik dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membuat pembaikian dari kerosakan yang telah mereka lakukan keatas rakyat menggunakan ISA.










0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]