SYED AHMAD HELMY VS SYED HAMID ALBAR-Malaysiakini

| |
Dalam sekelip mata nama Syed Ahmad Helmy menjadi sebutan ramai. Semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama memuji-muji beliau. Kenapa? Semuanya kerana beliau telah menjatuhkan hukuman kepada blogger terkenal RPK bahawa penahanan blogger itu dibawah ISA adalah tidak sah!Dan beliau juga telah begitu berani memastikan RPK akan selamat pulang kerumah,tanpa ditahan semula dibawah ISA,sepertimana yang pernah terjadi pada tahanan ISA yang memenangi Habeas Corpus mereka sebelum ini.


Syed Ahmad Helmy telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang hakim yang berwibawa dan berani memberikan keadilan pada rakyat yang cuba dijadikan mangsa ISA oleh Menteri Dalam Negeri.Pastinya, rakyat Malaysia berbangga negara ini mempunyai seorang hakim yang berani seperi beliau!!


Seorang lagi Syed yang tidak kurang terkenalnya dalam isu ISA ialah Menteri Dalam Negeri,Syed Hamid Albar. Tanpa diperkenalkan pun, rakyat tahu bahawa beliau adalah seorang menteri yang jahat dan zalim.

Baru enam bulan beliau dilantik memegang jawatan penting itu, bukan main seronok beliau gunakan akta yang tiada perikemanusiaan itu. Kezaliman beliau kalau tidak setanding pun, mungkin lebih teruk dari Menteri Dalam Negeri sebelum ini, iaitu PM Abdullah.Buktinya beliau itu jahat?Tanpa perikemanusiaan, beliau telah melanjutkan tahanan ISA yang sudah disimpan selama 6 tahun di Kem Kamunting, kepada 2 tahun berikutnya. Di bulan Ramadhan, semua umat Islam sepatutnya bersikap lembut,memaafkan dan mencari sebanyak-banyaknya kebaikan, tetapi beliau bukan main seronok gunakan ISA untuk menahan blogger Raja Petra, YB Teresa Kok dan Cik Tan, wartawan Sin Chew.

Tindakan beliau itu buat malu orang Islam saja.Tak patut betul seorang pemimpin, memberi contoh yang buruk kepada rakyat!!!

Dengan bebasnya RPK, Syed Hamid Albar sepatutnya meletak jawatan saja. Semua orang dah tahu, Hakim Syed Ahmad kata, Menteri Dalam Negeri telah menyalah guna kuasanya sebagai menteri dengan menggunakan ISA keatas blogger itu.

Kita rakyat Malaysia,marilah sama-sama berdoa supaya tiada sebarang tindakan buruk dikenakan pada Hakim Syed Ahmad kerana keberanian nya . VVIP di Malaysia ni sudah diketahui umum boleh memecat atau memindahkan hakim sesuka hati mereka. Kalau Ketua Hakim Negara pun boleh dipecat, apatah lagi kalau setakat hakim biasa...

1 ulasan:

roh_insan berkata...

Eloklah tu..klu tak ade org2 gile dlm umno tu mcm mana umno nak bungkus,itu lah pun tande2 umno nak berkubur.

Make eloklah kite alu2kan kerakusan terus berlaku didlm umno,mdh2an cpt tumpo.Bile terganti yg baru kite jadikan Kemunting sbg muzium lambang kezaliman umno.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]