Apakah erti "HARI BAPA" kepada mereka?

| |
Faiq, 6 tahun. Bapanya ditahan sejak Mei 2007 dan masih belum dibebaskan.
Suhaib 16, bapanya ditahan sejak beliau berusia 9 tahun, masih belum dibebaskan.
"Hari Bapa?.. entah! Tak rasa apa pun yang istimewa.. melainkan rasa nak marah pada kerajaan kerana abah saya masih ditahan dibawah ISA" itulah luahan jujur dari Suhaib bila ditanya apakah pendapat beliau tentang" Hari Bapa".
Kasar bunyinya tetapi aku mempertahankan jawapan Suhaib kerana dia adalah mangsa. Biarlah orang kata dia seorang yang sensitif dan emosional, yang penting dia jujur dengan apa yang diluahkannya.
Bagaimana dengan Faiq yang jauh lebih muda dari Suhaib? Mungkin Faiq belum begitu memahami perpisahan disebabkan penahanan tanpa bicara ini namun lama kelamaan, dia terpaksa juga melalui fasa-fasa kehidupan membesar tanpa kehadiran seorang bapa. Faiq masih terlalu muda untuk meluahkan rasa sepertimana Suhaib namun, jika penahanan bapanya berpanjangan, tidak mustahil beliau juga akan mempunyai jawapan dan persepsi Hari Bapa yang sama dengan Suhaib.
Walau apapun jawapan anak-anak itu, jelas mereka adalah mangsa kepada makhluk lain yang mengaku sebagai manusia, tetapi menggunakan kuasanya menggunakan akta zalim ISA untuk terus-menerus memisahkan hubungan anak dan ayah. Sungguh bangsat makhluk itu!!!
Mungkin didunia mereka terlepas, tetapi diakhirat nanti, belum tentu lagi.....

5 ulasan:

Unknown berkata...

Tidak patut kerajaan dipersalahkan dalam hal ini. Yang harus dipersalahkan ialah parti dan pemimpin yang membuat dan melaksanakan ISA itu.

Tidak ada cara kita boleh menghapuskan ISA melainkan dengan menukar parti yang memerintah. Ini hanya boleh dilakukan melalui peti undi.

Membantu dengan undi lebih bermakna dari memberi bantuan wang kepada mangsa ISA.

Unknown berkata...

tunggu undi PRU13? lambat lagi tu brader Alias.. sementara tu apa kita boleh buat untuk membantu membebaskan tahanan yang ditahan tanpa bicara; dan bagaimana pula famili mereka?

Ariff Budiman berkata...

Mungkin hari ini kita mrasa lega dengan status kita. Biarlah orang lain menderita. Mungkin suatu hari anak-anak,saudara kita, cucu-cucu pula yang menjadi mangsa seperti ini. Bagaimana pula perasaan kita. Tentu meratap memohon simpati. Bantulah apa saja kepada mangsa ISA. Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang sabar

abu muaz berkata...

Kalau najib atau hisham ditahan dibawah ISA pun anak-anak mereka akan berkata lebih dari itu.

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Komen sdra Alias Mohd Yusof amat menjengkelkan.

Ketara sekali beliau masih kurang faham dengan tekanan dan penderitaan mangsa ISA yang amat zalim itu.

Anyway, tahniah kerana sdra Alias Mohd Yusof juga kurang senang dengan ISA.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]