Tahanan ISA, United Nations dan Palestine.

| |
"Selepas balik dari United Nations ni, ada peluang tak bapa Suhaib dibebaskan?" tanya Kak Jay mengharap satu jawapan yang pasti dari ku.Sengaja ku larikan mataku dari bertembung dengan sepasang mata tajam beliau. Dalam hati berkata , bijak juga Kak Jay memerangkapku dengan soalan yang tiada jawapan ini........Namun aku yakin, soalan itu datangnya dari hati yang ikhlas.......

"Bila kita bercakap tentang ISA, sebenarnya tiada suatu perkara pun yang ada kepastian didalamnya..... Jangan kata dapat dipastikan bagaimana nasib tahanan yang sedang merengkok didalamnya, nasib Menteri yang menjaga ISA itu pun belum tentu lagi kedudukannya. tengoklah, sebelum bekas tahanan ISA Hindraf Uthayakumar dibebaskan, bekas Menterinya, Hamid Albar kena lepaskan jawatan tu dulu...." rasa macam "loyar buruk" pula jawapanku pada Kak Jay. Tapi semuanya memang berdasarkan fakta.

"Mengadukan masaalah penahann tanpa bicara yang masuk 7 tahun ke United Nations juga salah satu tindakan "try an error". Sebenarnya, jawatankuasa kerja di Human Right Council dah tahu tentang hal ini sejak tahun 2008, pada bulan Oktober mereka dah minta peluang untuk melawat tahanan tersebut d Kem Kamunting, tetapi maklumat itu samada tidak disampaikan pada Menteri Dalam Negeri ataupun di bakulsampahkan oleh SB yang begitu ramai memenuhi kementerian itu...." panjang lebar jawapanku.

United Nations(UN) hanya boleh membuat satu perbandingan fakta antara mangsa ISA dan pihak yang menahannya iaitu Menteri Dalam Negeri(KDN), kemudian membuat beberapa saranan dan cadangan yang bersifat kemanusiaan supaya samada tahanan itu dibebaskan atau dibicarakan... ..setakat itu sahaja. Kes pencabulan hak asasi ini pernah berlaku di Turki beberapa tahun yang lalu, dan sebaik saja mendapat saranan dari UN, tahanan itu telah diberikan haknya kerana di Turki tiada ISA. Tetapi di Malaysia ni lain sikit. ISA is above the law. Sebab itulah, walaup kes ini telah diketahui diperingkat antarabangsa hampir setahun lamanya, namun masih tiada sebarang tindakan positif dari Kementerian Dalam Negeri kerana semua yang bekerja di kementerian itu tidak mahu ambil kisahpun untuk memastikan tahanan tersebut dibebaskan atau dibicarakan kerana tidak mahu sebarang perkara yang boleh menjejaskan periuk nasi masing-masing.Semua kakitangan kerajaan dari Menteri hinggalah kepada budak pejabat,semuanya amat takut untuk menyebut tiga huruf ISA itu. Inilah hakikatnya kenapa ISA itu amat zalim kerana kefahaman ini telah diindoktrinasikan di minda rakyat termasuk kakitangan KDN bahawa ISA adalah satu alat untuk menjaga "keselamatan negara".Inilah faktor utama kenapa ISA itu sangat zalim dan mencabul hak asasi manusia kerana kewujudannya berjaya membina tembok ketakutan diminda rakyat!!!

Dalam hal ini, aku terus melihat nasib Palestine. Sekiranya United Nations benar-benar dihormati, maka tidaklah nasib rakyat Palestine sepertimana hari ini.... tinggal di kemah-kemah lebih 60tahun lamanya. Mereka berperang untuk mempertahankan hak iaitu tanah negara mereka dari pencerobohan Israel sepanjang hayat.Universal Declaration of Human Right telah wujud sejak tahun 1948 telah menyatakan hak-hak dan kedaulatan rakyat Palestine, namun disebabkan sokongan pelbagai kuasa besar yang zalim, sedikit-demi sedikit tanah Palestine berjaya di curi oleh Israel.....


" Ohhh... KDN tu kiranya macam Israel juga ya???" tanya Kak Jay lagi sambil membulatkan biji matanya. Aku hanya mengangkat bahu.... Tiada siapa yang tahu bagaimana rupa tempat tinggal semua tahanan ISA kerana tempat tersebut tidak pernah dibuka kepada mana-mana wartawan yang benar-benar jujur dan bebas , yang boleh membuat liputan mengenai "banduan tanpa bicara itu".
Bagi negara-negara yang tidak punya ISA dimana konsep pengasingan kuasa benar-benar diamalkan, biasanya isu pencabulan hak asasi ini akan segera mendapat perhatian dari badan kehakiman dan legislatif di negara terbabit.

Rakyat Palestine telah memberi contoh terbaik dalam perjuangan mendapatkan hak sebagai rakyat disebuah negara yang berdaulat..........Perjuangan mereka wajib disokong setiap masa.....begitu juga dengan perjuangan untuk menghapuskan ISA!!!


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]