Apa hak anda?

| |
"Sekiranya ada seseorang berpakaian biasa mendakwa dirinya seorang "polis' dan mengajak anda ke balai polis dengan tujuan supaya anda memberi sedikit "bantuan" dan "keterangan".... apakah yang patut anda lakukan?' itulah soalan saya pada sekumpulan anak-anak yang sebaya dengan Suhaib, anak bujang saya yang kini memasuki usia 16.Separuh dari usianya , di lalui seperti kehidupan seorang anak yatim, iaitu anak yang tidak punya bapa......


Ketika saya lontarkan soalan tersebut, semua remaja tersebut dengan tiba-tiba kelihatan mengerutkan dahi masing-masing. Saya dapat rasakan, begitulah agaknya wajah saya ketika diutarakan soalan yang sama, suatu ketika dulu... Maklumlah, bila saja sebut "polis" berpakaian biasa, rasanya dengan serta-merta, perut boleh terasa tak selesa di buatnya.....


"Mudah saja. Katakan pada "orang " tersebut, bahawa anda akan minta pandangan dari seorang peguam yang juga faham tentang hak sebagai seorang rakyat Malaysia..." saya segera memberi jawapan untuk membuang kerutan yang semakin banyak diwajah-wajah yang bersih itu.


Begitu juga yang perlu dilakukan jika anda diktakan akan ditahan dibawah ISA. Segera minta hubungi kawan-kawan dan peguam yang boleh memberi nasihat yang sesuai. Saya bersyukur kerana sebahagian besar remaja dan anak dara tersebut nampaknya sudah mempunyai banyak maklumat tentang ISA.Tahniah kepada semua ibu-bapa mereka dan juga penganjur yang telah berjaya memberi kefahaman yang amat baik tentang akta tahan tanpa bicara itu.


Diakhir sessi perkongsian itu, saya tegaskan lagi, mereka sepatutnya lebih "concious" dengan perkembangan semasa terutamanya hak-hak mereka yang sememangnya telah diperuntukkan di perkara 159 Perlembagaan Persekutuan . Saya amat yakin, dengan maklumat awal yang mereka ada, generasi ini akan lebih berani lagi mengharungi kehidupan mereka dimasa depan.

(Bersama pelajar lelaki dari seluruh Semenanjung Malaysia)
(Ramai pelajar perempuan bercita-cita menjadi peguam!!)Dalam kelembutan dan kesucian wajah mereka, terpendam satu kekuatan untuk menolak ISA!!!!


Kenangan Cik Yati (tudung hitam) bersama keluarga mangsa ISA yang sudah tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting!



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga usaha mak cik diiringi Reda-Nya

nuurnoar berkata...

salam perjuangan buat akak... saya selalu ikut perkembangan blog akak..tapi saya tidak sempat meluangkan masa untuk melawat gerai akak mase di Stadium Melawati hari tu...maaf kak...
kalau tidak keberatan..boleh saya tahu macamana suami akak boleh dimasukkan ke ISA?..apakah alasan yang mereka beri?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]