Bilakah ISA selesai di kajisemula?

| |
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa protokol dan birokrasi di UN ni sangat tebal dan masih di amalkan hingga kini. Malaysia adalah salah satu negara anggotanya dan dalam pembentangan ucapan NGO minggu lepas, memanglah setiap NGO telah meluahkan hasrat yang terbuku di hati masing-masing tetapi untuk pusingan akhir, pihak kerajaan juga yang saya rasa "menang" kerana wakilnya, iaitu Duta Besar Malaysia di Switzerland, dengan mudah saja mengatakan " we appreciate all the suggestions given by our NGOs.... and for Arbitrary Detention, we are in the process of adopting it as well as on the way to review the Internal Security Act"... lebih kurang macam tu lah bunyinya........

Pastinya, sesiapa saja dari luar Malaysia yang mendengar jawapan itu, tentunya akan merasa "lega" kerana isu yang saya telah sebutkan adalah dalam proses untuk dilaksanakan dan akta Keselamatan Dalam Negeri @tahan tanpa bicara itu akan di kaji semula...... Walaupun belum ada yang berkata kepada saya seperti ini " Laila... look, they gave positive response to your testimony...." tetapi jawapan itu sudah cukup memberi satu peringatan bahawa ada banyak kerja lagi yang mesti dilakukan untuk memberitahu pada dunia bahawa akta zalim ini masih lagi di "pertahankan' oleh pemimpin yang sedang berkuasa dan didalam senyap adalah seperti sebutir bom yang kelihatan mati, tetapi tetap aktif dan masih memberi ancaman kepada kebebasan rakyat Malaysia. Satu perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda semua ialah dua soalan mudah..... bilakah ISA akan selesai di kajisemula? Adakah pada tahun 2009 atau 2010 atau lima tahun lagi?????Begitu juga dengan isu Arbitrary Detention..... bilakah akan disampaikan maklumat itu kepada Menteri Dalam Negeri?Adakah akan disampaikan pada akhir tahun 2009 atau 2010 atau lima tahun lagi????
Tiga orang tahanan ISA telah masuk tahun ke 8 ditahan di Kem Kamunting. Dr Abdullah Daud, Mat Sah dan Samsuddin mungkin sudah terlalu biasa dengan kehidupan di Kem kerana telah terlalu lama hidup dalam suasana tersebut. Mungkin ....mungkin ...mungkin dan mungkin mereka merasakan akan tinggal didalam kem buat selama-lamanya.....
Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan? Mungkin isteri tahanan ISA yang telah ditinggalkan begitu lama, ada hak untuk meminta fasakh dan menerima mana-mana lelaki yang simpati untuk memperisterikannya.... Contohnya, salah seorang tahanan itu, Samsudin telah pun melepaskan isterinya dua tahun lepas.....
Tetapi... bagaimana dengan nasib anak-anak pula? Mereka telah menjadi mangsa kali pertama selepas dipisahkan dari bapa mereka 7 tahun lalu. Bila ibu-bapa berpisah, mereka menjadi mangsa kali kedua kerana perpecahan keluarga pula. Ikatan bapa dan anak adalah pertalian darah -daging dan tidak boleh dipisahkan untuk selama-lamanya. Dan ikatan inilah yang menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang paling teruk menerima kesan dan akibat dari kes tahan tanpa bicara ini.
Faktor "time-frame' akan memperlihatkan sejauhmana kejujuran pihak kerajaan dalam mengkotakan "adoption and review" yang telah mereka nyatakan kepada masyarakat dunia di UN baru-baru ini. Jika Obama meletakkan jangkamasa setahun untuk menyelesaikan masaalah tahanan di Guantanamo Bay, maka PM Najib juga sepatutnya mengambil tindakan yang sama ........
Kita tunggu dan lihat.......

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmmm...rasanya kita akan terus menunggu dan meihat...

sebab itu kita perlu mengajar mereka dgn lebih serious...yg memerlukan pengorbanan serious....


sila sign petition bg mereka yg prihatin kpd mangsa ISA:

http://www.petitiononline.com/mujahid/petition-sign.html

iam_khufu berkata...

Jangan harap sangat ISA ni akan dikaji semula. Pemimpin kerajaan ni cakap je tapi jarang nak buat. Kita kat Malaysia ni mana ada ruang nak suarakan pendapat secara individu melainkan tidak ada siapa yang akan melayan. Kalau minta tolong dari pertubuhan atau parti politik dah kata nak berpolitik pula. Entah la

abu muaz berkata...

ISA nak dikaji semula? Bertukar lima lagi Perdana Menteri dibawah Barisan jangan diharap la ISA terhapus. Bukankah ISA itu lambang kemegahan sang penguasa ynag zalim itu?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]