SIAPA SUKA ISA???Malaysiakini.

| |
"Perlakuan defendan(Polis dan SB) adalah tidak berperikemanusiaan,kejam dan hina kerana plaintif(Abd Malek Hussin) bukan saja ditangkap dan ditahan secara salah,selama 57 hari tetapi juga turut disakiti,diaibkan dan didera secara fizikal dan mental" Kata Hakim Hishamudin Mohd Yunus. Abd Malek mendakwa polis telah melakukan perkara berikut kepada beliau:

1- Ditampar 3 kali dengan mata di tutup.
2- Dibogelkan dibilik berhawa dingin.
3-Cecair berbau air kencing dituangkan kedalam mulutnya.
4-Alat sulit di pukul.
5-Satu objek keras dan panjang dimasukkan ke duburnya hingga berdarah.
6-Berdiri dihadapan penghawa dingin dan disimbah air selama sejam.

Segala keterangn ini tidak dapat dipadamkan oleh "liquid paper" atau diganti dengan gambar atau keterangan lain kerana telah didengar bersama-sama bukti-bukti dibawa ke mahkamah.

Orang yang dinamakan sebagai defendan dalam kes ini ialah SB Assisten Suprintenden Borhan Daud dan Ketua Polis Negara Abd Rahim Noor.

Hakim Hishamudin dalam hujjahnya berkata, perlakuan yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara adalah memalukan dan tidak boleh diterima.Selain itu, perlakuan beliau menjadi contoh yang buruk kepada beribu-ribu anggota polis dibawah tadbirannya.

Nota:Moral cerita ini ialah, terbukti di mahkamah, ISA memang bersifat malafide( niat jahat) dan penahanan dibawah ISA adalah menyalahi undang-undang.Berita ihsan dari SINAR HARIAN Jumaat 19 Oktober 2007.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]