2002 -2009: Tag "mangsa ISA" masih tersangkut di namaku.

| |
Tahun 2004.
Aku bersama wanita-wanita berani dari kalangan keluarga tahanan ISA yang di labelkan sebagai ahli Kumpulan Mujahidin Malaysia kemudian bila nama Mujahidin itu memberi makna yang baik,terus ditukar pada Kumpulan Militan Malaysia (KMM).Aku berdiri paling hujung disebelah kiri, cuma nampak tangan memegang badge ISA saja.Antara yang masih ku ingat ialah Suhaini, Saadah,Hendon, Naimah dan Rahmah. Semua suami mereka yang di tahan antara 2001 hingga 2005..... telah pun dibebaskan.
Aku bersama GMI membawa mereka ke KDN untuk menuntut supaya suami mereka di bebaskan.

Tahun 2006.
Aku bersama beberapa orang wanita hebat yang mana suami mereka ditahan dan di labelkan sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) menuntut supaya semua tahanan ISA segera dibebaskan. Program ini telah diadakan di Dataran Suhakam. Antara yang hadir ialah Ustazah Siti Normah, Puan Fatma dan Puan Noraini. Suami mereka di tuduh sebagai ahli JI, ditahan diantara tahun 2002 hingga 2008...... kini telah pun dibebaskan dari Kemta.

Tahun 2008.
Kelihatan sekumpulan wanita sedang khusyuk mendengar sesuatu. Walaupun tanpa persembahan power point , dengan hanya sedikit perkongsian, seolah-olah kesemua wanita ini begitu menghayati kisah yang dilalui oleh "penceramahnya" yang terlalu sama dengan ujian hidup yang sedang mereka hadapi ketika itu. Sayalah penceramah di majlis tersebut. Antara yang hadir didalam gambar ialah Puan Jobaida, Puan Hajar, Puan Norhata, Puan Nolmina dan Puan Hapipah.Mereka adalah isteri tahanan ISA yang dilabelkan oleh Menteri dalam Negeri sebagai ahli Darul Islam (DI) dan kesemua mereka tinggal di Sabah.Kini, semua suami mereka telah dibebaskan dari Kem Kamunting dan telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Suami mereka ditahan diantara tahun 2003 hingga 2009.


Tahun 2009.
Kenangan ku bersama Puan Indera, isteri kepada bekas tahanan ISA Hindraf P.Uthayakumar. Gambar ini diambil ketika kami didalam bas milik Majlis Daerah Sepang, dalam salah satu program kenderaan percuma dari K.L ke Taiping yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, khas untuk membawa keluarga tahanan ISA melawat suami mereka di Kem Kamunting.Kini..... Puan Indera tidak perlu lagi pergi ke Kem kamunting setiap minggu kerana suami beliau telahpun dibebaskan......
Aku? Lawatan ke Kem Kamunting dilakukan seperti biasa.................................



2 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Cikgu, air mata saya pasti mengalir setiap kali memandang wajah Cikgu walaupun saya lelaki yang panas baran.

Cikgu, insyaAllah, Allah swt menilai setiap yang Cikgu lakukan untuk suami Cikgu dan untuk mangsa mangsa kekejaman ini.

Cikgu, cikgu seorang ibu yang tabah dan kuat semangat demi masa depan keluarga dan anak bangsa.

Cikgu, siapalah saya untuk beri anugerah kepada Cikgu. Namun, jika saya punya kuasa, Cikgulah calon tunggal Ibu Mithali dan Isteri Mithali pilihan saya.

Ya Allah, kuatkan semangat Cikgu Laila. Berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk beliau dan perjuangannya. Ameen.

Unknown berkata...

Memang besar ujian dan dugaan yang Puan terima. Saya dengar hanya ada 6 orang saja lagi warga tempat yang terkurung dalam ISA. Kalau satu masa nanti ditakdirkan tinggal sorang yang masih ditahan, mungkinkah yang seorang itu adalah juga suami Puan.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]