Terimakasih pada semua yang memungkinkan perjalanan ke UN ini jadi kenyataan terutama kepada Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang , JIM, UKP , HARAKAH dan orang perseorangan yang telah sudi mengambil sedikit bahagian dalam penyediaan kewangan untuk misi tersebut. Inilah sumber kekuatan dalam perjuangan untuk membuang akta tahan tanpa bicara itu... kerana sokongan yang berterusan dari rakyat. Selagi rakyat terus menyokong semua usaha tersebut, selama itulah akta jahat ISA akan terus digugat hingga ke tahap kritikal dan menunggu masa untuk di hapuskan dari sistem parti yang sedang berkuasa kini.
Merahhitam di ruang keselamatan pelawat di pintu utama United Nations, di Geneva, Switzerland.
Berada di hadapan pintu bilik 21...untuk mendengar taklimat penderaan hak asasi manusia dari negara-negara seperti India, China, Sudan dan Afrika.
Merahhitam di hadapan "members of the United Nations"...berdasarkan bilangan bendera yang dipasang di tempat itu.
Hikmah penahanan 7 tahun ialah memberi peluang kepada rakyat memberitahu masyarakat dunia bahawa akta zalim ISA sudah 49 tahun bermaharajalela dan menjadikan lebih 17 ribu rakyat Malaysia sebagai mangsanya.Rahsia ini tertutup rapi ,namun akhirnya ianya terbongkar jua... Ini hanyalah satu permulaan....
3 ulasan:
moga Allah memakbulkan doa org2 yg dizalimi..teruskan berusaha walau kemana sekalipun dan berdoa kpd Allah..
tahniah...semuga puan terus berjuang menghapuskan akta zalim ini...doa kami sentiasa mengiringi puan
May Allah help you and your family, and save our country from this 'zalim' system of ISA
Catat Ulasan