ISA mengancam institusi kekeluargaan....

| |
Setiap kali berpeluang menghadiri majlis akad nikah ,tidak kira pasangan muda atau veteran, aku akan berdoa semoga kegembiraan mereka tidak akan diganggu oleh ISA. " Kami bernikah dah enam bulan, saya kerja di Sabah dan suami di Perak... kami jarang-jarang dapat bersama.Ketika inilah kami betul-betul dapat merasai bagaimana perasaan Mak Cik...." kata As padaku sewaktu aku menghadiri majlis akad nikah adiknya, beberapa hari yang lepas. Keluarga As adalah jiranku yang paling dekat dan kami amat rapat. As, sepertimana lazim wanita berkeluarga lainnya, memegang tangan ku sambil mengucapkan kata-kata yang baik dan memintaku bersabar. Dan sebagai balasan, aku mendoakan supaya As dan suaminya akan segera dapat bertugas dinegeri atau daerah yang sama kerana perpisahan mereka adalah atas kehendak masing-masing, bukannya secara terpaksa sepertimana dipisahkan oleh ISA. Majlis pernikahan Ika yang diadakan di surau perumahan kami berjalan dengan lancar. Sebelum upacara akad nikah dijalankan, semua yang hadir kelihatan tenang mendengar khutbah nikah yang disampaikan oleh Pak Imam dengan caranya yang selamba dan tersendiri. Ada kata-kata yang menyentuh perasaan dan ada juga yang agak melucukan.


"Mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, sekiranya suami tidak menunaikan nafkah zahir bathin selama 4 bulan dengan rela hati atau terpaksa , maka isteri dibolehkan mendapatkan fasahk dengan harga RM... " aku segera teringat kisah Puan D, bekas isteri pada salah seorang tahanan ISA yang kini masuk 8 tahun ditahan di Kem Kamunting, beliau terpaksa memohon dilepaskan kerana tidak tahan dengan tekanan hidup sebagai isteri tahanan ISA. Beliau (Puan D) mengambil masa beberapa tahun memikirkan hal tersebut dan tiga tahun yang lalu, beliau telah mendapatkan haknya yang dibenarkan oleh syariat Islam. Walaupun pasangan itu telah dipisahkan oleh lafaz cerai di Mahkamah, ianya belum cukup untuk meraih simpati dari Menteri Dalam Negeri supaya membebaskan saja tahanan tersebut yang tidak pernah dbicarakan dimana-mana mahkamah di Malaysia ini.
Selesai saja khutbah nikah, Kak Yah, ibu kepada pasangan pengantin berbisik padaku " kes Laila lain.... walaupun dah lebih 7 tahun, Laila mesti terus tunggu dia balik ke rumah..." katanya sambil tersenyum. Kak Jay yang duduk berhampiran denganku menjeling tajam sambil mengangguk-anggukan kepala. " Merahnya bibir!!!" kata Kak Jay lagi. " Ini kan gloss yang akak beria-ia sangat minta saya pakai tu... yang akak hadiahkan dari Mekah minggu lepas!!!" balas ku pula. "Ohhh ye ke... lain kali jangan pakai lagi" ujar beliau dengan senyum kelat.
Aku amat faham. Selain Kak Yah, Kak Jay dan mana-mana wanita normal, wanita yang punya fikiran waras, yang pernah berumah tangga, pastinya mereka akan memberi pesanan yang sama iaitu jangan mengorbankan keluarga dan mengalah dengan kezaliman ISA.......
Selagi ISA masih wujud, ia akan terus memberi ancaman utama kepada institusi kekeluargaan milik sesiapa saja.... terutamanya dari kalangan Parti Pembangkang tanpa mengira kaum, ugama dan bangsa yang ada di Malaysia kini!!!

3 ulasan:

abu muaz berkata...

Sepatutnya jabatan agama yang menganjurkan kursus - kursus perkahwinan kena beritaulah pada para pengantin baru bahawa antara faktor yang boleh mengancam keharmonian rumahtangga ialah akta keselamatan dalam negeri. (ISA)

Tanpa Nama berkata...

Asm,
Setakat saya hidup 40 tahun ni tak ada lah adik-beradik saya, sahabat-sahabat saya, kenalan kepada kerabat saya atau pun kenalan kepada kenalan-kenalan saya yg dicekup masuk ke dalam!! yg saya tau yg di cekup ke dalam adalah mereka yang memang memenuhi kriteria dan meritokrasi.
Rasanya kalau tak cukup point tak de lah dicekup kedalam.

abu muaz berkata...

Tanpa nama ni manusia ke hantu?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]