PANAS!!!!Mereka juga aktivis anti-ISA!

| |
Kelihatan YB Dr Zulkifly Ahmad MP Kuala Selangor, dibelakangnya Ust Badrul Amin sedang bercakap di telefon.
Haji Mat Sabu sedang bercakap dengan salah seorang orang kena tahan (OKT) .



MerahHitam ambil peluang bergambar dengan heroin protest 2008, Ummuasiah dan Aiman Athirah Al Jundi... di kafe Mahkamah Jalan Duta.


"Kak, thanks for coming..." kata Ginie Lim kepada saya. Seketika kemudian saya di sapa oleh Black (Amin), Kohila -PSM, sambil melambai tangan pada Aiman dan tiga orang muslimat yang sama-sama ditahan ketika demo protest turun harga barang di KLCC tahun lepas(2008).
Kehadiran saya ke Makamah Sesyen Jenayah 5, Jalan Duta semalam hanyalah sekadar memberi solidariti kepada 45 rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh polis hanya kerana mereka dikatakan berada di kawasan tersebut untuk menyertai protest turunkan harga minyak.
Sehari sebelum itu, Ummuasiah mengatakan kes mereka itu panas. Terfikir juga,apa yang panasnya??? Ketika berada di Mahkamah 5 itu, barulah sedar kenapa kes itu dikatakan amat panas!!! Rupanya, ramai juga "celebrity" dari Pakatan Rakyat yang kena cekup selain dari hero-heroin rakyat yang lain. Antara yang kelihatan ialahYB Dr Nasir, YB Tian Chua, YB Zulkifly Ahmad, Hj Mat Sabu, Ust Badrul Amin, Ginie Lim, Amin -Black,Aiman Athirah, Nashita GMI, Jaymal Malaysiakini , Peguam Jonson Chong, tiga aktivis Muslimat , lima belas aktivis PAS , dan selebihnya rakyat biasa berbangsa Melayu , India dan Cina yang secara kebetulan melalui atau berada di kawasan yang dikatakan "petang Sabtu dan 1 km dari KLCC" .
"Ehh.. akak pun kena tangkap juga masa tu kan?" tegur seorang OKT kepada saya.
"Saya tak sempat ditahan kerana keluar rumah lewat 20 minit. Yang kena tu Nashita....Mungkin sebab wajah kami ada iras sikit kot..." kataku sambil menunjukkan pada blogger Ummuasiah.
Ya.. sekarang segala peristiwa itu kembali semula di minda. Pada petang Sabtu tersebut , saya berada di Masjid Muaz kerana menghadiri satu program sekolah. Saya tergesa-gesa pulang kerumah untuk menunaikan Solat Zuhur dan menukar pakaian dan ketika tiba di KLCC, saya melihat beberapa buah trak polis sedang menanti mangsanya. Beberapa ketika kemudian, saya perhatikan, sekumpulan orang awam yang sedang berkumpul telah diarahkan polis masuk ke dalam trak.....Ketika itu sebenarnya tiada sebarang demo atau perhimpunan.... namun kelihatannya, polis begitu bebas menahan sesiapa saja yang berkumpul di persekitaran bangunan tersebut......
Saya hanya memerhatikan peristiwa itu dengan hati yang amat sakit.....Ketika itu saya terfikir, berapakah gaji polis yang menahan orang awam yang ingin menyatakan kebencian mereka kepada pemerintah yang menaikkan harga minyak ikut suka hati mereka saja?Tidakkah polis2 itu turut merasa kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak yang begitu mendadak? Polis tu cuma jalankan tugas mereka je.... Ya lah petang sabtu, eloknya mreka berehat dirumah bersama keluarga.... sepatutnya biarkanlah pada sesiapa yang nak "tunjuk perasaan".... namun akhirnya mereka juga yang ditugaskan untuk menahan orang awam dan seterusnya dibenci orang ramai....( jangan jadi polis... cari kerjaya lain!!!!)
Siapa sangka, selepas peristiwa itu, elok pula hanrga minyak turun sedikit demi sedikit hingga kepada harga asal.... dan yang paling teruk, pada PRU ke 12 pada Mac 2008, UMNO/BN yang kurang perikemanusiaan itu, hanya menang tipis simple majority di Parlimen. BN menang pun disebabkan undi oleh rakyat Sabah dan Serawak yang begitu "jujur dan kurang bijak'memberikan kuasa rakyat pada pemimpin yang sudah lebih 50 tahun menipu rakyat Malaysia.
Dan kini..... UMNO/BN masih tetap kuat dan berkuasa kerana mereka masih punya ISA!!!! Adakah kita akan biarkan ISA itu selama-lamanya dijadikan senjata ampuh mereka????

2 ulasan:

naqiubex berkata...

Yelah.. agaknya apa yang menjadi pemangkin bagi polis ini untuk berbuat begitu..
Tugas atau Duit? hmmm

Unknown berkata...

Pemangkin untuk polis raja di malaysia berbuat kerja-kerja luar batasan kemanusiaan & kotor (Ni khas untuk puak yg korupsi & gila kuasa shj, bukan semua polis jahat) adalah sbb 'Kuasa (pengaruh),duit(elaun & rasuah) & nama(pujian)' ... alasan jer tu guna ayat "Demi tugas (Saya menjalankna tugas?)", "Demi keselamatan negara" dll.

Moga Allah beri hidayah supaya mereka insaf & bertaubat, atau, celakalah mereka dunia hingga akhirat.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]